Bab 5

9K 336 11
                                    

Jam di tangan dikerling sepintas lalu. Dah pukul 9.45 malam. Haura baru sampai di hadapan rumah sewanya. Dia bergerak keluar dari rumahnya ayahnya selepas solat asar. Memandangkan dia berhenti solat maghrib di RnR, maka lewat sikit dia sampai di hadapan rumah sewanya.

Haura mematikan enjin kereta lantas keluar dari keretanya, pintu kereta ditutup perlahan lalu dia pantas hendak menuju ke pintu rumah. Namun langkahnya terhenti apabila kedengaran ada satu suara lelaki yang memanggilnya.

"Haura. Baru sampai ke?" Wajah jejaka tampan di hadapannya ini mengukirkan senyuman. Lelaki itu berdiri di luar pagar rumah. Kelihatan di tangannya terdapat dua plastik yang berisi polisterine makanan.

"Eh, abang Mukhriz. Yer,Haura baru je sampai dari kampung. Abang nak jumpa Medina ya. Kejap Haura panggilkan dia." Jawab Haura sambil tersenyum.

Mukhriz adalah abang kepada Medina yang merupakan teman serumahnya. Mukhriz memang selalu datang menjenguk Medina. Selalu jika dia singgah melawat adiknya itu, pasti ada saja buah tangan yang dibawa untuk Medina dan Haura. Sesekali, Haura ada juga join Medina dan Mukhriz keluar makan atau menonton wayang. Oleh sebab itulah dia agak mesra dengan Mukhriz.

"Tak payah panggil dia. Tadi masa dalam kereta, abang dah call dia suruh keluar. Bila abang nampak kereta Haura, tu yang abang keluar tegur Haura tu. Macam mana kenduri kawan Haura meriah ke?" Soal Mukhriz.

"Kenduri kawan Haura okay, semua berjalan lancar dan of course lah meriah. Tambah lagi bila kawan dia yang comel dan banyak mulut ni datang. Lagilah happening majlisnya kan?" Gurau Haura sambil jarinya ditunjukkan menghala ke dirinya sendiri. Sesekali puji diri sendiri tak pe kan, bukan selalu.

Mukhriz hanya ketawa kecil. Terhibur dengan telatah Haura yang banyak mulut itu. Tangannya menghulurkan plastik yang berisi polisterine makanan kepada Haura. "Nah, abang ada bungkuskan nasi goreng udang untuk Haura dan Medina. Nanti korang boleh makan berdua."

"Nasi goreng udang, sedapnya. Along ni macam tahu-tahu je adik tengah lapar tau." Medina yang tiba-tiba muncul di depan pintu terus berlari ke kecil ke arah Haura dan Mukhriz.

"Dah tahu lapar kenapa tak masak adik oii. Kalau along tak datang bawa makanan, tak kan awak nak berlapar je."

"Medina tinggal seorang harini, jadi tak da mood nak masak untuk seorang je makan. Malas.
Lagipun dah janji dengan Haura, bila dia sampai nanti kami nak pergi makan kat luar. Tapi dah alang-alang along bawa makanan ni tak payah la kami berdua keluar. Rezeki jangan ditolak kan Haura." Medina menayangkan muka comel sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Lepas ni dua bulan abang tak dapat datang melawat korang, sebab abang tak ada di Malaysia. Jaga diri elok-elok. Tak payah nak keluar lewat malam sangat. Korang berdua tu perempuan bahaya keluar sampai lewat malam." Bebel Mukhriz.

"Abang Mukhriz tak ada di Malaysia, abang nak pergi mana?" Soal Haura.

"Abang nak ke Jepun dua bulan. Bos kata anak syarikat kami yang baru dibuka kat Jepun ada masalah sikit berkaitan dengan sistem pengurusan bahan mentah untuk projek. Jadi sebagai engineer yang incharge projek tu abang kena pergi ke sana untuk bagi bantuan pada team di sana." Terang Mukhriz.

Haura hanya mengangguk kepalanya, tanda dia memberi respon kepada apa yang Mukhriz terangkan. Haura sedia maklum Mukhriz bekerja di salah sebuah syarikat gergasi yang mempunyai banyak anak syarikat. Dengan pengalaman kerjanya yang cemerlang dalam menguruskan pelbagai projek. Dia selalu dihantar ke sana sini jika ada apa-apa masalah berkenaan dengan projek syarikat.

"Wah, bestnya timba pengalaman si tempat orang kan." Sambung Haura.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi di negeri sendiri Haura. Lagipun insan kesayangan abang semua ada di Malaysia." Balas Mukhriz bibirnya masih melorekkan senyuman, dia memang seorang yang murah senyuman seperti adiknya Medina.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now