Part 8

250 18 0
                                    

"Wahh!! Cantiknya rumah aunty! Depan pantaiii." Jia melompat kegembiraan. Diikuti dengan adik kesayangannya, Jimin.

"Ha'ah lah aunty! Konfem mama rasa lebih tenang duduk sini dari duduk kat hotel." Jimin tersengih.

"Baguslah kalau korang suka. Hwa, kau suka?" Hwayoung tersenyum.

"Aunty duduk dengan kitorang sekali kan?" Soal Jia.

"Ya. Ke taknak bagi aunty duduk sekali?" Dara menarik hidung Jia.

"Jia lagi suka kalau aunty duduk sekali. Aunty boleh pujuk mama. Kitorang tak paham sangat apa yang mama rasa." Jia menghempaskan punggungnya keatas sofa yang empuk.

"Bijak Jia." Puji Dara.

"Jia, Jimin. Esok sekolah ya? Aunty dah tolong daftarkan korang." Jia dan Jimin bersorak. Boleh jumpa kawan baru! Itulah budak-budak :3

"Pegi mandi pastu bersiap ye. Aunty bawak korang dengan mama pegi makan." Dara membangunkan Jimin yang hampir terlena.

"Yeyy!! Makan!!"

ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ)ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ)

"Laki tu tak call kau?" Tanya Dara dengan nada serius.

"Tak. Biarlah dia, ada orang baru kan." Hwayoung tersenyum pahit sebelum menyuapkan chicken chop itu ke dalam mulutnya.

"Kau taknak minta cerai?"

"Aku taknak hampakan ibu mertua aku. Dia baik. Cuma anak dia tu je." Hwayoung melepaskan nafas panjang.

"Tak cukup dia maki kau, dia pukul kau, dia bawak balik betina depan kau, kau masih fikirkan perasaan ibu dia? Heyy come on Hwayoung. Kau cantik, baik, kaya. You have everything! And the most important, kau ada Chanyeol!" Dara kasihan melihat kawannya. Dia pun pernah melalui kesakitan yang sama. Kesakitan yang disebabkan oleh lelaki yang sama. Memang berat untuk dia lepaskan Luhan satu masa dulu, tapi dia move on and dia dapat jalani hidup tanpa airmata.

Tapi kini, wanita dihadapannya yang bergelar kawan merasai benda sama. Malahan lebih teruk sebagai seorang isteri. Kenapa lelaki sebegitu harus wujud? Isteri bukan permainan. Bukan beg pasir yang berada di gym untuk dipukul, disepak, diterajang!

"Bukan Dara... Aku sayang dia. Aku cintakan dia. More than everything. Walaupun perit, rasa cinta tak pernah terpadam. I don't even know why Dara!!" Airmata yang mengalir disapu. Mujurlah tiada orang di restoran itu, jika tidak, mesti mereka akan mengatakan Hwayoung gila.

Ya, gila kerana seorang insan yang bergelar suami! Ji's juga berada di meja yang agak jauh dari mereka.

"Hwayoung, kau ada mata. Ada otak. See and think! I'm so sorry, aku bukan nak paksa kau cuma aku tak tahan tengok kawan aku dibuat macam ni." Kini, airmata Dara pula mengalir. Dia langsung tidak berniat untuk memaksa Hwayoung namun dia seksa melihat kawannya dilakukan sebegitu.

Yow, Okay!

Bunyi ringtone menandakan mesej diterima. Hwayoung membuka mesej itu dan mendapati bahawa mesej itu dihantar oleh Luhan.

"Dia hantar mesej." Ujar Hwayoung kepada Dara. Dara menjenguk untuk membaca apa yang dihantar oleh Luhan kepada Hwayoung.

Hwayoung menekan mesej itu dan berasa bagai dunia ini gelap. Tiada sesiapa, tanpa cahaya lampu, kehilangan nyawa. Luhan menghantar gambar pregnant scan (ke hape benda?) Seohyun kepada Hwayoung. Dara segera merampas phone Hwayoung.

Hwayoung berdiri untuk ke luar restoran. Dia ingin bernafas. Namun tiba-tiba segalanya gelap bagi Hwayoung.

Dara segera mendapatkan Hwayoung yang pengsan diatas lantai. Ji's turut menghampiri Hwayoung.

© mine ➽ lhn ft. pcyWhere stories live. Discover now