- flashback -
1000 tahun yang lalu....
Perkahwinan yang telah ditetapkan oleh raja vampire dan werewolf amat mengemparkan dunia ketika ituSemua bangsa merasa tidak masuk akal kerana walau bagaimanapun vampire dan werewolf adalah berbeza. Apabila disatukan ia boleh menjadi bencana sekaligus keberkatan dunia
Selepas 50 tahun perkahwinan, mereka di kurniakan seorang anak yang dinamakan cheol. Cheol mengalami kesukaran untuk mengawal badannya dengan adanya dua darah yang saling bertolak belakang
Apabila cheol berumur seratus tahun, dia memilih untuk menjadi vampire kerana bapanya yang juga berdarah vampire memaksa dia untuk menjadi sepertinya
Cheol terlalu dimanja oleh semua bangsa. Jadi perangainya menjadi angkuh dan dia selalu lakukan sesuatu mengikuti kata hatinya
Sampai suatu saat, cheol melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan semua bangsa. Dan itu menimbulkan kekacauan antara bangsa vampire dan werewolf
- flashback end -
"Bunga ni saja yang dapat tenangkan aku apabila ada malam bulan purnama" seungcheol berucap sambil matanya memandang bunga yang dipetik dokyeom
"Jadi, kamu semua yang lain, malam ni macam mana korang nak atasi masalah malam bulan purnama" seungcheol bertanya kepada semua bangsa werewolf yang ada didalam rumahnya
"Kami semua akan menyuruh dokyeom, seungkwan dan woozi untuk mengikat kami menggunakkan besi seperti biasa" wonwoo membalas pertanyaan seungcheol
"Tetapi kau junhui! Masa malam bulan purnama sebelum ini kau tak dapat nak atasi kekuatan tu kan?" Seungcheol mengalihkan pandangannya ke arah junhui yang berada jauh dari perbualan mereka
"Haah hyung, waktu itu dia tidak sengaja membunuh para vampire jahat yang memprovokasinya" chan memberitahu seungcheol tentang perkara ini kali ke-100 sejak kejadian tersebut
"Eh kau! Dah banyak kali aku dengar kau cakap pasal ni, junhui hyung tak sengajalah. Dia buat benda tu tanpa dia sadar" seungkwan membela hyung kesayangannya
"Dah! Berhenti guys. Sekarang aku ada benda nak bagitahu tentang mmmm" dokyeom menghentikan untuk meneruskan percakapannya
"Dokyeom! Silakan bercakap"
Dengan hanya beberapa perkataan yang keluar dari mulut seungcheol, situasi di rumah kembali menjadi serius dan sunyi
"Hyung, tadi ada seseorang yang ingin mengetahui tentang kita" dokyeom memulakan ceritanya
"Siapa tu yang berani nak tahu tentang kita?" Minghao menyelit sebelum dokyeom menghabisksn ceritanya
"Rasanya dia baru tinggal dekat sini. Ada yang lain dengan dia"
"Kau ni, straight to the point please!" Chan memuncungkan mulutnya kerana cerita dokyeom yang terlalu lambat
"I think he know you, hyung" dokyeom memandang ke arah seungcheol
"Mustahil untuk immortal seperti kami tidak mengenali kau, hyung. Walaupun dia lahir baru 100 tahun. Dia juga akan mengenalimu kerana siapa yang tidak mengenali orang yang mempunyai dua darah yang berbeza didalam badan. Hanya hyung saja yang ada dua darah vampire dan werewolf" dokyeom mengakhiri penceritaannya yang panjang
"Terimah kasih untuk cerita ni. Tapi aku tidak begitu peduli jika dia tahu atau tidak tentang aku. Kalau suatu hari nanti dia menentangku, aku akan membunuhnya" seungcheol mengeluarkan senyuman mautnya
"Aku tahu hyung tidak takut dengan sesiapa tetapi aku hanya memberitahu hyung agar hyung dapat sentiasa berhati-hati. Aku tidak mahu hyung tercedera lagi" dokyeom meluahkan niatnya kepada seungcheol
Jam tepat pukul 10 malam. Hanya tinggal lagi satu jam sebelum bulan purnama muncul. Mereka semua telah bubar dari perbualan tadi dan masuk ke ruangan masing-masinh untuk mengatasi bulan purnama
"Hyung, kau masih memimpikan itu lagi?" Wonwoo datang ke ruang seungcheol untuk berbicara empat mata dengannya
"Setiap malam aku bermimpi, woo. Aku tak tahu dia siapa. Tetapi dia... adalah seorang vampire. Dan bunga ini jugalah yang selalu menenangkan aku ketika aku bangun pagi" seungcheol menunjukkan bunga ditangannya yang dipetik oleh dokyeom
"Hyung masih ingin memburunya jika hyung sudah mengingati wajahnya?"
"Aku tidak begitu ingat sebab aku menjadikan dia sasaranku. Tapi jika hal itu adalah hal yang baik sudah tentu aku akan mencarinya dan menyelesaikan dengan cara yang baik"
"Aku harap hyung tepati kata-kata hyung" wonwoo menepuk bahu seungcheol lalu keluar dari ruangan itu sebentar
YOU ARE READING
his twist life | seventeen
Short Story[COMPLETE] ☑️ Pada ketika dahulu, terdapat tiga jenis keturunan yang ada. Iaitu vampire, werewolf dan fairies. Sejak dahulu, bangsa vampire dan werewolf tidak pernah bersatu kerana sifat ingin memimpin mereka Mereka pernah cuba untuk berdamai tetapi...