Seungcheol berdiri di depan cermin sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket
"Apa yang kau dah buat cheol? Kenapa kau begitu banyak musuh" seungcheol menatap wajahnya di cermin dengan maksudnya yang tersendiri
"Hyung" chan mengetuk lalu masuk ke dalam bilik seungcheol
"Ada apa, chan"
"Kenapa hyung menahan cheol untuk tidak menunjukkan dirinya? Kenapa hyung yang perlu tanggung semua ni?"
"Chan, hyung cuma takut jika hyung membiarkan dia kembali. Dia akan menyakiti korang semua dan berbuat perkara sesuka hatinya" seungcheol membetulkan tali leher chan yang senget
"Hyung!" Chan menjerkah seungcheol yang selalu berkorban untuk cheol
"Chan, hyung akan menguruskan perkara ini sendiri. Kamu jangan terlalu risau ya. Ada daging mentah di bawah. Pagi tadi hyung buru di hutan. Dah pergi makan . Ajak semua sekali" seungcheol berniat untuk chan untuk sentiasa tenang dan keluar dari biliknya
"Nae, hyung" chan keluar dari bilik seungcheol lalu ke ruang makan
Seungcheol bertukar menjadi werewolf sepenuhnya lalu melesap pergi ke suatu tempat yang gelap dan sunyi
"Kau datang ke sini untuk aku, seungcheol?" Lelaki berpakaian serba merah itu menegur seungcheol
"Cheol" hanya satu patah perkataan yang keluar dari mulut seungcheol
"Kau ingin aku kembali?" Cheol mengusap-usap kepala seungcheol
"Tidak! Aku hanya ingin menanya tentang khabarmu"
"Sudah 500 tahun kau tidak bercakap denganku, seungcheol. Pasti kau tertanya-tanya kenapa begitu banyak orang yang memusuhi kau" Cheol menayang wajah liciknya terhadap seungcheol
"Itu kerana wajah kau mirip denganku, cheol!" Seungcheol melolong beberapa kali kerana ketidakpuas hatinya terhadap Cheol
"Bagaimana dengan han, kau pernah bertemu dengannya?" Soalan kedua yang ditanya oleh scoups tak lain lagi iaitu jeonghan
"Han? Aku tidak mengenali lelaki yang bernama Han. Tetapi lelaki yang bernama Jeonghan aku pernah bertemu dengannya" Seungcheol bercakap sambil mengingati kali pertama dia bertemu dengan jeonghan dirumahnya
"Ya itulah dia. Orang yang kau paling kau peduli"
"Kau masih tidak mengingati kenangan kau bersama dia?"
"Kenangan? Aku dengan dia mempunyai kenangan?"
"Iya, suatu hari nanti kau akan mengingatinya juga, seungcheol. Biar waktu yang menentukan"
"Bagaimana dengan wonwoo, adakah dia selalu menjaga kau seperti yang aku suruh?"
"Wonwoo terlalu baik kepada aku. Dialah yang menahanku untuk berubah menjadi vamp- huh" seungcheol menghentikan perkataan terakhir keluar dari mulutnya
"Jadi selama ini dia yang membuat aku tid-"
"Shushh! Dah aku tak mahu cakap tentang ini lagi" seungcheol memotong percakapan cheol
"Okay jika kau tidak mahu aku bercakap tentang perkara itu tetapi aku ingin kembali. Ada hal yang ingin aku selesaikan" cheol merayu kepada seungcheol agar membiarkannya kembali
"Kau boleh kembali tetapi hanya pada waktu malam. Aku akan membiarkan kau kembali setelah malam menjelma dan pada waktu siang biar aku yang ada di rumah itu" seungcheol meletakkan syarat walaupun dia membenarkan cheol untuk kembali
"Baik tuan seungcheol" cheol memberi tabik kepada seungcheol sambil tertawa dengan deras
"Kalau kau buat perkara yang dapat merosakkan nama aku, aku tidak akan membiarkan kau muncul lagi di rumah itu!" Seungcheol memberikan satu amaran lagi kepada cheol
"Iya aku faham. Aku cuma mahu selesaikan perkara yang aku belum selesai" Cheol mengangguk kepalanya tanda faham akan amaran yang diberikan oleh seungcheol
"Hulurkan tangan kau"
Cheol menghulurkan tangannya lalu seungcheol meletakkan tangannya di atas tangan Cheol
Selepas menggabungkan tangan mereka bersama, satu cahaya yang terpancar keluar dari tangan mereka dan cahayanya terlihat sehingga menembusi hutan yang tebal itu
YOU ARE READING
his twist life | seventeen
Short Story[COMPLETE] ☑️ Pada ketika dahulu, terdapat tiga jenis keturunan yang ada. Iaitu vampire, werewolf dan fairies. Sejak dahulu, bangsa vampire dan werewolf tidak pernah bersatu kerana sifat ingin memimpin mereka Mereka pernah cuba untuk berdamai tetapi...