Bab 1

19K 393 11
                                    

Bibirnya melorek senyuman saat bertembung dengan sesiapa saja dihadapannya, kaki terus melangkah dari pintu lift menuju ke kereta Myvi putih miliknya yang diletakkan di kawasan parking yang terletak dalam bangunan mewah tempat dia bekerja . Memang itulah sikap seorang yang bernama Nur Haura Hanani, murah senyuman dan bersikap ceria membuatkan ramai yang senang berkawan dengannya.

Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 6 petang. Ramai pekerja di bangunan yang sama sudah bergerak pulang memandangkan waktu pulang adalah pada pukul 5 petang. Jadi kawasan parking ini agak sunyi ketika itu.

Hari ini dia pulang sedikit lewat kerana ingin siapkan beberapa kertas projek memandangkan dia akan mengambil cuti selama tiga hari untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat karibnya di kampung.

Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung bersua muka dengan Syira dan Nureen yang merupakan sehabat karibnya dari kecil dan mereka tinggal di kawasan yang sama. Tak sangka pejam celik masa berlalu, Syira tak lama lagi akan bergelar seorang isteri. Tak lama lagi insha Allah giliran dia pula akan menyusul.

Belum sempat tangannya hendak membuka pintu kereta. Terasa seperti ada tangan seseorang yang merentap kasar pergelangan tangannya.

"Haura, we need to talk." tutur lelaki dihadapannya. Muka serius lelaki itu membawa aura dingin apatah lagi panahan mata tajamnya tepat memandang anak mata Haura. Pergelengan tangan Haura masih dicengkam kuat oleh lelaki itu.

"Apa kau ni Fahri? Lepaskan tangan akulah!" Dengan sekuat tenaga Haura merentap lengannya hingga terlepas pergelangan tangannya dari cengkaman lelaki itu. Panas hatinya ketika ini. Suka hati je jantan depan dia ni nak sentuh-sentuh, ada juga yang makan tapak kasut kejap lagi ni. Apa lagi yang lelaki ini nak, rimas betul dia dengan sikap Fahri.

"Nak cakap apa lagi? Berapa kali aku beritahu, aku tak pernah ada hati dengan kau. Jangan kacau aku lagi. Tolonglah!"

Haura mengetap bibirnya menahan rasa marah yang bertandang. Fahri ni, sejenis manusia yang memang tak faham bahasa. Entah berapa ratus kali dia mengatakan yang dia tak pernah ada perasaan istimewa buat pada Fahri. Namun masih juga Fahri sering menganggu hidupnya.

Haura merasa semakin geram apabila teringatkan persahabatannya dengan Liana sahabat karibnya ketika di universiti musnah. Semua ini gara-gara Fahri yang memikat Liana dan mempergunakan gadis itu hanya untuk mendekatkan diri dengannya. Akhirnya saat Fahri menyatakan hasrat cinta pada dirinya, disaat itu timbul rasa cemburu dalam hati Liana hingga menyebabkan persahabatan yang dibina hancur musnah.

"Listen here Fahri!" Tak ada apapun nak dibincangkan antara kita. Jawapan aku tetap sama. Aku tak kan pernah sukakan kau. Jadi tolong jangan paksa-paksa aku untuk terima kau and one more thing please stop follow me okey. Ini tempat kerja aku tak elok orang lain tengok kau datang sini semata-mata nak buat drama." Memang Haura tidak mahu rakan sekerjanya melihat drama Fahri, nanti susah pula dia nak menghadap pertanyaan gosip liar di pejabat.

"Haura please I really love you, dari dulu lagi aku memang suka kau. Tak kan kau tak boleh nak pandang aku dan beri peluang pada aku. Sikitpun tak terbuka ke hati kau untuk beri peluang pada aku." Suara Fahri mengendur, tidak kuat seperti tadi. Matanya penuh harapan merenung dalam anak mata Haura. Dia berharap agar gadis cantik dihadapannya kini memahami isi hatinya.

Sudah terlalu lama Fahri menyimpan perasaan pada Haura. Hanya gadis itu yang mampu menggoncang jiwa lelakinya. Sejak kali pertema bersua muka dengan Haura dia sudah jatuh suka pada Haura. Tambahan pula, Haura sejenis yang ramah dan suka tersenyum membuatkan hatinya lebih terpikat pada gadis itu.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now