BAB 32

1.9K 258 10
                                    

Turun naik nafas Puan Nafisah menahan rasa marah. Anak tangga didaki dengan geram, mencari anaknya yang baru saja masuk ke kamar. Baru dua hari mereka pulang ke Malaysia, dia sudah dikejutkan dengan berita ini.

"Eden!" pintu ditolak kasar.

Eden yang baru lelapkan mata, terjaga apabila mendengar suara ibunya yang nyaring. Dia pandang Puan Nafisah yang sudah bercekak pinggang.

"Sampai hati Eden ke tepikan ibu! Ibu dah tak penting ke dalam hidup Eden?" Puan Nafisah melangkah masuk dan duduk di sebuah sofa.

Eden yang mendengar soalan itu, terus bertukar posisi duduk. Dia tenung ibunya, tanda tidak mengerti.

"Apa ni, Eden tak faham?" Eden berjalan mendekati Puan Nafisah, dia duduk berhadapan dengan ibunya.

Puan Nafisah melempar telefon bimbitnya ke atas meja.

Eden kecilkan mata, melihat gambar yang terpampang di skrin. Dia telan liur yang dirasakan begitu sukar untuk ditelan.

"Ma... Mana ibu dapat gambar ni?" Eden sudah tak senang duduk, dia belum bersedia mahu menceritakan hal ini kepada ibunya.

"Siapa yang hantar gambar ni tak penting, tapi ibu nak tahu satu je. Kenapa Eden sorokkan perkara ni daripada ibu?" Puan Nafisah kecewa, kecewa kerana Eden sembunyikan perkahwinannya.

"Bukan macam tu, Eden..." Eden menjeling ke arah skrin telefon bimbit sekali lagi. Siapa lagi yang begitu berani hantar gambar kad nikahnya, kalau bukan Helena.

"Sebab ni Eden batalkan perkahwinan dengan Dira? Jangan-jangan perempuan ni yang ada dalam gambar tu?" Puan Nafisah merujuk kepada gambar Eden bersama seorang wanita di kamar hotel.

Eden terdiam seribu bahasa, fikirannya memikirkan alasan yang perlu dikemukan.

"Jadi, betullah?" Puan Nafisah yang melihat Eden membisu, sudah dapat meneka jawapan.

Eden angguk perlahan.

"Siapa Nina?" Puan Nafisah teringat wanita yang ditemuinya, sebelum dia terbang tempoh hari.

"Dia takde kena mengena," jawab Eden dengan suara yang hampir tak kedengaran.

Tiada pilihan lain, selain daripada berbohong. Tak mungkin dia menceritakan perkara yang sebenar kepada ibunya.

Puan Nafisah mengeluh kasar dan tundukkan pandangan. Entah apa yang dilakukan Eden di belakangnya.

"Eden minta maaf. Bukannya Eden saja nak ketepikan ibu, ibu penting dalam hidup Eden..."

"Kalau ibu penting dalam hidup Eden, Eden takkan ketepikan ibu," potong Puan Nafisah.

"Eden minta maaf." Eden akui yang ini adalah salahnya.

"Siapa perempuan tu?" Puan Nafisah berpeluk tubuh, wajah anaknya direnung tajam.

"Helena," jawab Eden ringkas.

"Ibu tanya dia siapa, macam mana Eden kenal dia?" Puan Nafisah kerling kad perakuan nikah yang tertera nama mereka berdua.

"Eden kenal dia dari zaman sekolah lagi. Eden kenal dia dulu, sebelum Dira. Dira tu sepupu dia." Eden putuskan untuk berterus terang kerana tiada gunanya dia menyembunyikan fakta itu, lambat-laun akan terbongkar juga.

"Ya Allah, Eden!" mengucap Puan Nafisah apabila mengetahui dua wanita itu mempunyai pertalian.

"Dira tahu?" Puan Nafisah pandang anaknya yang menggeleng perlahan.

"Mana ibu nak letak muka lepas ni? Tak cukup dengan gambar-gambar jijik tu, sekarang Eden buat Dira dengan keluarga dia macam ni?" fikiran Puan Nafisah bertambah bercelaru, apabila memikirkan perasaan Dira dan keluarganya.

[SU] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now