2. My Fiancé

596 24 14
                                    

Selepas beberapa tahun selepas MATA Arena tamat, banyak yang dah berubah, semua Ejen Muda dah jadi remaja yang kacak dan cantik, begitu pun dengan Ali dan Alicia, ramai yang jatuh cinta dengan diorang berdua, tapi diorang berdua tak kisah pun.

Terutama untuk Alicia, sejak memenangi MATA Arena, dia terlalu fokus pada identiti sebagai Ejen, sampai terlupa kehidupan seharian, padahal dalam kolej dia ramai lelaki kacak, tapi dia tak minat langsung, sehingga satu hari, keadaan berubah secara drastik.

Ya, betul, masa dia baru balik dari kolej, alangkah terkejutnya Alicia nampak Ali dan Ghazali kat rumahnya, bukan setakat melawat, malah meminang dia, Alicia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku pada hari tu.

Boleh la tolak lamaran tu, tetapi kerana itu, janji Papanya, General Rama kepada Ghazali, Alicia terpaksa menerima lamaran tu, dan suka ke tak sekarang dia akan berkahwin dengan Ali.

Dan pada waktu malam selepas perbualan singkat tu, Alicia sedang berbaring kat atas katil kat dalam biliknya sambil memandang siling memikirkan pasal lamaran perkahwinan yang Ali buat padanya.

Dia masih tak percaya yang General akan mengahwinkannya dengan Ali, orang yang sering bergaduh tanpa sebab dengannya.

Alicia : Papa rancang ni tanpa bagitahu dulu, tidakkah Papa berfikir sama ada aku akan bersetuju ke tak?

Sambil masih baring atas katil, Alicia mula mengangkat tangan kanannya kat atas dan tengok kat jari manisnya terdapat cincin emas, cincin tu adalah cincin yang Ali bagi masa dia melamarnya tadi.

Dia tak sangka yang dia akan dilamar oleh lelaki yang selalu bergaduh dengannya, padahal dia berniat tak nak buat apa2 romantik dulu, dan fokus pada kerjanya sebagai Ejen, tapi rupanya takdir berkata lain, sekarang dia kena terima sama ada dia suka ke tak.

Alicia : boleh tolak lamaran Ali tadi, tapi aku tak nak malukan Papa depan Doktor Ghazali, sebab Papa dah janji dengan Dokter Ghazali dulu, jadi aku kena terima keputusan ni, walaupun aku tak nak buat.

Fikirannya hari ni dah memeningkan kepalanya, bukan tanpa sebab, tanpa sesiapa bagitahu, tiba-tiba dia kena kahwin dengan Ali, lelaki yang selalu bergaduh dengan dia.

So, tanpa fikir panjang lagi, Alicia menutup mata dan mula tidur dengan harapan tiada perkara buruk yang akan berlaku esok kat kolej, sebab sekarang dia tunang Ali, dia kena sediakan diri untuk soalan kawan-kawan kat kolej pasal status dia sekarang.

Keesokan harinya, macam biasa Alicia kena pergi kolej awal pagi baru boleh jalankan tugas sebagai Ketua Pengawas, dan sebab masih awal, cuaca masih sejuk dan udara pun segar, Alicia selalu berjalan ke kolej dan bersukan sikit.

Ketika Alicia hendak bertolak kat kolej, tiba-tiba General datang dari dapur membawa secawan kopi.

General : eh? Alicia? Kamu nak bertolak kat kolej sorang-sorang je?

Alicia : ya Papa, macam biasa, saya akan pergi kat kolej seorang diri, kenapa Papa?

Sebelum menjawab soalan Puterinya tu, General mula duduk kat atas sofa sambil tersenyum kepada Alicia.

General : kamu ni, kan dah bertunang semalam? Kena sabar sikit sampai bakal suami jemput.

Alicia : bakal suami? Maksud Papa, Ali? Haih! Macam tak tahu Ali tu macam mana, Papa, walaupun pelajar kedua paling bijak selepas saya kat kolej, Ali selalu datang dua minit sebelum kolej bermula, lagipun saya ni Ketua Pengawas, jadi kena datang awal pagi.

Sambil bawa beg kat belakang, Alicia segera berjalan ke arah pintu.

General yang nampak Puterinya macam tu hanya mampu menarik nafas panjang, sebab dia tahu Alicia tak boleh terima Ali sepenuhnya, kemungkinan gadis tu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Alilicia : My Fiancé R15+ (On Going)Where stories live. Discover now