𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 - - The leader of evil
DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, dia seorang lelaki yang sangat misteri. Renungan matanya sangat tajam bagaikan bilah pisau yang baru diasah manakala wajahnya dingin tidak berperasaan. Set...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
| His eyes |
"Aira, balik lah. Dah nak dekat pukul 10 ni." Hani yang sedang mengelap meja memandang Humaira yang sibuk mengemop lantai, gadis itu hanya tersenyum manis memandang Hani. Shahira sudah pulang awal dan hanya tinggal mereka berdua sahaja di kafeini, mengemas mana yang patut sebelum pulang.
Humaira menggelangkan kepala dan mengusap lembut dadanya, gadis itu meneruskan kerjanya tanpa mengendahkan renungan Hani, dia takkan pulang selagi kerja belum siap sepenuhnya. Kendengaran Hani mengeluh perlahan, geram dengan kedegilan Humaira yang muda empat tahun darinya itu.
"Aira balik lewat macam ni, mak cik Aira tak bising ke?" Humaira hanya menggelengkan kepala menjawab soalan Hani menyebabkan gadis berusia 25 tahun itu mengangguk. Gadis itu langsung tidak menceritakan apa-apa mengenai masalah hidupnya kepada Hani, masih menjaga aib ibu bapa saudaranya.
"Call lah Rahaikal, suruh dia ambil." Hani memandang Humaira sambil tangannya sibuk menyidai kain pengelap meja yang digunakannya tadi pada tempat penyidai besi di ruang dapur. Rutin harian mereka, akan bekerja sehingga lewat malam hanya semata-mata untuk mencari wang lebih. Humaira keluarkan buku nota kecil dari poket bajunya sebelum dia tulis sesuatu.
Aira tak nak susahkan along.
Humaira tunjukkan pada Hani menyebabkan Hani mengeluh perlahan buat sekali lagi sambil kakinya menapak mendekati meja sebelum punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Humaira pula hanya melihat gerak-geri gadis itu bersama senyuman manis.
"Baik sangat Aira, sampaikan orang pun pijak kau ni." Humaira hanya tergelak kecil mendengar bebelan Hani. Kerja diteruskan dan senyuman nipis tidak pernah lekang terukir pada wajahnya, Humaira sudah tidak kisah akan apa pun yang orang kata padanya.
| ••••• |
Beg galas diperkemaskan di belakang tubuh. Kaki panjangnya melangkah perlahan melalui lorong sunyi untuk pulang ke rumah. Walaupun terang benderang disimbah dengan cahaya lampu jalan, lorong tersebut tetap sunyi tanpa manusia. Hani ada mengajaknya untuk balik sekali tetapi Humaira menolak pelawaan gadis itu. Malas hendak menyusahkan Hani kerana rumah ibu bapa saudara Humaira dan kediaman Hani sangat jauh.
Sedang leka Humaira berjalan melalui lorong itu, tiba-tiba sahaja lengannya diretap kasar dari belakang menyebabkan tubuh kecil Humaira terus berpaling dan berlanggar dengan batang tubuh seorang lelaki. Membulat mata gadis itu apabila melihat lelaki-lelaki yang berada di hadapanya, lelaki-lelaki yang mengejar dia beberapa bulan lepas.
"Hai pretty! Jom, bos aku nak sangat jumpa kau." Lengan dicengkam kuat oleh salah seorang lelaki tersebut menyebabkan Humaira mengerutkan dahi, sakit. Terasa seperti hendak patah sahaja lengan halusnya ketika itu. Bibir bawah Humaira gigit lembut dan otak ligat memikirkan cara untuk melarikan diri daripada dicengkam oleh lelaki tersebut.