12" the return of madness

62 9 0
                                    

   Seungcheol yang tadinya berbentuk werewolf sepenuhnya telah bertukar menjadi vampire yang sempurna dalam erti kata lain dia adalah cheol

Vampire yang digeruni oleh semua bangsa termasuk bangsa werewolf kerana seungcheol dan cheol berasal dari raga yang sama, cuma mereka mempunyai personaliti yang bertolak belakang

"Cheol yang semua orang merindui sudah kembali lagi" cheol mengeluarkan taringnya sambil tersenyum sinis

"Aku akan pastikan siapa yang terlibat dengan perkara itu akan mati ditangan aku" cheol melesap pulang ke rumahnya

"Akhirnya aku kembali ke rumah ini setelah 500 tahun" cheol melihat-lihat kembali rumahnya

"Seungcheol hyung, kemana kau pergi dari petang tadi?" wonwoo yang terserempak dengan scoups bertanya tentang keberadaannya yang tidak terlihat dari petang

"Aku pergi bercakap dengan cheol tadi" cheol bertingkah seolah dia adalah seungcheol

"Kau pergi jumpa dia hyung? Kenapa kau tidak memberitahu aku terlebih dahulu" wonwoo risau jika cheol akan melakukan perkara yang tak di inginkan kepada seungcheol

"Aku tak boleh berjumpa dengan dia? Bukankah dia juga sebahagian dari diriku juga?"

"Bukan tak boleh, hyung. Cuma aku takut cheol akan apa-apakan hyung"

"Aku cuma bertanya khabar tentang dia di hutan messfera. Hutan di mana aku dan dia boleh berjumpa dan bercakap melalui raga kami yang tersendiri"

"Aku lega mendengar bahawa cheol tidak menyakitimu" wonwoo memegang lengan cheol

"Lepaskan aku, aku ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Aku pergi dahulu. Jaga rumah ni. Kemungkinan aku tidak balik sehingga pagi" cheol keluar dari rumah lalu pergi ke bandar iaitu tempat tinggal manusia

"Banyaknya darah segar disini" cheol memandang setiap manusia yang berjalan didepannya menggunakan mata pemburunya

Cheol memetik jarinya untuk menghentikan waktu. Semua makhluk pada saat ini tidak dapat bergerak disebabkan kekuatan cheol tersebut

Cheol melesap lalu menyambar dan membawa pergi 5 orang manusia ke tempat rahsianya

Cheol melesap lalu menyambar dan membawa pergi 5 orang manusia ke tempat rahsianya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  
"Sudah lama aku tidak menghisap darah manusia. Akhirnya hari ini tiba juga"

Cheol meletakkan 5 orang manusia yang ditangkapnya tadi ke dalam keranda yang bersifat lutsinar

Cheol menyerap darah mereka satu persatu sehingga yang tinggal hanya tengkorak semata-mata

"Ahh! Segarnya badanku!" Cheol melepaskan auranya keluar

Terlihat kelawar-kelawar liar datang menghampiri tempat tersebut

Terlihat kelawar-kelawar liar datang menghampiri tempat tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Prince, kamu sudah kembali?"

Salah satu kelawar berubah menjadi bentuk manusia lalu tunduk kepada cheol

"Ya, aku sudah kembali. Kembali untuk mengembalikan kejayaan bangsa vampire dan werewolf!"

"Semua! Berubah dan tunduk kepada prince kita" Amber si pengikut setia cheol memberi arahan kepada semua kelawar

"Kau masih hidup, Amber?"

"Aku masih bertahan sampai sekarang hanya untuk menunggu prince kembali" Amber berlutut sekali lagi kepada cheol

"Selama aku tiada, kau pernah berjumpa dengan vernon?"

"Tidak, prince. Selepas kau terkunci didalam raga ini, aku tidak pernah melihatnya lagi"

"Adakah dia ingin menentangku? Dulu saja dia hampir mati ditanganku kerana berani menentangku!"

"Aku tidak tahu tentang itu, kerana selepas kau tiada. Hari-hari yang seterusnya menjadi sunyi dan semua bangsa tidak menceritakan tentang kejadian itu lagi" Amber menjelas

"Itu aku tahu, bodoh!" Cheol menampar muka Amber dengan kuasanya dengan kuat

"Kau tahu kelebihanku, Amber! Aku dan seungcheol sama-sama kuat tetapi kelebihan yang aku ada adalah aku dapat mengingati semua ingatannya"

Cheol memegang pipi Amber lalu menyembuhkan tulang mukanya yang retak akibat ditampar oleh Cheol tadi

"Terima kasih prince kerana menyembuhkan aku" Amber sekali lagi menunduk kepada Cheol

"Korang semua boleh pergi dari sini. Ingat! Jangan biarkan orang tahu bahawa aku sudah kembali"

Semua kembali bertukar menjadi kelawar lalu pergi dari tempat Cheol

"Siapa dia? Mengapa waktu malam bulan purnama tubuh badan ini membawa seungcheol ke tempat itu? Bukankah itu tempat aku atau lebih tepatnya raga ini selalu bersama jeonghan?" Cheol berasa ada yang sedikit pelik pada ingatan seungcheol

"Kau mencariku, cheol?"

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapan Cheol yang sedang berfikir itu

his twist life  | seventeenWhere stories live. Discover now