Haura mengenggam erat telefon bimbitnya. Panas hatinya ketika ini. Pagi lagi dia dia telah sampai di depan pintu rumah ayahnya. Sepatutnya hari ini dia akan keluar bersama Zach untuk menguruskan urusan perkahwinan mereka memandang tarikh perkahwinan mereka semakin hampir. Masa hanya tinggal berbaki 6 minggu saja lagi sebelum mereka bergelar suami isteri yang sah.
Zach semalam lagi sudah sampai di perak, memandangkan rumah Mak Long Zach tidak jauh dari rumah ayah Haura, Zach bermalam di rumah Mak Longnya semalam. Zach dan Haura sudah berjanji harini diaorang hendakpergi ke butik pengantin fitting baju bersama-sama. Namun apabila Haura sampai di depan rumah ayahnya, dia mendapat chat wassap dari Zach.
"Assalamualaikum.
Haura abang minta maaf, harini nampaknya tak sempat kita nak ke butik fitting baju, masa abang sampai di rumah ayah dan mama, mama Syahida kata dia tak sihat. Dia suruh abang hantar ke klinik. Lepas ke klinik dia ajak abang teman beli barang pulak dah. Puas dah abang cakap harini kita ada urusan nak kena settlekan. Ummi dan Suria tetap bertegas nak ajak abang teman diaorang juga." -Zach-"Waalaikumussalam,
Habis sekarang ni macam mana abang? Kita nak kena pergi butik dan beli barang hantaran untuk digubah. Esok hari ahad butik pengantin tu tutup. Bukan mudah nak curi masa, berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perak hujung minggu nak settlekan hal majlis kita. Ayah ada sekali dengan abang dan diaorang ke sekarang? Sebab kat rumah tak ada orang ni. Sunyi je." -Haura"I'm really sorry sayang. Dua minggu lagi abang janji. Abang cuba luangkan masa balik perak. Kita pergi butik dan settlekan barang hantaran okey. Ayah, ada dengan kami ni. Sekarang ni kami kat kedai makan, tengah tunggu makanan sampai. Kejap lagi katanya mama Syahida nak pergi beli barang dapur sikit." -Zach-
Bamm! Terasa retak rasa hati Haura bila membaca chat yang dihantar oleh Zach, last chat dari Zach itu hanya dibaca dan dibiarkan bluetick tanpa dibalas.
Ayah ada bersama mereka. Andai betul Mak Cik Syahida tidak sihat ayah boleh bawa Mak Cik Syahida ke klinik. Kenapa perlu paksa Zach untuk menghantar mereka, sedangkan mereka sudah tahu Zach ada urusan yang perlu diuruskan bersamanya.
Kalau betul Puan Syahida tidak sihat kenapa lepas ke klinik tak terus pulang ke rumah. Kenapa mesti pergi keluar makan-makan dan siap boleh plan nak pergi beli barang dapur lagi. Bukan ke selama ini ayah yang teman mereka beli barang. Kenapa bila Zach ada mereka nak paksa lelaki itu. Ingat tak jauh ke dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kampar Perak semata-mata nak uruskan persiapan majlisnya nanti. Haura memicit pelipisnya. Pening kepala dia memikirkan perangai ibu tirinya, ayah serta Suria itu.
Haura tak salahkan Zach membelakangkan dia. Kerana dia tahu Zach juga pasti serba salah hendak menolak ajakan mereka semua. Zach memang rapat dengan ayah dan Puan Syahida kerana Zach merupakan anak sahabat karib ayahnya. Lihatlah, Zach siap boleh panggil Puan Syahida mama. Sedangkan dia sendiri pun tak dibenarkan oleh wanita itu untuk memanggilnya dirinya dengan gelaran mama..
Mereka seakan-akan ingin menjauhkan dirinya dari Zach. Dia yakin Suria pasti menggedik ingin menggoda Zach. Bukan dia tak sedar sejak dulu memang Suria menaruh hati pada Zach. Setiap kali Zach datang ke rumah ayahnya Suria akan menempel dekat dengan Zach. Sakitnya hati Haura, hanya Allah saja tahu. Sakit rasanya bila insan-insan yang kita anggap keluarga tidak pernah menganggap kita sebahagian dari mereka. Terasa umpama orang asing disini. Kalau tidak difkirkan pesanan nenek memang Haura tidak akan terus bertahan mengadap kerenah mereka semua.
Tanpa sedar airmatanya mengalir perlahan perlahan. Haura pantas menyeka airmatanya. Kunci pendua rumah dicapai lalu dia membuka pintu rumah dan masuk ke dalam rumah ayanya. Sabar Haura, Allah cintakan hambaNya yang bersabar.
YOU ARE READING
Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]
RomanceRaja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kasih serta kesetiaan Haura hanya tumpah pada Zach iaitu tunangnya. Keceriaan yang selalu terpamer pada...