Mulanya bila Ali meminang, Alicia sangat terkejut dan tak merasakan sedikit pun rasa cinta pada lelaki tu, faham, sebab cadangan tu adalah perancangan dari General yang kena menepati janjinya kepada Ghazali, janji yang Ali kena kahwin dengan Alicia bila dah cukup umur, sebab tu Alicia belum dapat terima Ali sepenuhnya, dan sedikit pun tak rasa suka pada lelaki tu.
Sehinggalah sehari selepas Ali meminangnya, dalam kolej, Rudy cuba menggoda Alicia dengan mengajaknya keluar dating, tapi nasib baik, pada masa yang sesuai, Ali muncul dan menghalang Rudy daripada mengajak Alicia keluar, masa tu, apabila Ali muncul dan menghalang Rudy, Alicia rasa satu perasaan yang tak pernah dia rasa sebelum ni, rasa hangat di hatinya, perasaan suka pada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Alicia : Ali?
Perasaan itu membuatkan dia tersenyum, walaupun tipis, dia tak sangka dapat perasaan tu, tapi Alicia suka, sebab tu mungkin menjadikan semuanya baik.
Dan bila masa belajar dah habis, semua pelajar kat sana berjalan keluar dari kolej untuk pulang kat rumah masing-masing, begitu juga dengan Alicia, kini dia berada kat hadapan kolej menunggu Ali mengambil motosikalnya.
Sementara menunggu Ali, Alicia memandang kat arah langit, nampak awan gelap dah mula perlahan-lahan menutupi langit, dan tu membuatkan Alicia cemas, bukan tanpa sebab, sebab nanti dia balik rumah dengan Ali naik motosikal, takut diorang tak sempat sampai dan terperangkap dalam hujan kat tengah jalan.
Alicia : macam nak hujan je? Hm?
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya orang yang ditunggu-tunggu datang juga, iaitu Ali dengan motosikal besarnya.
Ali : OK, jom balik
Kata Ali sambil memberikan helmet kepada Alicia.
Alicia : Mm? Ali? Tengah jalan jom singgah mana, takut kita terperangkap dalam hujan kat tengah jalan.
Beberapa saat Ali mendongak kat langit, dan memang betul apa yang Alicia cakap, langit dah mula mendung dilitupi awan hitam.
Lepas tu Ali pandang balik Alicia dengan senyuman manis, kemudian dia mengusap kepala bakal isterinya dengan lembut, perbuatannya membuatkan muka Alicia jadi merah padam, Walaupun muka nampak malu tapi dalam hati entah kenapa Alicia suka diperlakukan macam tu.
Ali : hehe! Yelah, dah, jom naik!
Dengan muka yang masih merah, Alicia hanya diam dan mengangguk, sambil menunggang motosikal Ali, Alicia mula memakai helmet dia, lalu memegang lelaki itu dengan memeluknya.
Apabila Alicia memeluknya, Ali hanya tersenyum, entah kenapa pelukan tu terasa lagi selesa berbanding sebelum ni ketika berangkat kat kolej, tu membuatkan Ali gembira.
Selepas tu, tanpa membuang masa lagi dan sebelum hujan turun, Ali memandu motosikalnya kat rumah Alicia.
Dan tanpa disangka, baru je beberapa minit memandu, tiba-tiba hujan turun dengan lebat, nasib baik Ali jumpa tempat berteduh jadi dia dan Alicia tak terperangkap dalam hujan, kini diorang hanya boleh menunggu sehingga hujan berhenti.
Dan sambil berteduh dari hujan lebat, Ali nampak Alicia yang berada kat sebelahnya menggigil sebab udara sejuk kat sekeliling diorang, memang betul bukan setakat hujan lebat, tapi angin pun bertiup kencang membuatkan udara semakin sejuk, lagipun sekarang Alicia dah tak pakai jaket, dan sebab tu sekarang dia menggigil kesejukan.
Ali yang nampak tu tak nak hanya berdiam diri dan tengok bakal isterinya kesejukan, jadi dia buka jaket dan pakaikan Alicia supaya tak kesejukan, Ali tahu dia mungkin kesejukan sebab tak memakai jaket, tapi buat masa ni yang paling penting, Alicia tak sejuk lagi.
YOU ARE READING
Alilicia : My Fiancé R15+ (On Going)
FanfictionWARNING 15+ : ALILICIA, FAMILY, ROMANCE! Alicia sangat terkejut apabila mendengar bahawa General akan mengahwinkannya dengan seorang anak dari salah seorang Peneraju Cyberaya. Entah siapa lelaki yang bakal mengahwini Alicia, yang paling penting sama...