『••𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝟏••』
Simple and short story by @lazysya
Also known as "Bella's Future Husband"
ZAYYAD AQRIZ
ISABELLA SOPHIA
━━━━━━
Bermula dengan kehidupan gadis yang dikongkong penuh oleh keluarganya. Sentiasa taat kepada agama dan sanga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•
"Assalamualaikum. Salam perkenalan semua." Dia tersenyum.
Sophia terkedu. Dia... Ah! Tak mungkinlah! Sophia menunduk.
"Waalaikumussalam Encik Riz!"
Nini sudah meleleh air liur. Dia menggoyang-goyangkan tangan Sophia teruja.
"Saya Zayyad Aqriz akan mula berkhidmat sebagai bos baru kamu semua. Mohon kerja sama." Zayyad menunduk sedikit.
"Mohon kerja sama!" Yang lain turut menunduk.
Sophia tersentak. Matanya mengintai jari manis Zayyad. Cincin! Memang dia!
Zayyad meliarkan matanya melihat pekerja-pekerja. Matanya terpaku kearah seorang gadis yang menunduk. Dia tersenyum dalam diam.
"Now Saya nak kamu semua perkenalkan diri. Cukup nama panggilan. Walaupun Saya tahu Saya tak akan ingat semuanya." Suruh Zayyad.
Zana mengangguk. Dia menunduk sedikit. "Saya Zana, manajer syarikat."
Zayyad mengangguk. Seterusnya terus berlanjut. Nini tersengih bila sampai gilirannya.
"Saya Nini! Panggil sayang pun takpe" Nini tersengih gatal.
Zayyad menunjuk jari manisnya dengan datar. "Sorry. Dah berpunya."
'Ark! Kena reject terus!'
Yang lain menertawakan Nini dalam diam.
"Awak? What is your name?" Tuju Zayyad kepada Sophia.
Sophia tersentak. Ha sudah! Macam mana ni? Sudahlah aku ajak dia tunang! Wait! Maknanya dia tunang aku la sekarang? Wahh-eip! Ni bukan masanya untuk bergembira. Dia bos kau sekarang!
"Little lady? What's your name?" Ulang Zayyad.
Nini menyenggol Sophia. Boleh pula dia mengelamun depan bos.
Sophia tersedar. Tangannya digenggam satu sama lain.
"Sa-saya Bel..." Perlahan Sophia.
"Bel... Saja? Boleh panjang sikit?" Usik Zayyad.
Sophia mengetap bibirnya. Dia membongkok pantas. "Maafkan saya! Saya nak pergi ke tandas!"