Baca kisah pertama di Rumah Terakhir sebelum hadir di lampiran ini untuk tahu kisah Hifza Yelda.
<3
Kepada lelaki yang aku cintai,
Aku mengabdikan kisah kita menjadi
muzium peribadi , di mana hanya aku
mengunjung tetapnya.Tidak perlu ucapan 'selamat datang'
kerana hadirmu yang aku tunggu setiap waktu dan ucapanmu adalah kata yang suka aku ulang-ulang.Jujur aku jatuh hati
berulang kali pada setiap waktu yang kita habiskan berdua. Namun, aku asingkan rasa itu menjadi nada-nada sumbang yang membuatkan aku bertindak seakan
tak mencintai mu.Kerana ada takut dalam diriku
bahwa aku fikir, hadirku hanya akan mengusik hidupmu.
Kendatipun, tak aku sangka hadirmu malah
membuatkan halaman yang kosong
diisi penuh diksi.Aku senang bertemu dengan mu,
dan selalu berharap tiada hujung waktu
untuk kita.[Senandika Rasa Hati - Hifza Yelda]
Langit petang redup seakan awan sedang memayungi Izzar Naresh yang baru sahaja selesai membaca puisi. Wajahnya manis dengan senyuman selepas menutup buku diari dengan tajuk depannya Senandika Rasa Hati. Sebentuk cincin berlian yang terletak elok pada jari kelingking dibalikkan permatanya naik ke atas.
"Abang Izz," suara yang menyapa membuatkan Izzar Naresh menoleh.
Dia bingkas berdiri, "Hifza!" Ujarnya penuh riang.
"Sini, duduk sini. Abang ada banyak benda nak cerita dekat Hifza," panggil Izzar Naresh sembari menepuk bangku simen yang ada di sebelahnya. Perlahan gadis itu melangkah lalu melabuh punggung pada bangku yang ditepuk Izzar Naresh tadi.
"Okey, sekarang abang tak tahu nak mula dari mana sebab abang teruja sangat nak cerita dekat Hifza." Gadis itu tertawa pelan mendengarkan celoteh Izzar Naresh yang benar-benar terlihat sedang teruja.
Izzar Naresh menunduk ke tanah, kakinya bergoyang kerana begitu teruja dapat bertemu cinta hatinya.
"Hm... Abang beli kereta baru," ucap Izzar Naresh sembari mengangkat kepala menatap gadis di sebelahnya. "Tapi abang tak jual kereta Myvi tu sebab banyak kenangan kita. Cuma takde lah kereta abang rosak lagi lepas ni. Paling penting, abang boleh bawa Hifza jalan-jalan lepas ni. Hifza suka tak?" Soal Izzar Naresh.
Hifza Yelda mengukir senyum semringah lalu menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan. Lengkung bibir Izzar Naresh semakin merekah, wajahnya melakar penuh bahagia.
YOU ARE READING
Surat Terakhir
Romance"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak hidup dalam bayang-bayang Hifza?" soal Ismail masih mengawal emosinya. Dia tidak mahu api berlawan ap...