22| Rancangan

14 2 0
                                    

Part 22
Pov Monsta X
'Arghhhh...sakit..sakit...abang jangan lah kuat sangat...sakit...arrghhhh! ' rintih Hanna sambil pegang lengan Kihyun. 'Kata nak belajar asas pertahanan diri...jadi kaki memainkan peranan yang penting...' kata Kihyun semakin menekan badan Hanna. Kaki kiri Hanna ditegakkan di pokok manakala Kihyun pun menolak badannya sehingga kakinya lurus. 'Ye memang lah...kalau macam ni lama-lama patah lah kaki Hanna nanti...arghhh! ' kata Hanna sambil meletakkan kepalanya di pokok.

'Ada abang kesah...kau perempuan jadi kaki kau lebih senang untuk fleksibel...dah jangan banyak cakap sekarang tukar kaki kanan pulak...' kata Kihyun dan lepaskan badan Hanna. Hanna menurunkan kaki kirinya perlahan-lahan. 'Arghh..ahh..aduh...sakitnya..' kata Hanna sambil mengurut perlahan kakinya. Hanna terduduk di atas rumput. 'Kasarlah abang ni...' kata Hanna mencebik. 'Kau ingat pesan abang ni...penjahat tak kan pernah nak berlembut dengan musuhnya...' kata Kihyun.

Hanna terdiam. 'Dah cepat bangun..kaki kanan pulak...' kata Kihyun sambil menarik lengan Hanna.
Hanna meletakkan kaki kanan nya ke pokok seperti tadi. Kihyun pun mula menekan badan Hanna ke depan. Hanna ingin menjerit sebab rasa sakit tapi dia buat pilihan untuk tidak menjerit. Hanna menutup matanya sambil mengigit bibir bawahnya menahan sakit pada kakinya.

Selepas 1 jam berlatih asas pertahanan diri, Hanna jatuh terbaring lemah di atas rumput-rumpai. Nafasnya tercungap-cungap. Dadanya naik dan turun dengan laju. Matanya pandang ke atas langit yang berwarna jingga kekuningan tanda sudah petang nak ke malam. Kihyun duduk memeluk lutut di sebelah Hanna. 'Macam mana best tak latihan hari ni?' kata Kihyun. 'Best....ta..pi memenatkan...huhhh..' kata Hanna sambil mengambil nafas.

'Tu baru sikit...lain kali abang akan ajar cara guna senjata...nak tak? ' kata Kihyun. 'Mesti lah nak...' kata Hanna. Kihyun berdiri lalu menghulurkan tangannya pada Hanna. Dia pun menyambut tangan Kihyun lalu Kihyun pun menarik Hanna bangun. 'Jom masuk...pergi mandi' kata Kihyun. Hanna hanya mengangguk. Mereka berdua pun berjalan di ruang tamu. 'Hah...macam mana ok tak tu...' tanya Minhyuk. 'Tak okey...sakit kaki..' kata Hanna berjalan terjengket-jengket.

Pov Jooheon
Jooheon berjalan ke bilik Shownu sambil membawa telefonnya. Tok...tok...tok...tok...'abang...' panggil Jooheon. Pintu pun terbuka. Jooheon pun masuk ke dalam bilik Shownu. Hanna yang menaiki tangga tadi ternampak Jooheon masuk ke dalam bilik Shownu. Selepas pintu ditutup, Hanna merapatkan telinganya di pintu.

'Abang shownu aku dah jumpa apa yang kau suruh cari tu...' kata Jooheon sambil mengoyangkan telefon nya. 'Apa yang kau dapati....' tanya Shownu sambil membaiki barangannya. 'Abang...tulisan tu sebenarnya bahasa Ankitta...asal dari orang asli kat Kepulauan Young Sam....aku dah cuba translate tapi tak boleh sebab bahasa tu dah pupus dari dunia...' jelas Jooheon.

'Kepulauan Young Sam? Kat mana pulak tu...' tanya Shownu sambil mengerutkan dahi. 'Pulau tu ada kat antara Korea Selatan dan Korea Utara...tapi pulau tu sekarang dah dipenuhi dengan kelab malam, kelab penjudian, kawasan penjualan organ...bahaya lah abang...' kata Jooheon. Shownu tersengih jahat. 'Jooheon kita kan dah biasa pergi jalankan misi yang bahaya...sekadar kelab...apa yang ditakutkan sangat...' kata Shownu dengan yakin.

'Betul jugak...habis tu Hanna macam mana pulak...kita nak bawak dia sekali ke? ' kata Jooheon. 'Kita bawak dia sekali..ini untuk ujian pertama dia...dan juga sebagai pengalaman baru dia jalankan misi...' kata Shownu serius. Hanna yang sedang mendengar pun teruja. 'Oklah kalau macam tu...' kata Jooheon sambil berjalan ke pintu. Sebaik saja dia membuka pintu...Hanna terjatuh ke lantai. 'Hanna...kau curi dengar ye..' kata Jooheon sambil mengangkat keningnya.

Hanna memandang Jooheon sambil tersenyum kecil. 'Hihihihi..adalah sikit...hemm' kata Hanna. Jooheon memapah Hanna bangun. 'Abang bila nak pergi...' kata Hanna teruja. 'Tengok lah nanti kitaorang bincang dulu...' kata Shownu. Hanna mengangguk. 'Macam mana ok tak berlatih tadi? ' kata Shownu. 'Boleh lah...' kata Hanna.

(10.00 malam)
Selepas makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu. 'Abang...kenapa kita berkumpul macam ni....' tanya IM. 'Apa lagi...kita ada misi baru lah...kali ni kita bawa Hanna sekali...' kata Shownu. 'Ouh...apa misi kita kali ni? ' tanya Kihyun. 'Sebelum tu aku nak bagi sesuatu dulu...' kata Jooheon. Jooheon pun cerita semula apa yang dia cakap kat bilik Shownu petang tadi. 'Pulau Young Sam...abang serius lah...bahaya lah tempat tu...' kata Hyungwon.

'Kita dah berapa kali buat misi yang lebih berbahaya sebelum ni...macam lah kau tak biasa...' kata Shownu. 'Bukan tu maksud aku...kita bawa Hanna...tempat tu dah lah sasaran lelaki yang bernafsu...bahaya kot...' kata Hyungwon. Hanna menelan air liurnya. Semua orang terdiam lalu memandang ke arah Hanna. Mata Hanna melihat ke kiri ke kanan. 'Janganlah pandang Hanna macam tu...' kata Hanna tak selesa.

'Korang tak payah risau aku dah ajar Hanna cara untuk elakkan diri daripada musuh...kan Hanna? ' kata Kihyun. Hanna hanya senyum tawar mengiyakan pertanyaan Kihyun. 'Hanna jangan risau kitaorang akan lindung Hanna...' kata Minhyuk sambil tepuk bahu Hanna bagi meyakinkan dirinya. 'Abang Shownu apa plan kita' tanya IM. Shownu menoleh ke arah Jooheon lalu memberikan isyarat mata.

'Berdasarkan carian aku...dekat salah satu kelab di situ ada tersimpan nya manuskrip bahasa Ankitta dan ia dijaga rapi oleh pemilik kelab tu...dikatakan pemilik kelab tu keturunan asal orang asli kat pulau tu...dulu tempat tu dipenuhi dengan hutan Rimba tapi disebabkan peredaran zaman moden tempat tu dijadikan sebagai kawasan petempatan macam sekarang ni...untuk masuk ke Pulau tu tak mudah...kita perlu ade pass VIP...' jelas Jooheon.

'Pass VIP yang macam mana? ' tanya Minhyuk. Jooheon memandang Hanna lalu menghalakan jarinya padanya. Hanna membesarkan matanya terkejut dirinya dituju. 'Kenapa dengan Hanna...' tanya Minhyuk kekeliruan. 'Identiti Hanna sebagai anak datuk bandar...boleh tolong kita semua untuk masuk pulau Young Sam...' kata Jooheon yakin.

'Biar betul...' kata Hanna. 'Hanna mesti ada kad identiti anak datuk bandar kan...yang warna emas hitam tu...' tanya Jooheon. Hanna tiba-tiba teringat Appanya pernah bagi sekeping kad berwarna emas hitam. 'Ouh...ada-ada..tapi ada satu masalah...' kata Hanna. Semua fokus pada Hanna. 'Kad itu ada kat dalam bilik tidur Hanna...' kata Hanna serius.

Monsta X pun....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen)
Sambung Part 23

6 Professional RobberWhere stories live. Discover now