“ bye Ara ! ” jerit kayra dari ruang tamu lalu berjalan ke arah pintu . Kayra melihat sebuah kereta di hadapan rumahnya ‘berjenama’...
Lalu ia keluar menghampiri kereta tersebut.. BMW
“ eh ni macam kereta semalam ke bukan.. ” kata Kayra yang baru perasan tentang kereta tersebut tiba tiba pemilik kereta turun dari keretanya dan berdiri tegak di hadapan bumper kereta
“ ya ? ” kayra menyoal
“ aralyn ada ? ” soalnya
“ awak ni boss dia ke ? ” soal kayra lagi kayra untuk kepastian lalu farred mengangguk . Ternganga mulut kayra. orang yang dia teringin jumpa kini depan matanya
“ kejap kejap saya panggil ” kayra berlari masuk ke dalam rumahnya
“ aralyn!!! ” jeritnya
“ apahal kau ni jerit bising lah ” kata aralyn sambil membetulkan jam tangan nya
“ dia datang dia datang ” kata Kayra tergantung , tangannya tergapai gapai menyuruh aralyn turun ke bawah
“ siapa ? ” riak wajah aralyn hairan lalu di intai sedikit dari tingkap luar
“ what tuan farred?! ” aralyn melangkah keluar menghampiri farred diekori oleh kayra si kepochi
“ tuan buat apa kat sinii kan saya dah kata saya boleh pergi sendiri ” kata aralyn
“ kan aku dah bagitahu kau aku ambil kau hari ni ” balas farred tak mahu mengalah
“ tak apa saya naik grab ” aralyn menolak
“ aku yang ajak kau teman jadi aku kena bertanggungjawab atas apa yang dah jadi ” kata farred tegas
“ aww so sweet dah la handsome romantic pula tu ” celah kayra di belakang aralyn
“ hish diam lah ” bisik aralyn menepuk bahu kayra perlahan . Kayra menekup mulutnya
Datang sebuah kereta jenis produa bezza biru perlahan berhenti di hadapan kereta farred . Semua mata tumpu pada kereta tersebut
“ eh tu grab aku tu ” aralyn berjalan keluar dari pagar , farred pantas berjalan ke arah grab lalu dihulur beberapa keping kertas rm50 kepada grab . Tayar bezza perlahan lahan berputar jalan
“ ehh kenapa tuan bayar membazir je tak naik ” kata aralyn
“ naik aku , kalau tak nak pandai pandai lah kau tumpang orang lambat aku potong gaji ” farred menugut lalu masuk ke dalam keretanya
“ potong gaji ? haa ” laju aralyn masuk pintu di bahagian penumpang , risau tentang gajinya di potong
“ tata ” lambai kayra ke arah kereta
Sunyi sepi sepanjang perjalanan mereka , aralyn tiba-tiba kekok . Matanya cuba mencuri lihat ke arah farred yang fokus memandu
“ kau kenapa curi cuti tengok aku ? ” farred menyoal . Sedar perbuatan aralyn itu
“ err hehehe.. tuan kenapa tuan baik hati sangat tumpangkan saya hari ni ” soalnya spontan
“ perlu ke aku ulang balik jawapan aku aralyn? ” farred menyoal semula . Matanya tetap fokus memandu
“ macam mana tuan tahu saya masih kat rumah ? ” aralyn menyoal
“ aku tanya kak Sara kau masih tak ada kat office ” jawabnya
“ macam mana kalau saya dalam perjalanan masa tu haa ? ” terjongket keningnya menyoal . Farred menoleh ke arah aralyn
“ boleh tak tutup mulut kau sebelum aku tinggal kau tepi jalan ” pinta farred . Tangan aralyn segera tutup mulutnya
YOU ARE READING
SUAMIKU DUDA
RomanceSiapa tak kenal duda hot lagikan bergaya di Hilman'Holding . Farred Adrean anak sulung kepada Dato' Hilman Aziz walaupun sikapnya yang sedikit sombong tetaplah jadi pujaan gadis . Disebabkan sikapnya yang sangat tegas ramai PA nya resign tanpa alasa...