Bab 6

8K 361 6
                                    

Dia melihat imej dirinya dihadapan cermin. Baju kurung bewarna hitam bercorak bunga kecil bewarna pink   dipadankan pula dengan tudung soft pink sama warna dengan corak bunga dibajunya, on point sangat. Dia hanya memakai baju kurung ke office,  jika dia tidak pergi melawat site kebiasaannya dia akan memakai baju kurung supaya nampak lebih sopan. Jika dia perlu melawat site dia lebih selesa memakai seluar slack dipadankan dengan kemeja.

Setelah selesai bersiap. Haura mencapai handbag, handphone  dan kunci keretanya. Dia sudah bersedia untuk pergi ke office. Baru dia hendak melangkah keluar dari rumah telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat ada wassap baru masuk.

Dia pantas membuka aplikasi wassap itu. Dia melihat ada satu chat dari nombor yang tidak dikenali.

Assalamulaikum,
See me at the meeting room
sharp 9 o'clock, dont be late!
Bawa sekali plan untuk projek di Terengganu.

   Ini siapa ya?
Maaf no tiada dalam contact list.

Haura pantas membalas chat tersebut. Siapalah pula pagi-pagi lagi ni ajak dia jumpa di meeting room. Zaidi ke? sebab Zaidi yang bantu dia selama ni untuk projek di Terengganu. Tapi ini bukan nombor Zaidi. Mamat ni dah tukar nombor kot. Getus hatinya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi menandakan ada chat baru yang masuk. What!, Haura begitu terkejut hingga melopong mulutnya, bulat mata Haura melihat chat yang dihantar daripada nombor tersebut.

"Aku boss kau,
Merangkap suami kau. Remember me now.
(Evil smirk)😏

Tak guna kau Hayl. Ingatkan dah habis dah isu isteri olok-olok tu, tapi dia guna juga point tu untuk menyakat aku. Kalau nak bincang hal kerja tak usahlah nak babitkan isu lain. Balik-balik dok panggil amu isteri. Excuse me geli okay.

Merona merah muka Haura. Perasaan malu dan marah bercampur baur, menjadikan perasaannya bagai serba tak kena disitu. Sengaja dia membiarkan chat itu tidak dibalas. Biar orang di sebelah sana nampak dia sudah membaca chat tersbut. Tetapi dia malas hendak membalas chat merapu dari si penghantar.

Sementara itu, di tempat yang lain. Lelaki yang menghantar chat tersebut kepada Haura hanya merenung lama telefon bimbit di tangannya. Dia melihat Haura hanya meninggalkan bluetick pada last chat yang telah dihantar. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Minah ni tak balas. Kau palaukan chat aku yer Haura. Mesti kau tengah blushing sekarangkan." Dia menguman perlahan sambil tersenyum. Dia dapat membayangkan reaksi muka Haura yang merah bak tomato itu.

 Dia dapat membayangkan reaksi muka Haura yang merah bak tomato itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam tangannya dikerling lama, jarum jam sudah menunjukkan pukul 9.40 pagi. Sudah lebih 40 minit dia menunggu Hayl di dalam bilik mesyuarat. Dia sudah menunggu di bilik mesyuarat itu sebelum pukul sembilan pagi lagi, disebabkan arahan Hayl menyuruhnya supaya tidak lewat.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now