I fell in love with this man who has the kindest eyes.
He never said "i love you" but always be there for me
if i want someone to comfort me.I fell in love with the kind of man who taught me to be poet
and made himself an inspiration.
I assumed I had to be the poet but with him, I could be anything I wanted.
He will accept me. Appreciated. Wanted.I fell in love with the kind of man that fell completely in love with me.
I didn't know that could happen but i won't back down.
"with you as my muse inspiration will never lack."I fell in love with this man that i can only write about him
and I have no doubts about loving him.[Senandika Rasa Hati - Hifza Yelda]
Suasana di rumah Adam Mohd meriah dengan kunjungan saudara-mara yang hadir untuk menyaksikan hari pertunangan anaknya, Ardina Manisah. Masing-masing tidak melepaskan peluang memotret saat jari manis gadis itu disarungkan cincin oleh Puan Nafisah begitu juga dengan juru gambar yang diupah oleh Adam Mohd sebagai kenangan. Wajah Ardina manis dengan senyuman ketika mengetahui dia sudah berada pada jalan yang dia mahu, menjadi milik Izzar Naresh.
Saat berlaga pipi, "abang Izz, mana aunty umma?" Soal Ardina berbisik di telinga Puan Nafisah ketika matanya tidak melihat gerangan yang mahu dilihat saat ini.
"Izz tak datang sebab ikut adat orang lama-lama, lelaki tak boleh datang masa majlis pertunangan." Puan Nafisah menggunakan adat orang lama sebagai alasan padahal zaman sekarang lelaki hadir ke majlis bahkan siap bergambar di pelamin yang disediakan sudah menjadi trend.
Ardina hanya mengangguk dengan senyuman kali ini tampak sedikit kaku. Mungkin kecewa selepas mengetahui si jejaka tidak hadir. Puan Nafisah menggosok tubuh Ardina selepas melihat perubahan pada senyuman gadis itu.
"Abang Izz terima Dina kan, aunty umma?" soal Ardina hanya mahu melegakan fikirannya. Ada sedikit gelisah pada jiwanya tentang kejadian di hospital. Dia takut, pertunangan ini hanya diterima sepihak meskipun dia bersyukur saat ini sudah menjadi tunang kepada Izzar Naresh tapi tetap sahaja hati masih resah.
"Mestilah. Kalau tak kami tak datang masuk meminang Dina," balas Puan Nafisah cuma tidak mahu Ardina risau.
Dia tahu apa yang dimahukan anaknya bukan gadis yang duduk di sampingnya saat ini tapi gadis yang sudah tiga tahun terbaring selamanya yang sudah tak mampu dikejutkan lagi kecuali saat sangka kala ditiupkan untuk membangkitkan semua umat manusia.
Wajah Ardina terlihat manis kembali membuatkan Puan Nafisah merasa lega.
"Sarung cincin dah selesai. Kita adakan sesi tangkap gambar sebelum makan. Boleh ya?" pinta juru gambar bernama Fazli.
Masing-masing mengangguk setuju. Sesi bergambar pun berlangsung. Adam mendahulukan keluarga yang bakal menjadi besannya sebelum dia dan isteri pula bergambar. Masing-masing terlihat bahagia di majlis pertunangan tersebut meraikan kegembiraan yang bakal menjadi keluarga baru mereka.
YOU ARE READING
Surat Terakhir
Romance"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak hidup dalam bayang-bayang Hifza?" soal Ismail masih mengawal emosinya. Dia tidak mahu api berlawan ap...