『••𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝟏••』
Simple and short story by @lazysya
Also known as "Bella's Future Husband"
ZAYYAD AQRIZ
ISABELLA SOPHIA
━━━━━━
Bermula dengan kehidupan gadis yang dikongkong penuh oleh keluarganya. Sentiasa taat kepada agama dan sanga...
"Sejak bila urat Ara terputus ni? Biyol semacam je akak tengok." Selamba Sophia.
"Sampai hati akak kata Ara gila!" Rajuk Zahra.
"Kau memang gila pun! Kau je yang tak sedar!" Sampuk Syafik.
"Kau la gila, gila!" Balas Zahra.
"Mulut tu jaga! Abang cubit kang!" Tegas Zayyad.
Zahra mencebik. Dia pula yang kena.
"Awak janganlah marah dia." Serba salah pula Sophia melihat Zahra.
"Bukan marah tapi tegur. Kalau tak tegur kang melekat sampai ke besar. Budak-budak zaman sekarang bukan boleh biar. Mudah terpengaruh. Biar sikit mula la naik daun." Bebel Zayyad.
Terdiam terus Sophia. Macam mak-mak dah dia tengok gaya si Zayyad ni.
Sophia keluar dari biliknya dan turun ke tingkah bawah. Dia baru sahaja habis mengemas barang. Kerana mereka akan bertolak pagi esok jadi dia kemaslah awal.
Terkejut dia melihat lembaga berbaju putih sedang duduk di sofa. Sudahlah gelap.
Tap!
Ruangan mula terang dengan cahaya dari lampu.
Tersentak Zayyad.
"Zayyad? Awak buat apa malam-malam dekat sini?" Sophia menghampiri Zayyad.
Dia duduk di sofa yang bersebelahan dengan sofa yang diduduki Zayyad.
Zayyad tersenyum nipis. Dia menggeleng. "Saja"
"Kalau ya pun, bukalah lampu. Nak luruh jantung saya. Sudahlah pakai baju warna putih."
"Sorry" perlahan Zayyad, hampir tidak terdengar suaranya.
"Awak kenapa ni? Mesti awak ada masalah. Cuba cerita dekat saya." Lembut Sophia.
Zayyad melihat Sophia. Dia menggenggam tangannya kuat.
"Kalau saya cakap saya cintakan awak, awak marah tak?"
Tergamam Sophia. Apa dia cakap? Dia cintakan aku? Crush aku suka aku? Wow!
Melihat tiada balasan dari Sophia, Zayyad mengeluh.
"Lupakan apa yang saya cakap."
Murung semula Sophia dibuatnya. Dia main-main je ke?
"Actually peguam arwah nenek saya mesej saya ajak berjumpa. Dia kata ada wasiat yang ditinggalkan nenek untuk saya." Beritahu Zayyad.
"Peguam? Nenek? Wasiat?" Sebut Sophia perlahan. Macam tipikal kisah dalam novel je. Eh apa aku mengarut ni?
"Habis tu? Yang awak tak keruan sangat ni kenapa?" Pelik Sophia.
Zayyad menunduk. "Dia kata, saya dan Ara mungkin akan tinggalkan negara Malaysia selama 2 tahun."