『••𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝟏••』
Simple and short story by @lazysya
Also known as "Bella's Future Husband"
Bermula dengan kehidupan seorang gadis yang hidup dalam kongkongan keluarga. Isabella Sophia, seorang yang sentiasa taat pada agama dan sangat l...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•
5 Tahun Kemudian
"Ibu! Baba!" Kedua kembar itu memeluk ibu bapa mereka dengan erat.
Zayyad dan Sophia tersenyum. Mereka membalas pelukan anak mereka.
"Aydan dan Ayrin nakal-nakal tak?" Tanya Sophia.
"Mestilah tak! Kan atuk kan? Kami tak nakal kan?" Kembar itu melihat abi.
"Mana ada cucu-cucu atuk nakal. Jurus lagi adalah." Abi mengusap rambut kedua cucunya.
"Baguslah."
"Kamu nak balik terus ke? Taknak masuk dulu?" Tanya abi.
Sophia menggeleng. "Tak kut abi."
"Hm takpelah kalau begitu. Hati-hati memandu." Pesan abi.
"Baik abi." Zayyad dan Sophia menyalami tangan abi.
"Aydan, Ayrin, pergi salam tangan atuk." Suruh Aydan.
"Ok baba!" Si kembar itu berebut ingin salam dengan abi.
Abi tergelak. "Atuk tak lari pun."
"Hehe... Dada atuk! Esok masak sedap-sedap tau!" Sempat lagi Ayrin memesan.
"Eh apa pesan macam tu dekat atuk."
"Takpe, Pia. Iyalah cucu-cucu atuk."
Si kembar tersengih sebelum masuk ke dalam kereta bmw Zayyad.
"Kami pergi dulu abi." Sophia mencium pipi abi sekilas.
Abi mengangguk. Matanya hanya melihat anak menantunya masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu meluncur di atas jalan.
Abi tersenyum. "Anak kita dah bahagia, Mah. Abang dah laksanakan perintah Mah. Pia dah jumpa lelaki yang tepat untuknya..."
"Baba!" Cemberut muka Zaydan bila babanya mencuri kereta mainannya.
Zayyad tergelak. Tangannya naik lurus ke atas. Zaydan terlompat ingin mencapai tangan Zayyad.
"Sudah-sudahlah tu abang. Suka sangat mengusik anak." Sampuk Sophia.
"Baba! Baba! Tengok ni! Ayrin tolong ibu buat cupcakes!" Teruja Zayrin.
"Ouh really? Pandainya anak baba." Zayyad menyerahkan kereta mainan itu semula kepada Zaydan. Zaydan memuncung. Babanya selalu jahat dengannya! Tak aci!
"Hehe" Zayrin tersengih suka bila Zayyad mengusap rambutnya.
Sophia melihat anak lelakinya. Tergeleng kepalanya melihat muka masam Zaydan. Dia menghampiri anak lelakinya.
Sophia menunduk menyamai tinggi Zaydan. "Aydan janganlah terasa hati. Aydan kan boy. Kenalah kental." Dia mengusap rambut Zaydan lembut.
Zaydan mencebik. Dia memeluk leher Sophia erat. "Baba tak sayang Aydan..."
Sophia mengusap belakang tubuh Zaydan. "Mana ada, sayang. Baba pun sayang Aydan sama rata dengan Ayrin. Cuma cara baba tunjukkan kasih sayang tu berbeza. Kalau baba tak sayang Aydan dah lama dia palau Aydan, tak main dengan Aydan, tak beli toys yang Aydan nak, tak bergurau dengan Aydan. Itu tandanya baba sayang Aydan. Aydan kan anak baba."
Tercebik-cebik bibir Zaydan. Dia merasa kepalanya diusap oleh tangan yang besar. Zaydan melarikan wajahya dari leher Sophia. Dia terdongak.
Zayyad tersenyum. "Baba minta maaf ok? Baba tak tahu kalau anak baba ni terasa dengan layanan baba. Baba ingat Aydan tak suka kalau baba terlalu manjakan Aydan. Nanti Aydan kata lembiklah, Aydan ni boy la. Bla bla bla.... Aydan lupa ke?"
Zaydan menunduk. Dia lupa. Memang betul pun. Bila Zayyad manjakan dia mesti dia akan balas macam tu.
Zayrin menyentuh tangan Zaydan. "Dan janganlah sedih...nanti Rin pun sedih..."
Zaydan mengusap air matanya. "Dan tak nangislah! Dan kan boy! Mana boleh nangis. Lainlah Rin. Rin girl."
"Ye ke tak nangis? Kenapa mata Dan merah?" Usik Zayrin.
"Ma-mana ada!"
Zayyad dan Sophia tersenyum. Menjaga anak-anak tidak sesusah yang mereka sangka. Cukup mendidik mereka dengan betul dan melayan mereka sama rata.
"Enough kid. Jom makan cupcakes."
"Jom!!"
"Dan cubalah rasa cupcakes ni. Rin buat tau!" Zayrin menghulurkan satu cawan cupcake kepada Zaydan.
"Taknaklah! Mesti tak sedap. Nanti cirit birit pula Dan makan cupcakes Rin." Tolak Zaydan.
"Ish Dan selalu macam ni! Kalau taknak sudah! Menci!" Zayrin memeluk kaki Zayyad.
"Aydan tak baik cakap macam tu. Kesian Ayrin dah bersusah payah buat untuk Aydan rasa." Nasihat Sophia.
"Aydan tak suruh dia buat pun." Desis Zaydan. Kakinya melangkah menghampiri Zayrin.
"Mana?"
"Huh?"
"Cupcake yang Rin buatlah. Dan nak rasa." Datar Zaydan.
Mata Zayrin bercahaya. Laju dia berlari mengambil cupcake buatannya. Dia menghulurkan kepada Zaydan.
"Nah! Rin buat special untuk Dan!"
Zaydan menggigit sedikit. Dia mengunyahnya.
"Sedap tak?"
"Em. Not bad."
"Ego!" Zayyan dan Sophia tertawa dengan tingkah anak mereka.
Mereka sungguh bahagia dengan keluarga kecil mereka.
Kisah mereka pendek tapi cukup bermakna. Kisah mereka tidak berakhir di sini tapi akan terus bersambung.
Kasih sayang mereka akan terus berkekalan.
Cukup sampai di sini kisah mereka diceritakan.
Sophia Isabella akan terus menjadi isteri kepada Zayyad Aqriz.