Part 6

280 24 0
                                    

"Anak mama.. bangun cepat." Hwayoung mengejutkan Jimin. Jia awal-awal pagi lagi sudah bersiap.

"Kejap lagi lah mama. Jimin mengantuk." Jimin menarik selimut.

"JIMIN!! Mama cakap bangun, bangunlah! Kang noona simbah air panas nak?!" Jimin segera bangun setelah mendengar suara kakaknya. Ish takut benar dia dengan Jia. Padahal mereka sama besar.

"Good boy. Cepat mandi. Nak check-out pulak nie. Tak pepasal kena tambah duit sebab lambat keluar." Tutur Hwayoung dengan lembut.

"Check-out? Rumah sendiri pun kena ceko aut (check-out) ke?" Jimin menggaru kepalanya.

"Hey playboy~! Sedar sikit awak kat hotel sekarang!" Jia menyedarkan Jimin sambil menari lagu I Don't Care - 2NE1.

Hwayoung tergelak. Comel telatah anak-anaknya. Kalau Luhan seperti waktu dia mula-mula mengandung, sudah pasti mereka berempat akan menjadi sebuah keluarga bahagia dan keluarga idaman semua orang.

"Jimin mandi cepat eh. Kita nak balik rumah." Hwayoung mengusap rambut kelapa (LOL) anaknya itu.

Jimin mengangguk sambil tersengih.
Mereka langsung tidak pulang ke rumah semalam kerana Hwayoung pasti yeoja itu pasti ada bersama Luhan lagi. Dia tidak mahu Ji's memikirkan hal itu. Chanyeol juga sudah mengetahui kenapa Hwayoung menangis setiap kali dia menyebut nama Luhan semalam.
Tak lama kemudian, pintu bilik hotel diketuk.

"Jia.." Hwayoung menyuruh Jia membuka pintu.

"Mama! Uncle lah!" Jia segera membuka pintu.

Selepas Chanyeol melangkah masuk, Jia terus menutup pintu.

"Surprise~!" Chanyeol  menunjukkan makanan yang dibawanya.

Jimin yang baru selesai mandi terkejut melihat kedatangan Chanyeol, second papa.

"Eh uncle!!" Jimin memeluk Chanyeol.

"Jimin. Pakailah baju dulu kalau nak peluk uncle pun. Kang tercabut tuala tu tak ke malu depan noona?" Hwayoung membuat muka '-_-'.

Selepas Jimin memakai baju, dia duduk diatas paha Chanyeol. Nak bermanja lah kononnya ><

"Dah breakfast?" Hwayoung, Jia dan Jimin menggeleng serentak.

"Okayy guess what."

"What?"

"Emmm, here your pasta Jimin! And oreo cheese cake for Jiaaa. And the last one, nasi goreng kimchi for Hwa Mommy~" Chanyeol tersengih hingga menampakkan barisan gigi putihnya.

Jia dan Jimin bersorak gembira.

"Kau masak sendiri ke semua nie?" Hwayoung mencuba nasi goreng kimchi kegemarannya.

"Yelah, special untuk kau dengan anak angkat aku tau tak. Sape taknak rasa masakan Chanyeol dari EXO-V. Sedap tak terhingga!" Chanyeol gelak keseorangan. Terbahak-bahak. Jimin memandang Chanyeol dengan pandangan uncle-sewel-dah-ke.

"Woiii senyaplah!" Hwayoung menampar bahu Chanyeol. Chanyeol memegang bahunya yang baru mendapat pukulan berbisa dari seorang ibu cun, cantik lagi ganas!

"Alah, gurau sikit je pun. Harini jadual aku kosong 100%! Jom bawak Jia dengan Jimin gi Lotte World?" Chanyeol mencadangkan sesuatu yang menarik minat Ji's.

Ji's memandang Hwayoung dengan mata bersinar-sinar.

"Aku kena balik tukar baju dulu." Hwayoung sedikit gagap. Walaupun dia masih sakit teringatkan peristiwa semalam, dia sedar dia tidak patut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia patut meminta izin Luhan terlebih dahulu.

© mine ➽ lhn ft. pcyWhere stories live. Discover now