1. 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂

213 5 0
                                    

❗𝐒𝐏𝐎𝐈𝐋𝐄𝐑 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓❗

Petang itu, langit kelihatan mendung seperti menyimpan amarah yang sama dalam dada seorang lelaki.

Amsyar duduk bersandar di sofa dalam ruang biliknya yang gelap. Langsir tidak dibuka sejak pagi. Telefon bimbit di tangannya digenggam erat, dan di skrin, terpampang satu mesej tanpa nama.

Tiada kata, hanya gambar. Tapi cukup satu gambar itu saja untuk menyentap nafasnya.

Gambar pertama: Nayla sedang duduk di atas batu besar, tersenyum. Di sebelahnya, seorang lelaki yang tidak dikenali. Senyum juga. Seolah-olah dunia ini hanya milik mereka berdua.

Gambar kedua: Mereka berjalan beriringan di tepi pantai. Langkah mereka tidak bersentuhan, tapi bayang mereka yang terlakar di pasir, bersebelahan.

Gambar ketiga, dan yang paling merobek nalurinya: Nayla berdiri di sisi lelaki itu. Senyumannya manis. Bersahaja. Senyuman yang pernah menjadi milik Amsyar. Senyuman yang selama ini dia fikir hanya untuknya.

Dada Amsyar berombak. Matanya terbeliak. Nafasnya menjadi berat. Jari-jarinya menggenggam telefon itu lebih kuat hingga buku jarinya bertukar putih.

Darahnya mendidih. Matanya menyala merah.

“Berani kau…”

Bisikannya perlahan, namun nadanya bergetar dengan bara api yang membakar dalam. Telefon di tangannya terpelanting ke dinding apabila dilempar sekuat hati. Bunyi retakannya memecah sepi.

Dia bangkit. Dadanya turun naik. Dia menghentak meja di hadapannya hingga segala bingkai gambar jatuh menyembah lantai. Lampu meja tumbang. Gelas pecah. Fail-fail berselerakan di atas lantai.

“Nayla!” jeritnya, gila.

Teriakannya bergema dalam bilik. Suaranya parau, kasar. Pandangan matanya liar, seolah kehilangan arah.

Dia berundur ke belakang, menghantuk tubuhnya ke dinding. Kepala disandarkan. Tangannya menekan rambut. Mulutnya terkunci rapat, tapi air mata mengalir perlahan di pipi.

Tanpa sedar.

Dia menangis.

Namun bukan kerana sedih, tetapi kerana terlalu marah.

Terlalu cemburu.

Terlalu kecewa.

Dan kerana dia tahu… dia sudah hilang kawalan.

“Kau senyum dengan lelaki lain…”

Dia bercakap sendiri. Suaranya perlahan tapi tajam. Pandangannya kosong.

“…senyuman tu…” dia ketap gigi. “Itu milik aku. Milik aku sorang.”

Langkahnya terhuyung-hayang dalam bilik, seolah dirasuk. Dia menumbuk dinding. Sekali. Dua kali. Tiga kali.

Tangan berdarah. Tapi dia tak peduli.

“AKU YANG SELALU ADA DENGAN KAU” jeritnya lagi. “AKU YANG SELALU LINDUNGI KAU! JAGA KAU TANPA KAU SEDAR! DAN SEKARANG KAU TERSENYUM UNTUK LELAKI LAIN?!”

Tiba-tiba dia diam.

Nafasnya terhenti seketika. Kemudian perlahan, senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Satu senyuman yang menyeramkan.

Penuh tekad. Penuh ancaman.

“Kau tunggu, Nayla…”

Matanya merah.

“Aku akan pastikan, senyuman kau tu… hanya milik aku. Sampai bila-bila.”

Langit di luar bergemuruh. Guruh berdentum. Seolah turut menyahut sumpah gila seorang lelaki yang sudah hanyut dalam cintanya sendiri.

LOVE YOU MY MAID Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang