1. General Plan

780 28 20
                                    

Korang pasti tahu, jika Ali dan Alicia disatukan diorang akan menjadi macam kucing dan tikus, selalu bergaduh tanpa sebab tertentu 🤣

Tetapi, macam mana pula jika diorang dipaksa untuk disatukan dalam ikatan perkahwinan oleh General? Macam reaksi Ali dan Alicia apabila General secara rahsia merancang perkahwinan diorang? Tanpa membuang masa lagi, sila baca ceritanya, OK? 😌👌

Perlawanan MATA Arena sungguh sengit, ramai yang dah kalah dalam perlawanan tu, dan hanya tinggal empat peserta terbaik je, iaitu Ali, Alicia, Sam dan juga Kim, diorang berempat berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing untuk memenangi perlawanan MATA Arena.

Namun, di pertengahan perlawanan, gangguan datang dan menganggu perlawanan, Cinco dengan pasukan Numerosnya datang dan cuba dapatkan Mainframe MATA sekali lagi, malah Kim yang sudah dikira Ejen MATA, ternyata mempunyai hubungan dengan Cinco dan membantu penjahat tu untuk mengalahkan MATA.

Tapi nasib baik, dengan bantuan Ali dan semua Ejen Muda, semua penjahat dah dikalahkan, semua dah selamat semula, pada akhirnya, pemenang Arena MATA jatuh kepada Alicia, dia dapat IRIS dan namanya tercatat sebagai pemenang seterusnya Arena MATA, dan Ali, dapat SATRIA dari Ketua Teras.

7 Tahun Kemudian.

Beberapa tahun dah berlalu sejak Arena MATA diadakan, banyak yang berubah, semua Ejen Muda MATA dah menjadi kacak dan cantik seiring dengan berlalunya masa, malah kebolehan diorang dah berkembang jauh lagi baik dari sebelumnya.

Dan memandangkan semua Ejen Muda semakin berusia, General berada kat biliknya kat MATA HQ memikirkan sesuatu tentang Puterinya, Alicia, Puterinya kini dah dewasa, tapi Alicia masih belum ada boyfriend walaupun sekarang dah remaja, bukan tanpa sebab, Alicia terlalu fokus untuk jadi Ejen yang baik, sampai tak kisah dengan kehidupan seharian.

Itu yang buat General risau, Dia tak nak Puterinya tu terlalu fokus untuk menjadi Ejen, takut Alicia tak nak menjalinkan hubungan dengan sesiapa dan terus mengutamakan menjadi Ejen.

General : haih! Sejak memenangi MATA Arena, Alicia sibuk melatih diri menjadi Ejen yang baik, sampai lupa yang dia ada kehidupan kat luar sana, pada usianya sekarang, kebanyakan gadis dah mempunyai boyfriend, tapi Alicia masih belum, haih!

Beberapa saat General memandang bingkai foto kat atas mejanya, Bingkai foto menunjukkan Alicia semasa kecil dengan seorang budak lelaki juga, Alicia kelihatan gembira tersenyum dalam foto, dan budak tu, sangat akrab dengan General, sebab budak tu pemilik IRIS sebelum Alicia.

General mula tersenyum melihat foto tu, sebab mungkin dah sampai masanya dia tunaikan janji dengan orang tu.

General : mungkin dah tiba masanya untuk menunaikan janji saya padanya, ni juga untuk kebaikan Puteri saya juga, OK jom buat appointment jumpa dia.

Dengan telefon bimbitnya, General mula menelefon orang yang dirujuknya selama ni.

General : helo? Boleh jumpa kat mana-mana? Saya nak bincang sesuatu yang penting, pasal janji yang saya beritahu kamu beberapa tahun lepas.

Sambil masih tersenyum, General mengambil bingkai foto tadi dan melihatnya.

General : ok, petang ni saya akan ke sana dan membincangkan perkara ini dengan mereka.

Selepas perbualan singkat tu, General segera meletakkan telefon sambil tersenyum memandang siling.

General : Janji adalah janji, mesti ditepati.

Entah apa yang General janjikan pada orang tu, dan siapakah orang yang General telefon tadi, yang penting masih ada kaitan dengan Alicia.

Sebab entah kenapa dia kata untuk kebaikan Alicia.

Alilicia : My Fiancé R15+ (On Going)Where stories live. Discover now