Part 1

716 41 1
                                    

Hwayoung merebahkan badan keatas katilnya yang berwarna merah jambu itu. Penat woi kelas pukul 5 lebih baru habis. Baru sahaja mahu menutup mata, pintu biliknya diketuk.

"Siapa?" Hwayoung bangun dari katil dan membuka pintu.

"Omma."

"Ada apa omma?" Hwayoung menguap beberapa kali.

"Kamu nie! Jagalah adab. Kamu tu perempuan." Omma Hwayoung menampar lembut bahu Hwayoung.

Hwayoung terseengih. Mereka melangkah masuk kedalam bilik Hwayoung dan duduk diatas katil.

"Ada apa omma masuk nie? Young baru nak rehat." Hwayoung mengambil telefon bimbitnya. Saja bermain-main. Berharap agar ommanya yang tercinta, tersayang, terrindu lagi terblabla itu keluar secepat mungkin. DIA PENAT T^T

"Omma nak kamu kawin. Tolong ye Young. Harapkan adik Young, dia tu lelaki. Anak kawan appa tu pun lelaki. Takkan nak jadi gay. Tolonglah Young. Demi family kita." Omma Hwayoung menggenggam lembut tangan Hwayoung.

Hwayoung tersentak. Dia segera menarik tangannya dan berdiri.

"Young taknaklah! Apa kata rakan kolej Young nanti kalau Young kawin muda macam nie? Ma, sekarang takde orang kawin muda lah. Zaman omma dengan appa dulu memang adalah tapi dunia dah maju ma!" Hwayoung langsung tidak berniat untuk meninggikan suara namun dia terpaksa.

Ada ke patut family dia macam nak jual dia sebab bisnes? Sudahlah dia penat. Kang omma dia yang kena telan!

"Young....." Hwyaoung terus berlari keluar dari rumah.

▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

Dia berjalan tanpa arah tuju. Dengan perasaan marah yang membuak-buak. Dia pun tak tahu lelaki mana yang ibu bapa dia cuba jodohkan. Sedang melayan perasaan, tiba-tiba.....
BUK!!!
Dia terlanggar seorang jejaka.

"Omoo sorry sorry! Aku tak sengaja!" Hwayoung menyapu kotoran di baju lelaki tersebut.

"Takpelah, benda kecik je." Jejaka itu tersenyum.

"Err okay." Hwayoung menggigit bibir bawahnya. 'Handsome mamat nie, kalah Suho senior kolej tu.' detik hati Hwayoung.

"Nama kau apa? Kenapa jalan macam orang hilang arah nie? Oh btw aku Park Chanyeol. Chanyeol." Chanyeol menarik Hwayoung kearah bangku yang disediakan di taman itu.

Entah sejak bila Hwayoung sampai kesitu. Rasanya taman tu dari rumah dia kalau pakai kereta pun 5 k/m. Macam mana dia boleh berjalan sejauh tu? Uish, rajin betul Hwayoung berjalan kalau tengah marah!

"Aku? Err, nama aku Hyun Hwayoung. Panggil Hwayoung." Hwayoung tersenyum pahit.

"Okay nice to meet you! Back to da topic, kenapa kau berjalan macam orang takde arah tuju?" Chanyeol memandang Hwayoung secara dekat. Mata bertemu mata. Nanti jatuh ke hati pulak auw *Ya Allah authornim mengarut dah -_-*

Hwayoung menolak muka Chanyeol dan menjelirkan lidahnya. Selepas itu, baru dia menceritakan masalahnya kepada Chanyeol. Lagipun mereka tidak saling kenal dan itu lebih baik daripada cerita kepada orang yang dia kenal.
Hampir 3 jam dia mengenali Chanyeol. Dia menceritakan segala masalahnya kepada Chanyeol, makan aiskrim dan pergi ke fun fair. Hilang rasa penat! Balik rumah nanti ada balik. Malah lebih teruk dari tadi.

▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

Hwayoung melangkah masuk kedalam rumahnya. Pada mulanya dia ingin masuk perlahan-lahan agar ibu bapa nya serta adiknya, Kai perasan. Namun pada langkah pertama lagi dia sudah ternampak omma, appa dan Kai di atas sofa.

"Noona! Sini..." Kai menepuk sofa. Hwayoung akur. Dia berjalan menuju ke sofa. Lagipun, sampai bila dia nak bermasam muka? Dia taknak dicop sebagai anak derhaka.

"Young.... omma dah cakap kat Young kan?" Appa Hwayoung memandang Hwayoung dengan pandangan sayu.

"Dah. Tapi appa, tolonglah paham Young. Young taknak..." Hwayoung menundukkan pandangannya. Takut nak memandang appanya.

"Young tau, syarikat appa dah nak muflis?"

"Jadi apa kaitan dengan anak kawan appa tu? Kenapa nak suruh dia kawin dengan Young?"

"Kawan appa cakap, dia akan buat kontrak yang boleh buat syarikat appa stabil balik. Tapi kitorang masing-masing taknak salah satu pihak menipu jadi penyelesaiannya, kena ada kaitan keluarga baru boleh."

Hwayoung mendiamkan diri. Dia tahu syarikat itu adalah hidup appanya. Tanpa syarikat itu, mana mungkin dia hidup senang sekarang. Dia buntu.

"Okay. Demi appa." Hwayoung rasa bagai lidahnya berat untuk menyebut 3 perkataan itu. Namun dia gagahkan juga.

▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

Hwayoung melangkah masuk kedalam rumah barunya.

'Fuyoooo, lagi cantik dari rumah aku.' hati kecil Hwayoung menjerit kegembiraan.

"Awak pegilah kemas pakaian awak dulu." Luhan, suami Hwayoung tiba-tiba muncul dari belakang.

Hwayoung mengangguk tanda faham. Luhan masuk kedalam bilik utama untuk mandi.

Oh indahnya kehidupan... diberi kehidupan yang cukup sempurna. Kalau dia tahu Luhan, pewaris Lu Ent tu bakal suami dia, awal-awal lagi dia dah setuju. Bukan kerana harta, tadi suaminya handsome! Baik! Tapi tu sebelum mereka hidup bersama. Baru hari pertama mereka bersama, dia mana tahu macam mana perangai Luhan yang sebenar.
Majlis tadi pun meriah.

Cuma satu, kawan barunya, Chanyeol tidak dapat hadir kerana ada practice. Dia tahu Chanyeol seorang trainee. Namun tak pernah pula tahu agency mana. Tapii... kawan baru ke? Baru kot, sebab baru 2 bulan kenal.

Hwayoung malas berfikir panjang, dia masuk ke dalam bilik utama dan mengemas baju ke dalam almari. Termasuk juga baju Luhan. Baru selesai dia mengemas pakaian, Luhan keluar dari bilik air.

"Awak, buatkan saja kopi. Jangan panas sangat." Luhan tersenyum kearahnya. Ya Tuhan, untungnya dia.

"Okay, tapi esok awak busy tak?" Hwayoung serba salah untuk bertanyakan itu kepada Luhan.

"Emm tak, esok saya cuti. Kenapa? Nak ajak beli barang rumah ke?" Luhan yang hanya memakai tuala itu meneka.

'Dia ni kang tercabut tuala tu tak pasal-pasal menjerit aku malam nie.' Hwayoung tersengih nakal. Tapi pandai Luhan meneka.

Hwayoung mengangguk dan terus berlari ke dapur.

"How childish." Luhan menggelengkan kepalanya.

----------------------------

HI !!! Authornim stop kejap eh ff True Love tu. Takde idea la T.T Yang ni maybe laju sikit authornim update tau. Heee vote la wkwk xD Okay bye ily readers!! ⊙▽⊙

© mine ➽ lhn ft. pcyWhere stories live. Discover now