BAB 19

1.3K 128 2
                                    

Majlis pernikahan mereka berjalan lancar. Ia dihadiri ahli keluarga Helena dan beberapa orang pegawai yang datang bersama juru nikah.

Zaf menghantar orang-orang tersebut ke luar rumah untuk pulang.

"Babah, El minta maaf. El dah susahkan semua orang dalam rumah ni." Helena menjatuhkan bibir pada tangan Encik Syed.

"Babah harap, dengan perkahwinan ni El boleh berubah. Babah nak Helena yang dulu, yang tak cepat mengalah, yang tak suka nangis tak tentu pasal. Tapi, sekarang ni tempat Helena bukan dekat sini." Encik Syed mengusap kepala Helena. Seburuk-buruk Helena, dia masih tetap anaknya.

"El tak nak pergi mana-mana," jawab Helena.

"Siti! Bawa keluar beg dia!" laung Puan Marissa. Tak lama kemudian, pembantu rumah keluar dengan menjinjing dua beg bagasi lalu diletakkan di tepi pintu.

"Babah, El tak nak!" Helena menggoyangkan lengan Encik Syed sambil menggeleng beberapa kali.

Irha mendekati dan menghulur tas tangan miliknya. Helena terpana! Seolah-olah semua isi rumah itu sudah berpakat pula. Dia langsung tak tahu menahu bila barang-barangnya dikemas.

"El dah bukan tanggungjawab babah, pergilah ikut suami El." Encik Syed menuturkan ayat itu sebelum meninggalkan Helena, tak sampai hati mahu melihat anaknya pergi.

Helena melihat belakang Encik Syed yang langsung tak menoleh ke arahnya, walaupun sudah banyak kali dia memanggil.

"Abang Am nak semua kad kredit yang El ada. Bermula dari hari ni, El tak boleh bergantung dekat kami." Ammar menghulur tangan.

Helena memandang tangan abangnya sepi, dia ketawa perlahan.

"Semua orang ketepikan El, langsung tak nak dengar penjelasan El, okey!" Helena rampas tas tangan yang dihulur Irha tadi dan keluarkan beberapa keping kad. Ia diserahkan kepada Ammar.

Eden yang jadi pemerhati daripada tadi, akhirnya membuka langkah. Dia genggam tangan Helena.

"Saya akan jaga dia baik-baik," ucap Eden dan menarik isterinya keluar daripada rumah itu.

"Jangan balik rumah ni lagi, mama tak pernah ada anak nama Helena!" ucapan Puan Marissa ini, menyebabkan semua tertoleh ke arahnya.

Helena mahu memeluk wanita itu, namun Eden seperti tidak mahu melepaskan tangannya dan dipaksa untuk terus melangkah pergi.

Kini, dirinya sudah dibuang keluarga. Tiada lagi tempat mengadu. Helena sapu air mata yang membasahi pipi.

Rancangan yang diatur, akhirnya memakan diri. Pada awalnya, dia hanya mahu beri pengajaran kepada lelaki itu. Kini, semuanya berbalik kepada dirinya semula.

Eden mengeluh kasar. Sakit telinga mendengar suara esakan Helena yang berada di sebelahnya, semakin lama semakin kuat pula.

"Kau boleh diam tak?!" bentak Eden.

Bahu Helena ternaik sedikit, terkejut mendengar suara lelaki itu yang tiba-tiba saja memetir.

"Nah!" kotak baldu dicampak ke atas pangkuan Helena.

Helena hanya biarkan. Dia tahu ia adalah cincin yang sepatutnya disarung sewaktu majlis akad tadi.

Zaf yang sedang memandu, rasa mahu menghilangkan diri daripada situ. Tidak mahu campur hal rumah tangga orang atasannya.


Helena menjeling plat yang terpapar pada dinding lif kurung, Madden Residences. Bola mata melihat angka yang bertukar setiap saat.

Ting! Tingkat 40, dia telan liur. Otaknya sedang bayangkan tubuhnya ditolak dari tingkat itu, pasti berterabur di bawah.

Helena menggeleng, mengusir fikiran jahat itu.

[SU] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now