Part 29
Skip 7.30 malam
Pintu bilik Hanna diketuk. Tok...tok...tok.
Hanna yang sedang membaca buku lantas berdiri mendekati pintu. Pintu dibuka luas, Minhyuk dan Hyungwon berdiri di depan pintu sambil membawa beg make up dan beberapa perhiasan lain. 'Hanna! Kenapa kau tak tukar baju lagi?' kata Minhyuk. Hyungwon menutup pintu bilik. 'Ouh pergi sekarang ke?' tanya Hanna yang terpinga-pinga. 'Ye lah...kita kena gerak pergi kelab tu pukul 8.30...pergi pakai dress tadi.' kata Minhyuk lagi.Dengan pantas Hanna mengambil dress merah yang tergantung di almari lalu meluru masuk ke dalam tandas. Beberapa minit kemudian, Hanna keluar sambil memakai dress panjang itu. 'Duduk sini, abang pakaikan Make up dan dandankan rambut kau...' kata Minhyuk. Proses mendandan pun dimulakan. 'Abang, apa yang Hanna kena buat bila sampai dekat sana?' tanya Hanna. 'Sebaik sahaja kau masuk ke dalam kelab tu, kau duduk di tempat duduk VIP. Kemudian, akan ada seorang waiter datang dan bagi sekeping kad servis. Dalam kad terdapat 3 servis yang disediakan untuk tetamu VIP. Dan kau kena pilih salah satu servis.' jelas Hyungwon.
'Apa 3 jenis servis tu? Dan Hanna kena pilih yang mana?' tanya Hanna lagi. 'Servis Permata, Servis Emas dan Servis Bunga' kata Hyungwon. 'Hah???' Hanna terpinga-pinga. 'Servis Permata hanya dikhaskan untuk tetamu lelaki sahaja. Servis dimana tetamu lelaki akan ditemani oleh seorang pelayan perempuan paling mahal ni kelab itu. Servis Emas pulak hanya dikhaskan untuk tetamu perempuan sahaja. Servis yang dimana tetamu perempuan akan ditemani oleh seorang pelayan lelaki paling mahal di situ.' Belum sempat Hyungwon menyambung penjelasannya, Hanna mencelah.
'Jadi Hanna kena pilih servis Emas lah kan?' kata Hanna dengan penuh keyakinan. 'Tidakk! Kau tak boleh pilih kedua-dua servis tu. Kau kena pilih servis Bunga.' kata Hyungwon dengan wajah yang serius. 'Kenapa pulak? Apa beza kedua-dua servis tadi dengan servis bunga?' tanya Hanna. 'Servis Bunga boleh dipilih oleh tetamu lelaki ataupun tetamu perempuan. Yang istimewanya servis ini, pelayan yang akan menemani tetamu VIP merupakan pemilik kelab tu sendiri. Kitaorang baru mendapat info yang mengatakan pemilik kelab ada dua orang iaitu seorang lelaki dan perempuan. Hubungan mereka tidak diketahui. Bukan sebarang tetamu boleh memilih servis Bunga ni, hanya tetamu macam Hanna sahaja yang boleh memilih servis ini.' jelas Hyungwon dengan panjang lebar.
'Woah...luar biasa! Lepas tu Hanna kena buat apa?' tanyanya lagi. 'Kau kena goda dan alih perhatian dia sementara kitaorang pergi curi manuskrip Ankitta..kau boleh buatkan?' kata Hyungwon. 'Errr, Hanna tak pasti. Takut lah...' kata Hanna dengan wajah yang kerisauan. 'Jangan risau, kitaorang akan sentiasa perhatikan kau melalui kerongsang yang Abang Shownu bagi tadi. Abang percaya dengan kau, abang percaya kau boleh lakukannya!!' Hyungwon memberikan kata-kata semangat bagi menenangkan Hanna sambil memegang bahunya. Gadis kecil itu tersenyum kecil.
Beberapa minit berlalu, Minhyuk telah selesai mendandankan Hanna. Kini, mereka bertiga berjalan keluar dari bilik menunggu ketibaan Monsta X yang lain. Shownu, Kihyun, Jooheon dan IM mendekati mereka bertiga dari kejauhan. 'Hah, korang dah siapkan barang ke?' tanya Shownu. 'Dah...dah..dah boleh gerakan. Jam telah menunjukkan pukul 8.15 malam.' kata Minhyuk sambil menatap jam tangannya. 'Dah boleh gerak. Hanna, kau dah pakai ke belum anting-anting dan kerongsang permata merah tu?' tanya Shownu.
'Dah lama pakai. Tengok ni!' kata Hanna sambil menunjuk telinganya yang tergantung anting-anting dan dressnya yang telah dipinkan kerongsang. 'Bagusss, Jom kita gerak. Hanna...kau kat depan kitaorang.' kata Kihyun. Hanna pun berganjak ke hadapan Monsta X. Mereka menuruni lif lalu keluar dari gerbang hotel.
Pemandangan malam di pulau Young Sam lebih cantik berbanding pada waktu siang. Kini, di sepanjang jalan dipenuhi dengan lampu LED yang berkelipan. Terdapat juga lampu LED yang diselitkan di pokok bunga yang membuatkan bunga itu seolah-olah bercahaya dalam kegelapan. Hanna terpegun dengan suasana bandar kecil itu. Walaupun di wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi di hati Hanna sedang memuji-muji keindahan di sekelilingnya. Tiba-tiba pemandangan yang indah itu dirosakkan oleh sekumpulan gangster yang semakin menghampiri mereka bertujuh.
Hanna tetap dengan wajahnya yang dingin berjalan ke hadapan. 'Hai, si cantik! Nak saya teman ke? Nak tidur di katil king atau katil queen? Nak sorang-sorang atau ramai-ramai main dengan awak? Hihihihihihi' kata ketua gangster itu sambil tersenyum nakal. Anak-anak buahnya juga tertawa di belakang. Kihyun dan Jooheon yang berada di sisi Hanna ingin menumbuk lelaki tersebut tetapi dihalang oleh Hanna. Ketua gangster yang berada dihadapan Hanna kini, mungkin berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun. Rambut mullet berwarna hitam dan biru gelap. Wajahnya putih pucat dan terdapat luka parut di pipinya. Berpakaian jaket kulit hitam dan seluar jeans hitam. Anak-anak buah lelaki itu ada dalam 10 hingga 17 orang. Hanna menelan air liur lalu tersenyum kecil.
'Saya tak ganggu awak, kan? Kenapa awak sibuk nak ganggu saya?' kata Hanna dengan tenang. Tetapi di dalam hati sangat berdebar-debar. 'Tak ganggu saya? Awak ada ganggu saya Si cantik!!! Ganggu pandangan mata saya dengan kecantikan awak dengan...(dia memandangkan tubuh badan Hanna dari atas sampai ke bawah sambil menjilat lidahnya dan tersenyum nakal)...tubuh badan awak yang sangat sexy...' katanya di telinga Hanna. Hembusan angin dari mulut lelaki itu menyebabkan bulu roma menaik.
Selepas mendengar kata-kata lelaki, Kihyun terus menarik kerah baju lelaki itu lalu ingin menumbuknya tetapi dengan pantas Hanna meleraikan mereka berdua. 'Awak tahu tak awak bercakap dengan siapa sekarang ni!!! Awak jangan biadab ye!' kata Hanna dengan nada yang sedikit tinggi. 'Saya biadab?? Hahahaha, geli betul hati saya! Hahahahaha, saya gangster memang lah tak de adab!!' sindir lelaki itu. Anak-anak buahnya turut tergelak sakan. Monsta X sedari dari tadi hanya menahan geram dan marah dengan kelakuan mereka yang meremehkan maruah Hanna.
'Sekarang saya tanya buat kali yang terakhir, si Cantik nak tak tidur dan teman saya malam ni?' kata lelaki itu lalu mengelus lembut pipi merah Hanna tanpa rasa bersalah. Hanna memegang tangan lelaki itu yang sedang mengelus pipinya ke sisi lelaki itu lalu Hanna tersenyum kecil. 'Boleh...' kata Hanna. 'Bagusss, Jom sayang!' kata lelaki itu sambil menyambut tangan Hanna. Dengan pantas Hanna menepis tangan lelaki tak guna itu lalu menampar kuat pipi lelaki itu. PAKKKKKK! 'Padan muka! Jom kita pergi!' kata Hanna lalu meninggalkan kumpulan gangster itu sambil disusuli oleh Monsta X.
'Boss! Boss tak apa-apa ke? Nak kejar mereka ke?' kata salah seorang anak buahnya. Lelaki itu memegang pipinya yang kemerahan akibat tamparan tadi. 'Tak pe, biarkan mereka. Aku tak apa-apa.' kata lelaki itu. 'Menarik! Aku akan dapatkan kau si Cantik!' bisik lelaki itu sambil mengukir senyuman jahat di wajahnya.
Sebaik sahaja.....
(Apakah yang akan berlaku pada part yang seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 30
YOU ARE READING
6 Professional Robber
ActionHanna diculik oleh Monsta X untuk memaksa Datuk Bandar memberikan kata laluan bagi membuka peti besi. . . Sepanjang Hanna diculik....adakah Hanna dijaga dengan baik? Apakah reaksi Hanna diculik dan dijaga oleh Monsta X? . . Sepanjang Hanna ber...