“ kayra nanti aku ikut ibu abah balik tau ” aralyn menuang nasi lemak ke dalam pinggan
“ oh ya ? bagus la tu kau pun dah lama tak jumpa katil kau kat sana kan” kata Kayra sebelum menyuap nasi
“ kau pun sama nak perli aku ? aku tak balik sini baru tahu ”
“ Assalamualaikum ! ” jerit seseorang dari luar pintu
“ siapa ? kau pergi tengok kejap ” aralyn menghampiri pintu
“ waalaikumsalam riss jemput lah” pelawa aralyn
“ riss ? ” laju kayra berlari ke pintu mendengar nama riss
“ saya ada bawak Mee goreng ni amsyar beli lebih pula ” kata riss lalu menghulur satu plastik bungkusan
“ jemput lah masuk dulu sarapan dengan kami ” jemput encik rahim
“ eh tak apa la cik...saya dah makan tadi ” riss menolak
“ jemput la dulu , rezeki jangan tolak ” pelawa puan mila pula , riss meringankan kakinya melangkah masuk
“ kalau ibu abah nak tahu , riss ni baru je pindah dekat sini ” kata kayra
“ ouh..duduk sini berapa orang ? ” soal encik rahim
“ 4 orang cik dengan adik saya sorang” riss menghirup teh yang dihidang oleh kayra
“ adik awak yang mana satu ? fiz ke ” soal kayra ingin tahu
“ eh bukan wafi adik saya”
beberapa minit kemudian mereka bersembang
“ beg banyak banyak ni nak pergi holiday ke ? ” soal riss melihat ke arah beberapa beg bagasi tersandar di dinding
“ tak lah saya nak balik Kuantan untuk beberapa hari ” kata aralyn
/
“ urghh penat nya ” qyla terlentang di sebelah farred
“ hoi salam kau mana ? Masuk rumah macam tu je ” tegur farred geram melihat qyla berperangai barat
“ kau ni aku balik je bebel , balik je bebel bising lah ” bentak qyla masih terlentang di atas sofa
“ aku tak bising kalau kau tu perangai elok , cuba lah kau tu duduk rumah jaga mama ini tak merayau shopping tak habis habis ” farred mulakan bebelan nya
“ habis kau tu ? pagi rumah lain malam rumah lain tu apa bagus sangat lah mama papa tak bising kau pulak kecoh ” tengking qyla lalu menghentak kakinya mendaki tangga tanda protes
“ papa tak faham lah dengan korang berdua ni asal jumpa je ada lah benda tak kena ” Dato' Hilman bersuara
“ entah la papa ean tak faham dengan dia tu ” farred menggaru kepalanya yang tidak gatal
“ macam mana PA baru okay ? ” soal Dato' Hilman
“ setakat ni okay lagi.. different sikit kalini” farred menjongketkan keningnya
“ lain yang macam mana tu ? ean jangan cari pasal ” Dato' Hilman memberi amaran
“ tak ada la pa ean gurau je lah ”
“ ada ada je lah kamu ni , dah lah papa nak ke bilik ” Dato' Hilman menepuk perlahan bahu farred
TING bunyi notification daripada telefon farred di atas meja , farred mencapai telefon
“ Salam tuan farred , saya MC ya esok” - aralyn
“ aik hari ni tak sihat esok dah mintak MC ? ” kata farred sendiri
YOU ARE READING
SUAMIKU DUDA
RomanceSiapa tak kenal duda hot lagikan bergaya di Hilman'Holding . Farred Adrean anak sulung kepada Dato' Hilman Aziz walaupun sikapnya yang sedikit sombong tetaplah jadi pujaan gadis . Disebabkan sikapnya yang sangat tegas ramai PA nya resign tanpa alasa...