22" the plot twist

44 11 0
                                    

"tetapi.. kenapa langit menjadi gelap? Apa ini berkait dengan kematian cheol?" Wonwoo berfikir keras dan memikirnya lagi jika fenomena ini berada di dalam buku yang pernah dibacanya

"J-jantung aku. S-sakit" jeonghan memegang dadanya sambil merintis kesakitan yang teramat

"Hyung" wonwoo yang cuba untuk mengetahui apa yang terjadi dengan memegang dada jeonghan

"Tak apa, wonwoo. Jantung aku sedikit sakit kerana tadi aku membelah jiwaku untuk diberikan separuh kepada seungcheol agar dapat membangunkannya"

Jeonghan mengambil ramuan yang dibuat khas olehnya untuk memanggil jiwa seungcheol untuk kembali

Setelah ramuan itu telah menyerap ke tubuh badan seungcheol. Badannya mejadi ketegangan lalu kembali menjadi merah, tidak seperti sebelum ini yang terlihat pucat

"Seungcheol" jeonghan menghampiri seungcheol

"Hyung dah bangun?"

Setelah hampir 11 tahun, seungcheol terbangun dari tidur panjangnya...

"Kalian menungguku?"

"Sudah tentu, seungcheol. Kami menunggumu"

"Kenapa badanku terasa pelik?" Seungcheol cuba menggerakkan badannya

"Mungkin sebab cheol sudah tiada di badan ini" chan yang tiba-tiba memberitahu hal itu kepada seungcheol

"Chan!" Jeonghan memberi isyarat untuk dia tidak meneruskan ucapannya itu

"Cheol sudah mati?" Reaksi yang diberikan oleh seungcheol sangat diluar jangkaan

"Kenapa wajah kau begitu?" Jeonghan melihat seungcheol yang masih tenang walaupun setelah mendengar tentang kematian cheol

"Kenapa? Ada yang pelik dengan wajahku? Terima kasih kerana sudah menyelamatkan ku. Aku ada sesuatu yang perlu dilakukan" seungcheol keluar dari peti itu dan langsung pergi tanpa menghiraukan orang yang berada disekelilingnya

"Han hyung, adakah dia seungcheol? Mengapa sikapnya seperti cheol?" Wonwoo cuba untuk mengesahkan tentang perkara sebenar kerana wonwoo sangat tahu perbezaan di antara perangai seungcheol dan cheol

"A-aku juga tidak tahu. Kenapa perangainya seperti itu"

"Kepalaku" jeonghan memegang kepalanya yang terasa seperti ada yang menghempap menggunakan batu

"I-ingatan cheol berada di aku sekarang?" Jeonghan terkejut kerana dia dapat melihat ingatan cheol di otaknya

-flashback-

"K-kenapa kau melakukan ini, seungcheol?" Cheol menanyakan kepada bayangan hitam dengan wajah tidak berdayanya

"Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya aku sebagai werewolf menjadi pewaris takhta bukan kau, cheol!" Seungcheol mengambil besi tajam di sebelahnya lalu menikam perut cheol

"Kenapa kau menikam tubuhmu sendiri, seungcheol?"

"Kerana aku ingin jiwa kau mati! Biar aku yang mengawal dua kekuatan ini dan bukan kau, cheol!"

"Selama ini aku membantu kau, seungcheol. Untuk ambisi tinggi kau!" Cheol menggagahkan tangannya untuk bergerak agar dapat memadamkan ingatan seungcheol

Cheol memadam ingatan seungcheol supaya pada masa hadapan, seungcheol tidak melakukan perkara yang akan lebih membahayakan nyawa orang di sekitarnya

"Cheol, walaupun harini kau memadamkan ingatanku. Ingatlah! Aku sudah merancang semuanya"

-flashback end-

"Ingatan seperti apakah ini?" Jeonghan tidak mempercayai apa yang dia lihat melalui ingatan cheol

"S-siapa seungcheol? Siapa cheol? Siapa mereka sebenarnya? Yang mana satu kebenarannya?

Seungcheol yang terlihat memikirkan sesuatu dengan wajah dinginnya serta senyum kecilnya yang agak menyeramkan

"Rancangan yang dia susun selama ini, akhirnya tercapai juga harini" seungcheol menggengam tangannya diikuti perasaan marahnya

"Kenapa semua orang di sini bodoh, mereka sangat mudah dipermainkan"

"Hyung, hyung sudah kembali?" Suara yang dapat di dengar oleh seungcheol di sebelah telinga kanannya

"Bagaimana dengan keadaan kamu, hoshi?" Seungcheol menoleh ke arah kanannya dan melihat hoshi yang sedang berdiri sambil tersenyum seolah ada sesuatu yang patut diraikan

"Aku sangat baik, hyung. Lihatlah mereka semua yang bodoh itu. Tertipu dengan ingatanku yang di buat oleh hyung sebelum hyung hilang ingatan"

"Jeonghan terlihat sangat mencintai kau hyung"

"Yang dia cintai adalah cheol bukan aku. Cheol terlalu lembab, dia tidak layak untuk menjadi raja vampire dan werewolf dimasa hadapan"

"Seungcheol, apa yang kau cakap ini benar?" Jeonghan yang muncul tiba-tiba di situ terus meminta penjelasan daripada seungcheol

"Akhirnya kau sudah tahu, jeonghan?"

"K-kau!" Jeonghan menggenggamkan tangannya sambil menahan kemarahannya

"Baiklah, jeonghan. Aku akan memberitahu semuanya kepada kau sekarang" seungcheol mengambil keputusan untuk memberitahu semuanya kepada jeonghan

"Sebenarnya selama ini, akulah yang memanipulasikan semuanya dari mula hingga akhir. Cheol yang kau cintai itu selalu membantu aku untuk menutupi semua kejahatan yang telah aku lakukan. Orang yang lemah lembut dan baik kepada kau adalah cheol dan bukan aku. Sebenarnya aku mempunyai kuasa yang melebihi segalanya. Bayangan hitam itu? Akulah bayangan hitam itu. Aku yang memanipulasikan ingatan yang ada difikiran cheol"

"Apa yang cuba kau jelaskan?"

"Supaya hyung lebih faham. Maksud dia. Dialah dalang dari semua ini. Dari mula sampai akhir. Dia yang melakukan semua ini. Cheol hyung hanyalah mangsa keadaan" vernon datang untuk memberitahu kebenaran yang selama ini dia pendam diikuti oleh yang lain

"Vernon, kau datang?"

"Ya aku datang. Kau kan yang bunuh semua orang pada ketika itu? Kau juga yang membiarkan kami untuk hidup supaya kami boleh membantu kau untuk menjayakan misi bodoh kau?" Vernon menghentam seungcheol ke dinding dengan menggunakan kekuatannya

"Tepat sekali! 500 tahun yang lalu kau tidak begini, vernon. Kau terlalu naif sehingga semua orang boleh memanfaatkan kau"

"Setelah aku bangun selepas kejadian itu, aku cuba menyiasat tentang semua ini dan selepas cheol hyung telah mati. Baru aku sedar bahawa kau dalang dari semua ini!"

"Tapi semua sudah terlambat. Cheol sudah mati. Cheol yang kalian sayangi sudah musnah dan tidak akan kembali" seungcheol menghilang dan pergi melarikan diri dari semua orang di situ

his twist life  | seventeenWhere stories live. Discover now