BAB 33

2K 251 13
                                    

Helena termenung melihat ke luar jendela, masih terkejut apabila Eden beritahu Puan Nafisah mahu bertemu.

Apa yang membuatnya lagi terkejut, apabila Eden menghubungi Rai tanpa pengetahuannya. Lelaki itu tahu jadualnya kosong hari ini, jadi dia tak boleh beri alasan sibuk.

Helena mula menyusun strategi di benaknya. Misi untuk menjadi menantu dari neraka. Jadi, dia tak perlu buang tenaga dengan melakonkan watak sebagai isteri mithali.

Eden mengerling wanita di sisinya yang menikus sejak masuk ke dalam kereta. Dia buat andaian yang Helena pasti sedang gelisah sekarang.

Kereta yang dipandu, masuk ke sebuah rumah tiga tingkat. Eden matikan enjin dan meninggalkan Helena sendirian.

"Assalamualaikum, ibu," laung Eden daripada luar, sambil tanggalkan kasut.

Puan Nafisah yang mendengar suara itu, menjawab salam seraya mencari bayang anaknya.

"Dia mana?" Puan Nafisah panjangkan leher, mencari susuk tubuh seseorang disebalik cermin gelap.

Belum sempat Eden menjawab, Helena sudah membuka pintu kereta.

Terbuntang biji mata Eden apabila melihat baju yang dikenakan Helena. Sewaktu di rumah tadi, isterinya mengenakan jaket panjang dan kini sudah bertukar kepada gaun pendek sendat berwarna merah.

Helena tersenyum lebar apabila melihat reaksi ibu mentuanya yang jelas kelihatan terkejut. Gaun pendek itu disembunyikan disebalik jaket panjang dan apabila Eden keluar tadi, dia melepaskan jaket dan dicampak ke tempat duduk penumpang yang berada di belakang.

Helena berjalan seperti berada di pentas runway, sesekali tangannya mengibas rambutnya yang sudah didandan.

"Assalamualaikum. Saya Helena, isteri Eden." Helena menghulurkan tangan. Kalau dari awal, dia tahu Eden akan membawanya bertemu ibu mentuanya, sudah pasti dia akan warnakan kuku.

Puan Nafisah menyambut huluran dengan riak risau. Bimbang melihat baju yang dipakai menantunya itu, melorot ke lantai kerana tali halus itu seperti hampir terlucut daripada bahu.

"Tak sejuk ke pakai macam ni?" Puan Nafisah melihat Helena atas bawah.

"Tak pun. Malaysia kan panas, apalah ibu ni." Helena tersenyum sambil mengibas tangan beberapa kali, berpura-pura rasa panas.

Eden yang menjadi pemerhati sejak tadi, hampir saja mengetuk kepala wanita di sisinya itu supaya sedar perbuatannya. Patutlah dia rasa ada yang aneh, apabila melihat pakaian yang dikenakan Helena sebelum ini.

"Ibu tak nak ajak kita orang masuk ke?" Eden bersuara setelah melihat dua wanita itu saling berbalas pandang.

"Lupa pula nak ajak masuk, ibu terkejut tengok isteri Eden. Jemputlah masuk, Helena." Puan Nafisah beri laluan kepada Eden dan Helena masuk ke dalam rumah.

"Mestilah terkejut, cantik kan?" Helena merangkul lengan Eden dan paksa lelaki itu untuk melangkah bersamanya masuk ke dalam rumah.

Puan Nafisah tidak menjawab. Terkejut dengan wanita yang dipilih anaknya, begitu berbeza dengan Dira yang sentiasa menjaga tutur.

Helena menghenyakkan punggung, Eden ditarik supaya duduk di sampingnya.

"What the hell is wrong with you?!" Eden berbisik sambil menahan marah.

Helena tidak menjawab dan hanya menjongket bahu. Tawanya hampir meletus melihat wajah suaminya yang merah padam.

"Ibu dah siap masak, kita makan dululah." Puan Nafisah keluar daripada ruang makan.

"Kebetulan saya pun dah lapar ni." Helena bangun dan diikuti Eden. Lengannya ditarik daripada belakang.

"Kalau kau buat sesuatu..."

[SU] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now