Part 3

349 29 0
                                    


Setengah tahun sudah berlalu. Rasanya bagai setengah hari. Walaupun hari Hwayoung dipenuhi dengan tangisan, ada kalanya ada kegembiraan. Dia faham. Sikap suaminya, Luhan yang berubah-ubah kerana sibuk bekerja.

Bukannya mudah bagi seorang jejaka muda hendak menjaga dan mengawal trainee di sana. Sudahlah berbagai perangai ada. Masalah kewangan pun kadangkala menjadi punca.

Semalam, Hwayoung dipukul Luhan. Kerana pergi kerumah ommanya, tidak meminta izin. Bukan dia tak mahu, tapi awal-awal lagi Luhan sudah berpesan, 'Jangan call saya sampai saya mesej suruh call tau.'. Mujur tiada kesan di kawasan terdedah. Hanya di belakang saja. Jika di kawasan terdedah, semestinya kawan baiknya yang terlebih prihatin, Chanyeol akan perasan! Setakat ini, dia tidak pernah tahu sikap Luhan dengan Hwayoung yang sering berubah. Kerana Hwayoung tidak pernah menceritakan kepada sesiapa. Baginya, hal rumah tangganya, biarlah dia dan Luhan yang selesaikan.

"Awak... bangun. Dah pagi nie." Hwayoung mengejutkan Luhan yang sedang enak tidur. Entah pukul berapa Luhan pulang kerumah setelah keluar ke club semalam.

Luhan perlahan-lahan menggenyeh matanya. Dia memandang jam loceng yang berada di tepinya. 10.10 pagi. Masih awal.

"Saya nak minta maaf eh keluar tak bagitahu awak semalam." Hwayoung menggenggam lembut tangan Luhan. Biarlah siapa yang salah. Baginya, dia hanya mahu suaminya memaafkan dia.

Luhan bangun dan memeluk Hwayoung dengan erat.

"Tak, awak tak salah. Saya yang mudah marah." Luhan mengusap perlahan rambut Hwayoung. Sayang... cinta? Bilalah kau nak muncul....

Hwayoung tersenyum. 'Mood baiklah kot,' detik hati kecil Hwayoung.

"Bukan awak ada meeting dengan CEO agency dari China ke?" Luhan melepaskan pelukan dnegan mengejut selepas mendengar pertanyaan Hwayoung.

"A'ah!!! Saya lupa! Tolong gosok baju dalam paper bag atas sofa tu tau! Gosok hati-hati sebab semua yang ada kat meeting tu pakai baju tu!" Luhan segera berlari kearah bilik air.

Hwayoung memanaskan seterika dan mengambil baju di dalam paper bag yang disebut Luhan. Dia menggosok dengan berhati-hati.

Tiba-tiba Hwayoung berasa mual. Dia berlari kearah tandas kedua yang terletak di luar biliknya. Tanpa disengaja, seterika terbalik dan melekap lama di baju Luhan sehingga Luhan yang keluar dari bilik mandi bau seperti ada sesuatu yang terbakar.

"Chagi!! Bau apa nie?" Hwayoung yang baru keluar dari tandas itu tersentak mendengar soalan Luhan. Dia teringat akan baju Luhan........!!

Luhan memandang Hwayoung dengan muka bengis. Dipegangnya baju yang berlubang akibat dimakan seterika itu.

"Awak.... saya rasa nak mu...."
"AKU DAH CAKAP GOSOK HATI-HATI....... KAU PEKAK KE PEREMPUAN???" Belum sempat Hwayoung menjelaskan keadaan yang sebenar, Luhan terlebih dahulu cuba menekapkan seterika panas di pipi Hwayoung namun Hwayoung sempat mengelak dan terkena lengan kiri. Dia mengaduh kesakitan.

Luhan meludah keatas muka Hwayoung. Dia mengenakan baju yang warnanya seakan serupa dengan baju yang perlu dipakainya.

Dia segera keluar tanpa mempedulikan Hwayoung yang asyik memegang tangannya yang terkena seterika tersebut.

▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

Chanyeol meninjau-ninjau mencari Hwayoung namun masih belum kelihatan sehelai pun rambutnya.

"Heyy." Hwayoung duduk disebelah Chanyeol. Chanyeol memandang Hwayoung pelik.

"Asal kau pakai baju sejuk? Kau tau tak nie musim panas? Tuh tengok matahari memancar tinggi lagi!"
Hwayoung mati kata. Dia terdiam buat seketika. Kalau dia buka baju sejuk itu, semestinya Chanyeol akan perasan lengan kirinya!

"Aku demam sikit. Eh teman aku gi hospital jom." Hwayoung membuat aegyo dihadapan Chanyeol.

"Yelah, sian kau muntah-muntah." Chanyeol memimpin tangan Hwayoung.

Setiba di hospital, Doktor Minju menyuruh Hwayoung menguji air kencingnya.

"Awak wife Luhan kan?" Doktor Minju mengajukan soalan kepada Hwayoung. Minju ialah rakan baik Luhan sejak di sekolah rendah lagi.

"Ye saya."

"Ni sape?'

"Ni kawan saya. Luhan busy sikit hari." Hwayoung menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Oh baiklah. Awak disahkan hamil 3 minggu. Tahniah Puan Lu." Doktor Minju tersenyum.

Hwayoung dan Chanyeol berpandangan sesama sendiri. Syukur!

▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

"Chukahae Hwa Mommy~" Chanyeol menghulurkan aiskrim yang baru dibelinya kepada Hwayoung.

"Kamsahamnida Yeollie Uncle~~" Hwayoung tersengih mengejek. Aigoo, sweet!

"Kau taknak bagitahu Luhan lagi ke?" Chanyeol menjilat aiskrim chocolate ditangannya.

"Nantilah."

"Eh kau nak letak nama apa? Lu Chan? Lu Channie?" Chanyeol tergelak. Dia yang cakap, dia yang gelak! Gila ke? -.-

"Euw nama kau jugak eh yang kau cadangkan. Emm laki aku nak letak nama Jimin! Omg aku suka nama Jimin tapi sayang suami nama Luhan." Hwayoung mencebik. Sengaja mahu menyembunyikan kesedihannya. Dia pun tidak tahu, adakah Luhan akan terima anak itu?

"Wuu kelasss gitu kau." Chanyeol menarik hidung Hwayoung.

'Comel, untung Luhan dapat dia.' Chanyeol tersenyum dalam diam.

Nae eurerong eurerong eurerong daee~~

"Yoboseyo?" Hwayoung menjawab panggilan daripada Luhan. Kedengaran getaran sedikit di hujung suara Hwayoung.

"Kenapa awak mengandung tak bagitahu saya? Eish awak nie! Risau saya tau tak! Emm tapi saya nak minta maaf sangat-sangat pasal pagi tadi. Saya tak berniat pun *ceyh tak berniat hapeee*. Sorry yea mama~" Luhan membuat suara manja. Itu membuatkan senyuman manis terukir di bibir pinkish Hwayoung.

Chanyeol sekadar memerhati.
"Aigoo, siapa bagitau nie? Saya ada dengan kawan saya nie. Kejap lagi saya balik. It's okay..papa.." Hwayoung perlahankan perkataan papa itu kerana masih belum biasa. Lagipun anak dia tak sampai sebulan lagi pun.

"Okay dear, i need to go! See you soon muahh." Luhan mematikan talian. Hwayoung hampir saja terlupa tentang lengannya. Tidak jadi mahu bersorak.

"Wuih bro aku balik dulu eh! tq!" Hwayoung memukul bahu Chanyeol sebelum berlari anak.

"Woii jatuh kangg!" Laung Chanyeol.

© mine ➽ lhn ft. pcyWhere stories live. Discover now