Chapter 1

19 2 0
                                    

"Kakak cepat la sayang oi hari ni ibu kena pergi ofis awal la!" Jerit puan Shabiroh kepada salah satunya anak dara yang dia ada itu, sapa lagi kalau bukan Ariana Amani.

"Sabar ler ibu sabar itu amalan..." Tidak sempat lagi Ariana menghabiskan percakapannya itu dengan pantas puan Shabiroh membidas "Kakak lambat ke sekolah jangan marah pulak" kata puan Shabiroh yang dari tadi menunggu di luar rumah itu berjaya membuat Ariana yang masih ralit membetulkan awning tudung nya sepantas kilat melihat ke arah jam rumah opahnya tersebut.. ya Ariana dan keluarganya memilih untuk duduk di rumah opahnya selepas sahaja arwah tokwan nya meninggal dunia.

"HAH!!? IBU DAH LAMBAT!!!" Jerit Ariana sehabis sahaja melihat ke arah jam tersebut lalu dengan sepantas kilat ia mengambil beg sekolahnya dan beredar dari rumah tak lupa juga ia memilih untuk memakai kasut di dalam kereta akibat takut terlambat.

Puan Shabiroh hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai anak dara sorangnya itu.

Sesampai sahaja di sekolah, tanpa melengahkan masa Ariana pantas menyalam tangan puan Shabiroh dan keluar dari kereta Honda city hatchback berwarna kelabu kebiruan milik ibunya itu dan berjalan memasuki sekolahnya.

Sedang berjalan memasuki halaman sekolah Ariana hanya tersengih apabila melihat kelibat kawan kawannya iaitu Qistina, Ella dan Damia yang hanya merenungnya dengan wajah tahan dari nak makan orang sahaja.

"Sorry la tadi ha adik aku la punya fasal" alah sekali sekala petik nama adik sorangnya itu bukan selalu lagi pun kadang kadang memang betul pun yang adiknya itu yang salah satu sebab dia lambat ke sekolah bisik Ariana kepada diri sendiri.

Qistina, Ella dan Damia hanya mengeluh melihat wajah tidak bersalah Ariana itu nampak sangat yang mereka sudah terbiasa dengan sifat tak matang kawan mereka sorang itu, lagi pun bukan Ariana ja yang tersangat lambat sekarang ni ada lagi yang lagi lambat dan mereka sudah terbiasa dengan sorang lagi itu.. sapa lagi kalau bukan Nurul Nisa Balqis hahaha sorang tu memang dah tidak boleh nak kata apa.

"Hm nah pegang ni jap" kata Qistina kepada Ariana untuk memegang bukunya itu sekejap. "Tak habis habis dengan awning kau tu lawa ja aku tengok" bidas Ariana kepada Qistina yang hanya buat tak edah ja dengan bidasan kawan baiknya itu.

"Laa Nisa tak datang lagi la ni kan?" Kata Ariana kepada Qistina, Ella dan Damia. Mereka hanya tersenyum dan menggelengkan kepala mereka "alah kau ni macam tak kenal Nisa" balas Qistina sambil menggelengkan kepalanya kepada Ariana yang hanya mencebik.

Setelah beberapa minit berlalu Nisa dengan muka tak bersalahnya pun menghampiri mereka berempat dan mereka tanpa melengahkan masa berjalan untuk ke kelas masing masing. Ambil hati? Huh mereka sudah terbiasa dengan perangai kawan mereka sorang itu yang hanya edah tak edah je.

Nisa dan Ella memasuki ke kelas mereka yang berada di blok bawah manakala Ariana, Qistina dan Damia pula harus menaiki tingkat atas akibat kelas mereka yang berada di tingkat atas. Maklum la kelas mereka berasingan tahun ni. Nisa dan Ella dalam kelas 2 UM manakala Qistina dan Damia berada dalam kelas 2 UTM.

Manakala Ariana pula? Hahaha malam tidak berbau dia sahaja yang berada di kelas 2 UUM dan mereka berlima sudah terbiasa untuk menunggu antara satu sama lain di koridor pagar sekolah.

Sedih? Yah masa Ariana dapat tahu yang dia sorang ja dalam kelas 2 UUM tu betapa kecewanya dia pada malam tersebut. Tapi Ariana masih bersyukur kerana kelasnya bersebelahan dengan kelas Qistina dan Damia iaitu kelas 2 UUM bersebelahan dengan kelas 2 UTM.

Macam mana hal ini boleh berlaku? Hahaha.. senang sahaja.. mereka berlima asalnya berada dalam kelas 1 UIAM dan sepatutnya akan meneruskan ke dalam kelas 2 UIAM. Akan tetapi entah bagaimana kelas UIAM bertukar sebagai kelas agama atau a.k.a kelas KAA (kelas aliran agama). Dan pelajar kelas 1 UIAM dahulu sudah dipecah belah ke dalam kelas lain iaitu kelas UM, USM, UKM, UPM, UTM dan UUM.

Ariana, Qistina dan Damia menaiki blok mereka dan berpisah sekejap antara kelas UUM dan UTM untuk meletakkan bag mereka masing masing untuk bergegas ke Dewan Sri Bitara.

Sudah menjadi kewajiban setiap murid tidak kisah la sekolah di mana sahaja pada hari Isnin untuk mengadakan sesi perhimpunan pagi.
















              [Insyaallah see you soon.]

                      -    Chapter 1 ✓-

𝐇𝐄𝐑 : 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐞 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥𝐢 .Where stories live. Discover now