Chapter 3

10 2 3
                                    

Di rumah, Ariana hanya meluangkan masanya dengan membaca wattpad. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah opahnya beberapa minit yang lalu hal pertama yang dia cari tidak lain tidak bukan sudah semestinya satu satunya telefon pintarnya itu.

"Aduh kenapa eh Qayder ni mulut puaka sangat? Urgh!" Kata Ariana yang sedari tadi hanya lalai dengan telefon pintarnya itu.

Ya sudah tidak lain tidak bukan sedang memaki hamun salah satu watak utama dari cerita wattpadnya itu, Raja Qayder Ghazi yang memegang watak sebagai hero dalam cerita QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose.

Walau bagaimanapun ia jugak salah satu cerita wattpad yang amat digemari Ariana. Dan susah terbiasa untuknya membaca berkali kali cerita itu dengan tanpa rasa jemu.

"Kakak ni ok ke tak?" Kata Akid Aiman kepada satu satunya kakaknya itu.

"Hm." Ariana hanya mengabaikan sahaja kata kata adiknya itu. Akid hanya mengeluh dia sudah amat terbiasa dengan "mood swing" kakak sorangnya itu.

Sedang asyik membaca, tiba tiba telefon pintar milik Ariana membuat bunyi yang menandakan adanya notification masuk.

"Aduh masa masa ni jugak la ada orang nak kacau ish sabar Ariana sabar" gumam Ariana perlahan. Tanpa melengahkan masa terpaksa juga ia membuka notification whattsap nya itu.

"Eh Alimi?.." kata Ariana sebaik sahaja mengenal pasti gerangan siapa yang datang dari notification whattsap nya itu.

"Hah macam mana okay tak duduk dalam kelas UUM tuh? "

- Alimi -

"Mamat ni macam tahu tahu je kita tak ok huh!" Bisik Ariana perlahan sebelum ia mula menaip papan keyboard miliknya itu.

"Boleh la.. kalau takde Dania kau tu kan confirm lagi aman kelas."

- Ariana -

"Eee tak kuasa aku nak dekat dia."

- Alimi -

Ariana hanya tergelak dan menggelengkan kepalanya apabila membaca balasan daripada Alimi itu. "Ceh yang kau geli geli kan tu la kau pernah bercinta bang!" Gumam Ariana perlahan.

Dan perbualan mereka hanya berhenti disitu sahaja. Mereka berdua sudah terbiasa dengan perbualan tak habis mereka itu, ye la "awkward" la katakan lagi lagi bila si Alimi tu ex boyfriend kepada bekas kawan baiknya itu. Sapa lagi kalau bukan Dania.

"Haih.." Ariana hanya mengeluh apabila teringat balik akan kenangan kenagannya bersama salah satu bekas kawan baiknya itu. Tipu la kalau dia tidak terasa langsung dengan atas cacian dan fitnah dari perempuan tersebut.

Kawan yang dipikirnya baik dan sporting itu telah membuatnya trauma akan mempercayai orang sekelilingnya. Tapi tiada la sampai tahap maksimum sangat. Ariana masih lagi dapat mengawal "trust issue" nya itu dengan baik. Alhamdulilah antara sebabnya? Senang sahaja, memiliki kawan seperti kawan kawannya yang dia ada sekarang.

"Dah la Ariana benda dah berlalu dah pun ikhlas kan aje la" Kata Ariana kepada dirinya itu, agar dapat menyejukkan sedikit dan menenangkan rasa kecewa, sedih dan rasa bercampur baur di dalam hatinya itu.

Ariana hanya menolak ketepi sahaja perasaanya itu dan membaca semula cerita wattpadnya itu.

"Dari kau buang masa bersusah hati dengan perkara dah lepas lebih baik kau buang masa dengan fictional character kau Ariana!" Kata Ariana kepada dirinya sendiri.



















[Hehe see you soon!]

- Chapter 3 ✓-

𝐇𝐄𝐑 : 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐞 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥𝐢 .Where stories live. Discover now