Dengan mengarahkan semua Ejen yang terlibat dalam pertempuran kat MATA Arena untuk berkumpul, General dan dua Ketua Teras mengejutkan semua orang kat situ, sebab diorajg membawa seseorang yang sebelum ni dah mengkhianati diorang, orang tu tak lain tak bukan Kim yang dah keluar dari penjara.
Kim : hehe! Lama tak jumpa, kawan-kawan!
Kemunculan Kim memang memeranjatkan semua orang kat situ, terutamanya kepada Ali dan Alicia, dua orang tu adalah orang pertama yang mengetahui bahawa Kim membelot dan lawan dia.
Ali : Kim?!
Alicia : k-kau?!
Ali dan Alicia betul-betul terkejut sekarang, diorang berdua masih tak percaya bahawa kawan baik diorang akhirnya bebas dari penjara selepas beberapa tahun.
Air mata jelas kelihatan kat mata Ali dan Alicia, diorang berasa sangat gembira dan bersyukur sebab akhirnya Kim dapat bebas.
Masih tak percaya bahawa tu ialah Kim, Ali dan Alicia perlahan-lahan menuju kat arah gadis tu.
Alicia : Kim? Ni betul-betul kau ke?
Bukan setakat Ali dan Alicia sendiri, Kim pun rasa gembira nampak dua sahabatnya Kat hadapannya, sebab matlamat pertama dia bila keluar dari penjara adalah nak jumpa Ali dan Alicia, dan akhirnya, matlamat tercapai sekarang.
Kim : ya Ali, Alicia, ni saya, Kim.
Tapi entah kenapa, tiba-tiba senyuman manis yang biasa dipakainya mula hilang apabila nampak Ali dan Alicia kat hadapannya, sebab nampak diorang, Kim mula rasa bersalah sebab teringat kejadian beberapa tahun lepas, kat mana dia mengkhianati Ali dan Alicia, dan menyerang diorang berdua sehingga pengsan, malah hampir membunuh diorang.
Kim tak dapat menahan kesedihannya sehingga menitiskan air mata, walaupun dia masih rasa bersalah dengan kejadian masa tu, tapi Kim happy tengok dua kawan dia okay, dan kini berdiri kat hadapannya.
Kim : Ali, Alicia.
Sambil menangis sebab terharu, Kim memeluk erat dua kawan kat hadapannya.
Kim : Ali! Alicia! Maaf! Sebab saya, awak berdua pasti mengalami kecederaan yang agak serius, Saya tahu awak berdua belum boleh maafkan saya lagi, namun, sekurang-kurangnya, mohon maafkan segala perbuatan Akak saya!
Dia merayu sampai menangis kuat kat situ, Kim pun berani melutut supaya semua orang maafkan segala kesalahan yang Cinco buat.
Memang banyak jenayah yang pernah Cinco lakukan sepanjang hayatnya, sebab perbuatannya, kini Kim terpaksa menanggung segala akibatnya, sampai terpaksa merayu dan melutut depan semua orang yang ada, supaya semua kat sana memaafkan Cinco.
Ali dan Alicia terkejut tengok Kim melutut memohon kat hadapan semua orang, sebab tu adalah perbuatan yang sangat memalukan, memang betul Kim pernah buat jenayah beberapa tahun lepas, tapi Kim tak layak buat macam tu, Ali dan Alicia pantas membantu gadis tu bangun semula, kelihatan Kim masih menangis.
Ali : Kim! Apa yang awak buat tadi?! Jangan melutut macam tu!
Alicia : betul Kim! Sebab tu adalah tindakan yang sangat tak patut dilakukan!
Kim : tapi, ni untuk Akak saya, dia meninggal sebelum dia minta maaf, saya disini mewakili dia untuk memohon maaf, saya tahu dia dah melakukan banyak jenayah sepanjang hayatnya, tapi tolong maafkan dia! Saya mohon!
Kini Kim hanya mampu berharap agar semua orang kat sana memaafkan kesalahannya dan Cinco, tapi malangnya, nampaknya semua masih teragak-agak untuk memaafkan Kim, hati diorang masih sakit sebab kejadian beberapa tahun lepas, orang yang kenal dan dianggap kawan, mengkhianati diorang, tu yang membuatkan semua orang kat sana teragak-agak untuk memaafkannya.
YOU ARE READING
Alilicia : My Fiancé R15+ (On Going)
FanfictionWARNING 15+ : ALILICIA, FAMILY, ROMANCE! Alicia sangat terkejut apabila mendengar bahawa General akan mengahwinkannya dengan seorang anak dari salah seorang Peneraju Cyberaya. Entah siapa lelaki yang bakal mengahwini Alicia, yang paling penting sama...