TIN TIN !!! Bunyi hon kereta
“ aduhh kejap lah ” tergesa-gesa aralyn memakai kasut tumit sambil menarik sedikit kain dress yang labuh
“ lambat lah kan aku dah kata pukul 6” marah farred dalam kereta
“ sabar la tak nampak ke saya tengah susah nak pakai kasut ni ” jawab aralyn lalu membuka pintu kereta . Terpukau farred dibuatnya apabila melihat aralyn memperagakan gaun buat pertama kalinya
“ betul lah hanz cakap , dia ada kecantikan dia sendiri ” bisik hati farred
“ tuan ? Tuan ? ” aralyn memetik jarinya . Tersedar farred dari lamunan
“ ha ? ”
“ tuan kenapa pandang saya macam tu ” soal Aralyn
“ kau nampak cantik hari ni ” puji farred jujur
“ tuan pun apa kurang nya ” puji aralyn pula . Memerah muka farred menahan senyum dapat pujian dari aralyn
/
“ aralyn !! ” jerit afefa dan armel dari jauh . Aralyn sekadar melambai sahaja
“ nanti kita ambil gambar tauu ! Cantik betul lah ” puji afefa
“ okey kau pun cantik ” kata aralyn lalu berjalan bersama farred masuk ke dalam hotel mewah
“ welcome Mr Farred Adrean and Miss Adrenna Aralyn have a seat” ucap penyambut tetamu dengan ramah
“ alright thank you ” jawab farred lalu berjalan ke meja
“ nama kau Adrenna ? ” soal farred
“ ye kenapa ” soal Aralyn pula sambil berjalan ke meja
“ macam tak kena je , ada ke orang kampung pakai nama macam tu ” soal farred selamba . Panas pula aralyn mendengar
“ kenapa ? Tak boleh ke ? Ada je orang kampung saya nama Ronaldo ” jawab aralyn
“ pelik betul ” kata farred dengan lagaknya
“ tuan kalau nak tahu , dulu ibu saya minat penyanyi Ariana grande sebab tu lah dia bagi saya nama Adrenna ” kata aralyn . Farred menayangkan senyuman sengetnya . Sindir
“ masa ibu kau mengandung tu Ariana kecik lagi belum jadi penyanyi tau ” balas farred
“ macam lah tuan tahu umur ariana tu berapa masa tu ” aralyn menjawab
“ aku tahu lah ” jawab farred . Mulut berbunyi tapi mata melihat ke arah lain
“ kau duduk sini kejap , aku nak pergi sana ” kata farred lalu menunjuk ke arah sekumpulan lelaki tidak jauh dari mejanya
“ okay ” jawab aralyn . Aralyn kekok duduk sendirian di meja di kelilingi orang yang tidak dikenali
“ aduh mana si mel dengan fefa ni ” kata aralyn sendiri dengan perasaan gementar lalu melihat kekiri dan kekanan mencari kelibat armel
“ hai ” tegur hanz yang muncul dari mana entah lalu duduk di kerusi sebelah aralyn . Aralyn yang berasa gementar itu terus terperanjat ditegur oleh hanz
“ h-hai ” jawab aralyn sedikit gagap . Macam mana pula dia boleh jumpa dengan hanz tu
“ sorang je ke ? Dari tadi I nampak you terpusing- pusing kepala cari siapa ? ” soal hanz
“ ha ? c-cari ni siapa aaa kawan saya dia mana entah tak masuk lagi ” jawab aralyn . Bertambah gementar apabila berdua dengan hanz
“ farred mana ? bukan pergi sekali ke ? ” soal hanz lagi
YOU ARE READING
SUAMIKU DUDA
RomanceSiapa tak kenal duda hot lagikan bergaya di Hilman'Holding . Farred Adrean anak sulung kepada Dato' Hilman Aziz walaupun sikapnya yang sedikit sombong tetaplah jadi pujaan gadis . Disebabkan sikapnya yang sangat tegas ramai PA nya resign tanpa alasa...