Chapter 5

10 2 0
                                    

Beberapa bulan kemudian, sedar tidak sedar sudah mahu masuk beberapa bulan Ariana menjalani rutin sekolahnya seperti biasa dan rutin sebagai salah seorang murid dari kelas 2 UUM.

Seronok? Oh sudah tentu tidak! Bab kata Ariana di dalam hatinya. Sebab? Banyak sebab yang boleh Ariana simpul kan, terutamanya dengan adanya kehadiran perempuan tersebut. Tidak lain tidak bukan Nur Dania Zulaikha.

"Ariana! Tunggu laaa" jerit Dania yang sedari tadi mengikut Ariana dari belakang.

Ariana hanya mengabaikan sahaja minah tiga suku tu berada jauh dibelakangnya. Tak kuasa Ariana nak melayan perangai tiga suku tu tak habis habis nak menggangu ketenteraman hidup Ariana.

"Cikgu ni pon kenapa la dalam banyak banyak perempuan panggil minah ni jugak!" Gumam Ariana di dalam hatinya yang tengah membara seperti api itu.

"Arianaaa!" Jerit minah tiga suku jauh dibelakangnya itu.

"Ey kang ada yang kene sembelih kejap lagi kang!" Bisik Ariana di hatinya sebelum berhenti dan menunggu minah tiga suku itu untuk mendekatinya.

"Ish kenapa jalan cepat sangat hm.." kata Dania perlahan ala ala nada merajuk itu membuatkan Ariana makin nak je muntah didepannya.

"Takde la aku jalan laju je kau je yang lambat kalah kura kura." Bidas Ariana bersama senyuman tidak bersalahnya itu.

"Ala kau ni slow slow la skittt aku nak tengok Alimi pon tak boleh tahu!" Kata Dania yang sudah seperti ulat beluncas! Terkinja kinja gedik na mampos! Bab kata Ariana.

"Alimi bukan nak dekat kau pon" bisik Ariana perlahan apabila ia hanya meneruskan perjalanannya semula dan meninggalkan minah tiga suku itu dibelakangnya.

Entah kenapa Ariana merasakan sedikit cemburu dan panas hati bila sahaja nama "Alimi" sering disebut sebutkan oleh Dania.

Perasaan cinta? Oh sudah semestinya tidak! bagi Ariana. Ariana yakin dia hanya melihat Alimi tidak lebih "sebagai kawan rapatnya" keputusannya muktamad! Alimi hanyalah kawan baginya! Kata Ariana kepada dirinya sendiri.

Mana mungkin dia menyukai seseorang seperti "Muhammad Alimi" yang sangat jauh dari standard nya itu. Ya Ariana memang memilih orangnya!

Cukuplah dia melihat Alimi sebagai kawan rapatnya. Dia tidak ingin menyukai kawannya sendiri lagi lagi apabila Alimi kawan lelaki pertamanya yang paling dia selesa dan senang berbual.

"Ish Arianaaa!!" Kata Dania yang sedari tadi berjalan di samping Ariana itu.

"Eh ya ya kenapa?" Ariana yang baru habis mengelamun itu melihat Dania yang sudah berada di sampingnya itu. Betapa kuatnya dia mengelamun sampai tidak sedar minah tiga suku ini sudah berjaya berjalan di sampingnya.

"Kau ni kenapa? Aku cakap sorang sorang je dari tadi tau! Sampai hati.." kata Dania yang kedengaran seperti terasa dengan sikap acuh tidak acuh Ariana itu.

Ariana hanya memutarkan kedua bola matanya ke atas. Menyampah! "Tak yah mengada sangat boleh? Lain kali tak yah ikut." Kata Ariana apabila sampai sahaja mereka di depan pintu pejabat. Ya Ariana ditugaskan oleh cikgu Shariza untuk mengambil sesuatu di meja cikgu tersebut.

"Tanak nak ikut jugak! Boleh usya usya lelaki aku!" Kata Dania sebelum memasuki bilik pejabat terlebih dahulu.

Ariana hanya menahan dirinya daripada membunuh anak dara orang. Kang tak pasal pasal dia kena duduk juvana! Huh! Nasib nasib kata Ariana kepada dirinya sendiri. Sebelum mula memasuki bilik pejabat tersebut.

























Mesti menyampah kan? Dengan perangai minah tiga suku tuh! Macam tu la author tau! Tak habis habis Alimi Alimi kang hahh!!

[See you soon!]

- Chapter 5 ✓-

𝐇𝐄𝐑 : 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐞 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥𝐢 .Where stories live. Discover now