𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 - - The leader of evil
DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, dia seorang lelaki yang sangat misteri. Renungan matanya sangat tajam bagaikan bilah pisau yang baru diasah manakala wajahnya dingin tidak berperasaan. Set...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
| NEW |
Laju kedua belah kaki melangkah berlari tanpa sempat kepala menoleh bagi memandang belakang. Beg yang masih berada di atas belakang digalas kemas. Dia tercungap-cungap mengambil nafas, bagaikan hendak tercabut sahaja jantung kerana bekerja mengepam aliran darah yang mengalir laju. Mata meliar mencari tempat untuk dia menyembunyikan diri. Tidak jauh dari gadis ini terdapat tong sampah hijau yang agak besar, laju dia berlari menuju ke arah tong sampah itu sebelum dia bertindak merendahkan tubuh untuk menyorok di belakang tong tersebut. Bau busuk tidak menjadi sebarang masalah buatnya pada saat ini, dia lebih mementingkan keselamatannya sahaja.
"Gde eta devushka?" Kedengaran suara jerkahan seorang lelaki menyebabkan dia mengemam bibir sambil cuba mengawal pernafasan. Dia tak faham bahasa itu, bahasa yang terlalu asing pada sistem pendengarannya. Mungkin lelaki-lelaki itu bukan orang melayu mahupun Malaysia. Gadis itu intai sedikit untuk melihat lelaki-lelaki yang mengejarnya sebentar tadi. Kelihatan beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam sedang mencari keberadaannya. Perasaan pada waktu ini hanya satu, takut! Terlalu takut sehingga tubuh kecil gadis itu menggigil halus. Mata sudah kabur dek air mata yang memenuhi ruangan bebola mata. Nafas yang tersekat-sekat cuba dikawal dengan sebaik mungkin, cuba ditenangkan.
Translate : - Gde eta devushka?[Mana perempuan itu?]
"Yesli ya poluchu yego, ya skazhu Andro ubit' yego! bespokoy menya!" Dia pegun ditempat persembunyiannya, berpeluk tubuh dan bersandar pada dinding. Jantung bagaikan mahu meletup tatkala mendengar jerkahan bak petir lelaki itu. Dia beristigfar dan berdoa meminta Tuhan menjaganya dari lelaki-lelaki ini. Hampir satu jam dia duduk di situ, tiada lagi suara-suara yang menakutkannya sebentar tadi. Dia bangkit dan terus mengintai di balik tong sampah itu, mahu memastikan tiada lagi lelaki-lelaki tersebut. Dia mahu pulang!
Translate : - Yesli ya poluchu yego, ya skazhu Andro ubit' yego! bespokoy menya![Kalau aku dapat dia, aku suruh Andro bunuh! Menyusahkan aku!]
Setelah memastikan tiada lelaki-lelaki itu, dia terus keluar dari tempat persembunyiaannya dan tidak menunggu lama untuk gadis kecil itu berlari keluar dari lorong yang agak gelap tersebut. Nafas lega sempat dia hembus perlahan apabila mendapati tiada lagi kelibat lelaki-lelaki berkenaan. Nafas tidak usah dikata, memang semput kerana berlari namun dia gagahkan juga dirinya untuk berlari. Sekurang-kurangnya dia tidak pasrah berdepan dengan lelaki-lelaki tadi.
Air mata dikesat lembut dengan jari-jemari halusnya sebelum dia dengan segera berlari anak, keluar dari lorong gelap itu. Takut sekiranya lelaki-lelaki tadi mengejarnya kembali. Bunyi tapak kasut menghentam permukaan jalan di satu lorong kecil itu semakin kuat kedengaran, ketika itu dia langsung tidak menghiraukan hujan rintik-rintik yang sedang membasahi bumi kerana sibuk berlari untuk pulang.
| ••••• |
Senyuman manis terukir cantik pada wajah seraya kaki melangkah menapak mendaki anak tangga kayu rumah satu per satu. Harini dia dapat gaji! Bersemangat gadis itu mahu berikannya kepada sang ibu. Maklumlah, ini adalah gaji pertamanya sempena bekerja di kafe D'ice. Kasut lusuh yang tersarung pada kakinya dicabut sebelum disusunkan di atas rak kayu, dia mengerutkan dahi licinnya apabila sistem pendengaran dihentam dengan bunyi jeritan dan jerkahan dari dalam rumah. Dia cuba mengamati suara itu dan kakinya laju melangkah masuk ke dalam rumah.
Melangkah masuk sahaja ke dalam rumah, terhidang dengan jelas pada kornea matanya di mana sang ayah sedang memukul ibunya dengan menggunakan tali pinggang. Membulat matanya, beg terus dicampakkan ke tepi sebelum dia berlari menuju ke arah ibu dan ayah yang sedang bergelut tersebut.
"Humaira pergi!" Ibu menjerit kuat bagi menghalang dia daripada mendekati mereka. Tetapi dia tidak mengendahkan arahan ibu dan terus menuju ke arah ibu dan ayah yang sedang bergelut tersebut, tidak betah melihat ibunya disakiti oleh lelaki yang bergelar ayahnya itu. Dia perlu menyelamatkan ibu daripada ditindas dan dipukul teruk oleh lelaki tersebut.
"Diam lah perempuan! Duit tu mana?" Rambut ibu yang terbaring itu dicekak kuat menyebabkan ibu mendonggakkan kepala bagi memandang wajah ayah. Dia melihat ayah yang sedang merenung wajah ibu yang membengkak dan kotor serta comot dengan darah itu tanpa ada rasa simpati langsung. Ibu menggelengkan kepala bagi menjawab soalan ayah.
"Aaaaaa!" Dia mencuba nasib dengan menarik ayah daripada terus menyakiti ibu tetapi lain pula yang terjadi. Dia ditolak kuat sehingga tubuh kecilnya hilang keseimbangan dan terjatuh sebelum terhantuk pada bucu meja kayu.
Berkerut dahi menahan sakit yang ditanggung. Kepala sakit dan pandangannya terus menjadi gelap sebelum tubuh kecilnya lemah dan melembik di atas lantai. Tidak sedarkan diri, perkara terakhir yang sempat dilihat adalah ayahnya sedang menumbuk wajah ibu.
| ••••• |
Kelopak mata dicelikkan dengan perlahan sebelum dikerdipkan buat beberapa kali untuk menghilangkan kabur, dengan perlahan gadis itu bangkit dari pembaringan sambil memegang kepala yang terasa memberat. Erangan halus terhasil apabila terasa kepalanya terasa berdenyut hebat. Dia memandang pada satu sudut rumah, kelihatan tubuh seorang perempuan yang terlentang di atas lantai menghiasi pemandangan mata.
"Aaa!" Seperti hendak pengsan apabila melihat sekujur tubuh yang sangatnya kenal itu dipenuhi dengan darah dan terlentang tidak jauh di hadapannya, ibu. Dia segera mengesot merapati wanita itu dengan perlahan, sakit pada kepala langsung tidak diendahkan. Dada terasa seperti hendak pecah menahan sebak yang menghurung dada.
"Aaaa-bu bu!" Air mata mengalir perlahan membasahi wajah putih kemerahannya. Dia sembamkan wajahnya pada bahu wanita yang sudah tidak bernyawa itu, esakan terhasil dari celahan bibir. Sampai hati ayah membunuh isteri sendiri hanya kerana sejumlah wang.
Sampai hati ayah kerana bunuh ibu.
| To Be Continued |
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.