𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟑

9.3K 797 38
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Mine |

Humaira mencelikkan kelopak mata dengan perlahan, berpinar matanya apabila cahaya menusuk ke dalam kornea mata. Kepala yang terasa memberat menyebabkan tangan Humaira spontan mengusap lembut dahinya menggunakan tangan kiri. Baru sahaja gadis itu hendak mengerakkan badan, Humaira mengaduh sakit apabila terasa ngilu di bahu kanannya. Berkerut dahi Humaira menahan sakit.

"You sleep well, little girl." Suara maskulin seorang lelaki yang bergema di dalam bilik itu menyebabkan Humaira terus memandang ke satu sudut bilik tersebut. Kelihatan seorang lelaki yang sedang merenung dirinya bersama riak wajah yang mendatar, lelaki itu sedang duduk di sofa yang terletak di sudut bilik itu bersama kedua belah lengan kekarnya bersilang pada dada bidang sasanya. Humaira mahu bangkit namun terbantut tatkala perit di bahunya mengganggu. Gadis itu raba kepalanya, nafas lega dihela apabila menyedari kepalanya masih berbalut dengan tudung. Auratnya masih terjaga rapi.

Humaira kembali pandang lelaki tersebut. Lelaki sedang itu bersilang kaki dan bersandar dengan gaya santai. Auranya tampak gelap, menakutkan. Kalau nak dihuraikan ketampanannya, gadis itu rasa satu kertas mahjong pun belum tentu cukup. Tapi Humaira cuba untuk ringkaskan. Rambut hitam pekatnya lebat. Bentuk matanya terlalu menggoda dan iris biru kehijauan itu tersangat cantik. Bagaikan menarik orang lain untuk sentiasa merenung matanya. Bulu matanya lebat, keningnya hitam pekat dan terbentuk sempurna. Hidung? Mancung! Sangat mancung terletak. Bibirnya pula merah bak delima, gadis itu syak yang lelaki ini tidak pernah merokok kerana langsung tidak ada cacat cela warna hitam di situ. Apa yang dia boleh katakan, lelaki ini sangat sempurna.

Humaira lihat lelaki itu menjungkitkan sebelah keningnya, aura dia bagaikan menusuk jiwa! Humaira menelan air liur yang terasa berpasir apabila melihat tatapan tajam sepasang iris biru kehijauan milik lelaki tersebut. Lelaki itu diam dan hanya menatapnya tanpa berkelip. Humaira kalut melilaukan mata mencari beg galas, buku nota kecil dan juga pensil yang selalu gadis itu gunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Di mana? Sedang sibuk mencari, tiba-tiba Humaira tunduk lihat tubuhnya, sudah berpakaian lain! Lelaki itu yang menukarkannya kah? Biar betul! Bersangka baik Humaira!

Humaira pandang lelaki itu, masih menatapnya tanpa berbuat apa-apa. Seperti patung pun ada! Humaira cuba menggerakkan tangan memberi bahasa isyarat walaupun dia tidak tahu yang lelaki itu faham atau tidak. Terawang-awang tangan Humaira di udara cuba memberi isyarat namun yang gadis itu dapat hanyalah renungan kosongnya.

"Bisu?" Tersentap Humaira apabila disoal sebegitu. Wajah lelaki itu masih tidak beriak. Humaira menjatuhkan kedua belah tangannya yang berusaha cuba untuk memberi isyarat sebelum mengangguk perlahan. Humaira lihat lelaki itu diam seketika sebelum mengambil telefon yang berada di atas peha, lelaki itu tidak lagi memandangnya. Apabila lelaki itu menunduk, Humaira lihat rambut hadapannya turut jatuh di dahi.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now