Part 17
Sesampai di bilik permainan, Hanna nampak ramai budak-budak dalam lingkungan umur 3 tahun hingga 8 tahun. Budak-budak kecil itu nampak sahaja Monsta X datang. Mereka semua terus berlari keseronokan ke arah mereka semua. 'Yey...abang Nunu dah sampai...rindu abang....' kata budak perempuan sambil memeluk Shownu. Member Monsta X yang lain juga memeluk budak-budak disitu. Monsta x mendukung budak-budak kecil itu.'Byeol....baru seminggu tak jumpa dah makin berat ye...si kuat makan ni...' kata Shownu sambil mencubit perlahan hidung Byeol. 'Doyun nak tak mainan kereta yang baru...abang ade belikan....jom' kata Jooheon sambil keluar dari bilik permainan itu. 'Haru tak sihat ke...kenapa muka pucat jer ni..' tanya Hyungwon. 'Ouh...Haru dia demam semalam...main hujan kat luar...' kata Eomma Aika. Hyungwon mengangguk. 'Kan abang dah cakap sebelum ni jangan main hujan kan dah demam....nanti kena ubat...' kata Hyungwon takut-takutkan Haru. Haru meletakkan kepalanya pada bahu Hyungwon manja.
'Jiho...abang ada bawakan Jiho baju baru nak tengok tak...nanti Jiho pilih lah yang mana Jiho suka....ok' kata IM. Jiho mengangguk gembira. 'Seojun dah makan ke?....jom main dengan abang kat luar....jom' kata Minhyuk sambil menarik tangan Seojun. 'Aera...si comel abang....kenapa mata merah-merah dan berair ni menangis ke? ' tanya Kihyun sambil mengelap air matanya. 'Abang Kiki....tadi Jiho ambik mainan Aera....hiks...' kata Aera sambil tunjuk ke arah Jiho.
'Jap..biar abang marah dia...berani dia buli adik sesayangan abang ni...' kata Kihyun. Kihyun mendekati Jiho dan 'Jiho kenapa ambil mainan Aera...tu kan Aera punya...biase dia ni...' kata Kihyun marah kecil. Jiho yang takut terus menyorok di belakang IM. 'Abang...jangan takut kan dia...abang ni kan...' kata IM memeluk Jiho. 'Jiho bagi abang mainan Aera tu...nanti abang belikan mainan baru ok....bagi mainan Aera tu balik...' pujuk IM.
Jiho menghulurkan mainan itu pada Kihyun dan Kihyun berikan mainan itu pada Aera semula. Aera tersenyum. 'Hah...kan dah senyum baru lah comel....' kata Kihyun sambil mencubit kecil pipi Aera. Shownu menurunkan Byeol ke lantai dan mendekati Eomma Aika. 'Eomma Aika...mana Nara...' tanya Shownu. 'Ouh...Nara tengah tidur...baru lepas minum susu tadi...dia meragam...tapi sekarang dah tidur...pergi lah tengok dia kat bilik...' kata Shownu.
Shownu mendekati Hanna. 'Hanna jom ikut abang tengok Nara...' kata Shownu sambil menarik tangan Hanna. Hanna hanya ikut ajakan Shownu. Sesampai di hadapan bilik Nara...Shownu masuk dan mendekati Nara yang sedang nyenyak tidur di atas katil. 'Hanna...ni lah Nara...comel kan...dia baru 5 bulan...kecil lagi....hari tu Eomma Aika jumpa Nara ada kat depan pintu rumah...masa tu Nara masih bertali pusat...dan kesejukan...kesian dia...' kata Shownu sambil mengelus rambut Nara.
'Lah...kesiannya...malang betul nasib Nara...siapa lah pergi buang baby secomel ni...' kata Hanna sambil duduk di atas katil memandang Nara. 'Abang berapa jumlah budak-budak kat rumah asuhan ni...' tanya Hanna. 'Ada 7 orang....tadi yang abang dukung tu Byeol...umur 6 tahun...yang Minhyuk dukung tadi Seojun umur 4 tahun...yang Kihyun dukung pulak namanya Aera...umur 5 tahun...yang Hyungwon dukung tadi Haru...umur 3 tahun...yang Jooheon bawak pergi bermain tu pulak nama dia Doyun...7 tahun dan yang last yang IM layan tadi nama dia Jiho...dia yang paling tua lah antara budak-budak yang lain...umur dia 8 tahun...' kata Shownu.
'Ouh....mereka semua anak yatim piatu ke? Sorry lah kalau Hanna tanya macam tu' kata Hanna. 'Haah...sebenarnya kitaorang jumpa diaorang di tempat dan masa yang berlainan...semua ada kisah macam mana boleh terjumpa mereka semua...sekarang abang cuma boleh cerita macam mana abang jumpa Byeol...' kata Shownu.
'Masa tu kitaorang ada jalan kan misi merompak permata biru....masa tu hujan lebat...abang lalu satu lorong yang bertakung dengan air....dari kejauhan abang terdengar suara budak menangis...abang dengan rasa ingin tahu pun pergi tengok....makin lama suara tu makin dekat lepas tu abang nampak Byeol menangis sambil meletakkan kepalanya di lutut...masa tu abang tengok dia kurus dan lesu...abang pun bawa dia balik ke rumah asuhan ni...disebabkan tu lah Byeol paling rapat dengan abang...' kata Shownu.
'Lah...kesian..' kata Hanna. 'Kalau Hanna nak tahu macam mana budak-budak ada kat sini jugak pergi lah tanya yang lain...nanti diaorang cerita macam mana diaorang jumpa budak-budak ni...' kata Shownu. Hanna terus mengangguk laju dan keluar dari bilik Nara. Hanna mencari Monsta X lain dan Hanna nampak IM ada di bilik pakaian bersama Jiho.
Hanna pun mendekati mereka berdua. 'Abang...tengah buat apa tu...' kata Hanna. 'Tengah pilihkan baju yang sesuai yang untuk Jiho...kenapa? ' kata IM. 'Hanna nak tanya sesuatu tapi...' kata Hanna sambil buat isyarat mata pada IM. IM faham dengan isyarat Hanna. 'Jiho...keluar kejap boleh...nanti Abang teman Jiho pilih baju ok...' kata IM. 'Ok...Abang Kyun..Jiho pergi main dulu kat bilik permainan...bye...' kata Jiho sambil keluar dari bilik pakaian.
Hanna duduk bersila di sebelah IM. 'Abang...macam mana abang jumpa Jiho...tadi Hanna dah dengar cerita abang Shownu pasal Byeol...sekarang nak dengar daripada abang pulak pasal Jiho...' kata Hanna. 'Abang masa tu keluar nak pergi beli barang rumah sikit abang Kihyun suruh...jadi lepas abang beli barang...abang berjalan ke kereta...lepas tu abang nampak 2 orang lelaki dewasa kejar Jiho...abang terus lari ke arah Jiho dan selamat kan dia..dan 2 orang lelaki tu pergi cari pasal dengan abang...habis lebam-lebam abang pukul...padan muka diorang...berani diaorang pergi buli budak kecil....2 orang lelaki tu kejar Jiho sebab Jiho curi makanan yang mereka jual...abang kesian dengan Jiho jadi abang bawa lah dia balik ke sini...' kata IM.
Hanna pun mengangguk.....
(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 18
YOU ARE READING
6 Professional Robber
ActionHanna diculik oleh Monsta X untuk memaksa Datuk Bandar memberikan kata laluan bagi membuka peti besi. . . Sepanjang Hanna diculik....adakah Hanna dijaga dengan baik? Apakah reaksi Hanna diculik dan dijaga oleh Monsta X? . . Sepanjang Hanna ber...