4. She Return

452 20 32
                                    

Memang perasaan cinta takkan muncul macam tu je, terutama kepada orang yang kita benci dan kita terpaksa mengahwininya kerana janji, dan tu berlaku pada Alicia.

Sebab janji General kepada Ghazali, Alicia patut kahwin dengan Ali, memang janji mesti ditepati, tapi kalau janji tanpa pengetahuan orang yang diperkatakan, tu boleh jadi masalah, sebab Alicia boleh menolak.

Lepas dengar dia kena kahwin dengan Ali, Alicia memang tak tahu nak buat apa, sebab Ali ni orang yang dia benci, sekarang dia kena kahwin dengan orang yang dia sangat benci, walaupun macam tu, dia kena terima sebab ni janji yang mesti ditepati.

Tapi, sampai satu hari, Alicia mulanya tak rasa sedikit pun rasa suka pada Ali, sehingga sesuatu berlaku, Alicia rasa satu perasaan yang tak pernah dia rasa sebelum ni, rasa panas kat hati, perasaan suka pada Ali, mula-mula dia tak percaya dia akan rasa perasaan tu, tapi lama kelamaan dia suka perasaan tu, dan kat sini, semuanya dah mula berubah.

Seminggu Kemudian.

Dah seminggu Ali sakit demam sebab selsema, akhirnya dia dah sembuh sekarang, berkat rajin rehat dan makan ubat, akhirnya dia pulih dan bersedia untuk kembali melakukan aktiviti macam biasa, tapi menurut dia, bukan setakat rajin berehat dan makan ubat baru boleh sembuh, tapi sebab Alicia, bakal isteri dia datang setiap hari untuk jaga dia.

Sejak Ali sakit, Alicia selalu datang kat rumahnya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang, dan sebab kedatangan Alicia, Ali teruja nak pulih.

(Alicia sangat romantik sekarang 🤭)

Sekarang, Ali dan Alicia berada kat MATA HQ sebab General dan dua Ketua Teras nak mengatakan sesuatu yang penting, jadi diorang kumpulkan semua Ejen untuk mendengar pengumuman penting tu.

Sambil berjalan kat bilik mesyuarat, Ali meregangkan badannya seketika, sebab minggu ni dia selalu atas katil, kini Ali rasa lega akhirnya dapat pulih sepenuhnya dan menghirup udara segar.

Ali : rasa lega! Akhirnya dapat meregangkan badan selepas sekian lama! Hehe!

Alicia yang berada kat sebelahnya turut berasa lega nampak Ali pulih, dan kalau bukan dia yang selalu datang jaga Ali, bakal suami dia tu takkan sihat dan cergas macam sekarang.

Alicia : senang kau dah sihat sekarang, tapi kalau tak tahan sejuk macam masa tu, jangan berlagak kuat, aku tahu kau adalah Super Ejen, tapi kau tetap manusia yang boleh sakit juga.

Ali : hehe! Yelah, tapi, lagipun semua tu untuk kau kan?

Alicia terkejut apabila Ali tiba-tiba memeluknya dari sisi erat.

Ali : sebab tak nak bakal isteri aku ni demam sebab selsema, aku akan buat apa je untuk kau, sayang~

Merah betul muka Alicia sekarang, bukan hanya kerana Ali memeluknya dari sisi, tapi kata-kata Ali yang sangat romantik membuatkan dia betul-betul blushing, tapi mungkin jugak sebab Ali peluk dia kat MATA HQ, jadi Alicia rasa malu kalau ada yang nampak.

Sebab tak nak pengsan dengan sikap Ali yang romantik, Alicia perlahan-lahan melepaskan pelukan Ali darinya, sebelum sesiapa kat MATA HQ nampak diorang.

Alicia : ish! Kau ni! Kita belum kahwin lagi, dan tolong jangan buat macam tu kat sini! Malu orang tengok! Teruk lah kau ni! Ish!

Nampak Alicia tersipu-sipu begitu sambil mengembungkan pipinya membuatkan Ali tergelak kecil, dia tergelak nampak kecomelan wajah Alicia apabila dia menggembungkan pipinya.

Ali : hehe! Kau tahu tak? Aku suka tengok kau macam ni, mungkin aku kena terus usik kau supaya aku terus nampak muka aku yang comel ni? Hehe!

Alicia yang dah malu sangat dan merah sangat dah tak tahan, dia mungkin suka diperlakukan macam tu oleh Ali, tapi, maklumlah, kalau terlebih, Alicia boleh pengsan kerana terlalu gembira.

Alilicia : My Fiancé R15+ (On Going)Where stories live. Discover now