Part 23
Monsta X pun terkejut dengan apa yang Hanna cakap. 'Serius lah Hanna...kenapa Hanna tak bawa di sisi Hanna' kata Kihyun. 'Sebelum ni bagi Hanna kad tu tak penting sebab semua orang dah tahu Hanna anak datuk bandar sebab tu Hanna tak bawa...' kata Hanna. 'Ahhh sudah...macam mana sekarang abang Shownu...' tanya Minhyuk. 'Nampak nya kita kena ambil jugak kad tu kat bilik Hanna....'kata Shownu.'Tapi macam mana? Rumah Hanna tu di setiap sisi rumah ada CCTV....dan ada pengawal yang menjaga kawasan rumah Hanna tu...' kata Hanna. 'Tak pe...Jooheon boleh hack sistem CCTV...' kata Shownu. 'Tapi macam mana nak masuk bilik Hanna...dan nak lepas dari pengawal yang menjaga...' kata Hanna serius. IM tersengih kecil. 'Hanna tak payah risau...pasal tu biar abang yang uruskan...sebab tu kemahiran abang...pandai menyelinap...' kata IM berlagak.
'Ok lah kalau macam tu...' kata Hanna lega. 'Kat mana kau letak kad tu? ' kata IM. 'Errrr...Hanna letak kat.....' kata Hanna malu-malu. Hanna tak tahu nak cakap macam mana. Pipi Hanna memerah. Hanna mengetap bibirnya sambil menutup rapat matanya. 'Hanna kau kenapa? Kat mana kau letak? ' kata Minhyuk. 'Kat dalam almari pa...kaian da..lam Hanna...' kata Hanna segan. 'Dalam banyak-banyak tempat kenapa kau pergi sorok kad tu kat dalam almari kau...' kata Minhyuk.
'Suka hati lah...bagi Hanna almari baju tempat paling selamat untuk simpan barang yang penting...' kata Hanna. 'Pukul 2 malam nanti kita pergi rumah Hanna....sekarang dah pukul 10.45 malam korang semua bersiap dulu' kata Shownu. Semua mengangguk.
(Beberapa jam kemudian)
'Abang tak pe ke kalau biar abang IM pergi sorang...' tanya Hanna sambil melihat IM dari jauh menggunakan teropong. 'Hanna tengok jer kemahiran IM nanti mesti kau terkejut...' kata Hyungwon sambil memasukkan peluru ke dalam snipernya. 'Abang Kihyun kenapa tak pergi ikut abang IM sekali...' kata Hanna. 'Ehh..abang tak pandai menyelinap...' kata Kihyun sambil memasukkan sebilah pisau di stokin nya.Hyungwon keluar dari kereta lalu naik ke atas bumbung kereta. Hyungwon memerhatikan pergerakan IM melalui teropong di sniper. Shownu meletakkan tangan di telinga lalu menghidupkan earphone. 'IM kau dengar tak? ' tanya Shownu melalui earphone. IM sedang berjalan mendekati kawasan rumah Hanna. Terdengaran bunyi getaran di earphone dipakai. IM meletakkan tangan di earphone. IM mendengar pertanyaan Shownu.
'Aku dengar...abang aku dah sampai kat kawasan rumah Hanna...dah boleh start ke? ' kata IM bersedia bertindak. 'Sekejap...Jooheon kau dah hack ke CCTV...' tanya Shownu pada Jooheon yang sedang sibuk mengetik keyboard laptopnya. 'Ok dah...aku setkan dalam mode loop...dah boleh start gerak...' kata Jooheon. 'IM kau dah boleh start...hati-hati' kata Shownu. IM mengangguk. Dia melihat dua kelibat pengawal di hadapan dan dua pengawal di belakang rumah yang sedang berdiri sambil memegang senapang.
Mata IM lincah memandang ke sekeliling kawasan bagi memastikan tiada sesiapa yang berada di situ. Dia menyeluk beg kulit di pinggangnya lalu mengeluarkan sebiji bebola besi sebesar guli. Dia menekan butang kecil yang terdapat pada bebola itu lalu di gulingkan ke arah dua pengawal di bahagian hadapan.
Sebaik saja bebola itu berada di hadapan pengawal, keluar asap biru daripada bebola itu. Kedua pengawal itu perasan lalu ingin memberitahu rakannya yang berada di belakang tetapi tidak sempat. Mereka berdua telah terhidu asap itu lalu jatuh pengsan ke tanah. Hanna sedang melihat tingkah laku IM melalui teropongnya. 'Wah...asap apa tu? ' kata Hanna. 'Asap pelali untuk pengsankan orang...abang Shownu yang buat' kata Kihyun.
'Hebatnya kesan asap pelali tu...cepat betul buat orang pengsan...' kagum Hanna. 'Mana ada biasa je lah...' kata Shownu sambil melihat laptop Jooheon. IM berjalan perlahan di sebalik semak-samun kemudian menggulingkan sebiji lagi bebola besi itu pada kedua pengawal di situ. Selepas keempat pengawal itu tidak sedarkan diri, IM memanjat tembok batu itu lalu berdiri di atas tembok.
IM melompat ke atas bumbung rumah seperti seekor kucing dengan mudah. 'Senang nya abang IM melompat ke atas bumbung...' kagum Hanna. IM mengeluarkan seutas tali dari beg kulit itu lalu mengikat hujung tali pada tiang bumbung manakala hujung satu lagi diikat pada pinggang nya. Dia menarik sedikit tali itu bagi memastikan ianya tegang. IM pun turun ke tingkap bilik Hanna sambil bergayut pada tali di pinggangnya.
IM cuba menolak tingkap bilik lalu masuk ke dalam. IM mengeluarkan lampu suluh lalu menghidupkannya. 'Banyaknya almari baju...yang mana satu? ' bisik IM. 'Abang...aku dah masuk...tanya Hanna almari yang mana satu...sebab kat sini banyak betul almari nya...' bisik IM. 'Hanna...almari yang mana? ' kata Shownu. Shownu memberikan earphone nya pada Hanna lalu dia memakainya di telinganya.
'Abang...almari yang warna ungu dan tingkat yang paling bawah...' kata Hanna. IM terus mendekati almari ungu yang berada berdekatan dengan bilik air. IM mencari kad itu disebalik pakaian dalam Hanna dengan segan sambil menyuluh. IM menyelak setiap pakaian akhirnya kad itu dapat dijumpai. Hanna memberi semula earphone itu pada Shownu. 'Abang...aku dah jumpa..' kata IM sambil keluar dari tingkap bilik.
IM naik ke dalam bumbung lalu membuka ikatan tali pada tiang bumbung dan juga ikatan di pinggangnya. IM terus melompat turun ke keluar dari tembok. IM berlari masuk ke dalam hutan tebal sambil ditemani dengan lampunya. IM sedang menyusuri setiap pokok-pokok di hutan tiba-tiba BOMMMMMM! IM tercampak ke hadapan lalu tersembam ke tanah.
'Abang bunyi apa tu? ' terkejut Hanna. 'IM apa yang dah jadi!? ' tanya Shownu cemas. Disebalik asap yang berkepul-kepul itu keluar sesosok perempuan berambut pendek blonde kehitaman berpakaian dress kulit berwarna hitam mendekati IM. 'IM..kau nak kerja senang ke nak kerja susah apa kata kau bagi aku kad tu...' kata perempuan itu. 'Lily!? ' batin IM. 'Abang! Lily Nmixx! ' kata IM.
Shownu terus cemas. 'Minhyuk! Kihyun! Hyungwon! Pergi selamatkan IM...Nmixx datang kacau! ' kata Shownu. Mereka bertiga bergegas pergi masuk ke dalam hutan. 'Korang ingat lepas korang dah dapat peti besi tu...korang dah menang..belum lagi...kitaorang mesti akan dapatkan semula...' kata Lily sambil menyilangkan tangannya.
'Jangan harap korang akan dapat!! ' marah IM. IM berdiri lalu ingat larikan diri ke belakang tapi malangnya ada dua orang perempuan berada di belakang membuatkan langkahnya tersekat di tengah-tengah. 'IM kau nak lari ke mana tu? ' kata Sullyoon sambil senyum kecil. 'Kau tak puas lagi kena tikam hari tu? Ke...kau nak lagi? ' kata Jiwoo sengih jahat.
Flashback....
(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 24
YOU ARE READING
6 Professional Robber
ActionHanna diculik oleh Monsta X untuk memaksa Datuk Bandar memberikan kata laluan bagi membuka peti besi. . . Sepanjang Hanna diculik....adakah Hanna dijaga dengan baik? Apakah reaksi Hanna diculik dan dijaga oleh Monsta X? . . Sepanjang Hanna ber...