BAB 2

3.4K 293 9
                                    

Helena pandang cermin di hadapannya. Lama dia melihat pantulan wajahnya, dia terkenang pertemuannya dan Eden.

"El, kau kenapa? Aku tengok asyik termenung je," tegur Rai daripada belakang.

Helena melihat wajah sahabat a.k.a pembantu peribadi melalui pantulan cermin. Dia mengeluh.

"Lepas habis photoshoot ni, aku ada job lain ke?" soal Helena.

Rai menggeleng. Dia duduk di satu sofa, dekat dengan Helena.

"Kau okey ke? Kalau rasa tak sihat, aku boleh postpone..."

"Aku okey je," potong Helena yang bangun daripada duduknya.

"Schedule aku hari ni, dah habis, kan?" tambah Helena lagi. Tas tangan disangkut pada bahu.

Rai mengangguk.

"Kau nak pergi mana? Mama suruh aku hantar kau balik," kata Rai yang teringat pesan Puan Marissa.

"Aku bukan budak kecil. Pandailah aku balik sendiri," balas Helena sebelum hilang disebalik pintu.

Rai hanya mampu menggeleng. Puan Marissa selalu berpesan, jangan biarkan anaknya keluar seorang diri kerana risau gosip liar.


Helena pandang Dira yang menunggu di satu meja, di sudut sebuah restoran.

"Sorry, lambat. Tadi jalan jem." Helena melabuhkan punggung di atas kerusi. Tas tangan diletakkan di kerusi kosong di sebelahnya.

"Takpe. Aku saja sampai awal, tak tahu nak buat apa dekat rumah." Dira selak buku menu.

Selesai membuat pesanan, masing-masing bersandar pada kerusi. Helena perhati Dira yang sibuk menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya.

"Dah lama kau kenal Eden?" Helena mula melontar soalan. Dia mengatur pertemuan pada hari ini, kerana mahu mengorek rahsia tentang hubungan mereka.

Telefon bimbit yang dipegang sejak daripada tadi, diletakkan ke atas meja. Dira pandang Helena yang menunggu jawapan.

"Dalam setahun macam tu," jawab Dira.

"Dengar cerita... korang nak kahwin. Betul ke?" Helena melihat riak Dira yang yang berubah. Sepupunya kelihatan sedang menyembunyikan senyum.

"Tak tahu lagi. Takkan aku pula yang kena hantar rombongan meminang, mestilah kena tunggu dia," jawab Dira.

"Lagi pun, dia tak duduk Malaysia. Susah sikit nak bincang apa-apa," tambah Dira lagi.

"Kenapa macam tu pula? Rumah dia dekat oversea ke?" Helena mengerutkan dahi.

Dira mengangguk.

"Belgium," jawab Dira pendek, tapi cukup membuat Helena hampir tercengang.

"Dia buat apa dekat sana?" rasa ingin tahu Helena semakin bertambah.

"Dia diplomat. Tu yang duduk sana," jawab Dira bersama senyum tipis.

Mulut Helena membentuk O. Diplomat adalah pegawai yang dilantik oleh kerajaan, mewakili negara untuk hubungan antarabangsa.

Belum sempat Helena tanya soalan yang seterusnya, telefon bimbit Dira berdering.

Dira menjeling skrin sebelum bibirnya tersenyum. "Awak dah sampai mana?"

Helena hanya jadi pemerhati.

"Oh. Betullah tu, Belle Vie Cafe," kata Dira lagi. Dia panjangkan leher, melihat sekeliling ruangan kafe itu.

"Meja saya ada dekat hujung," Dira melambaikan tangan kepada seseorang.

[SU] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now