CUACA di Kuala Lumpur ketika ini amat redup yang menandakan hujan bakal membasahi bumi sebentar lagi. Angin begitu kencang. Kedinginan. Kesejukan. Sama seperti keadaan didalam rumah ini yang sunyi sepi. Hanya esakan sahaja yang kedengaran ketika ini.Seorang wanita mengemam bibir menahan air mata. Namun air matanya makin mengalir laju apabila suaminya kelihatan amat serius dengan perkara yang dibincangkan oleh mereka ketika ini.
"Apa.. yang awak cakap ni Taufiq? Awak sedar tak apa yang awak cakap?" Bergetar suara wanita itu menandakan bahawa dia amat terkesan dengan kata-kata suaminya tadi.
Taufiq mengangguk. "Kau dengar apa aku cakap kan? Kau memang tak berhak jadi isteri aku. Dari dulu lagi aku taknak berkahwin dengan kau tapi kau yang paksa aku untuk nikahi orang macam kau!"
Terpejam mata Fara apabila suaminya mula menjerkah dihadapan wajahnya. Ditenung sahaja wajah tegang suaminya itu.
Taufiq meraup kasar wajahnya. Dia melangkah ke hadapan untuk menghampiri isterinya yang masih teresak. Taufiq mencengkam lembut rahang isterinya sehingga Fara terdongak kearah suaminya.
"Dengar sini. Aku berkahwin dengan kau sebab kau yang paksa aku! Bukan sebab aku nakkan kau!"
"Tapi awak yang buatkan saya paksa awak nikahi saya! Awak cakap yang awak nak rogol saya waktu tu! Sebab tu saya ajak awak kahwin Taufiq.. saya taknak terjebak dalam maksiat.."
Ujar Fara dengan esakan. Taufiq mendengus lalu melepaskan kasar wajah isterinya. Terpejam mata Fara apabila Taufiq mula mengasarinya.
Taufiq mengeluh kasar. Diperhatikan sahaja wajah basah isterinya ketika ini. "Yeah. Dan sekarang aku menyesal berkahwin dengan kau. Aku berkahwin hanya untuk nafsu. Dan sekarang aku dah tak bernafsu pada kau."
Fara mengetap bibir mendengarkan itu. Dia terima sahaja perkataan suaminya itu kerana memang dari awal lagi Taufiq menikahinya kerana nafsu.
Fara tidak mahu terjebak dalam dosa kemaksiatan kerana itulah dia memaksa Taufiq untuk menikahinya jika Taufiq ingin menyentuh serta bersetubuh dengannya. Dan ya, Taufiq terima akan itu.
Namun pernikahan mereka hanya diam-diam sahaja. Keluarga Taufiq langsung tidak mengetahui akan hal itu kerana Taufiq tidak pernah memberitahu mereka tentang hal ini.
Keluarga Taufiq adalah dari golongan yang kaya raya. Dan mereka sangat berdisiplin dan sedikit angkuh dengan orang sekeliling. Keluarga mereka susah untuk didekati. Kerana mereka berpangkat tinggi. Harta berlambak. Tak habis tujuh keturunan.
Pernikahan Taufiq dan Fara hanya diketahui oleh ibu Fara sahaja. Kerana Fara hanya mempunyai ibu sahaja. Hanya Puan Fina sahaja ahli keluarga Fara.
Fara menggeleng laju. "Awak tipu, Taufiq.. kalau awak tak bernafsu pada saya, kenapa awak sentiasa inginkan saya? Kenapa awak selalu mengajak saya untuk melakukan hubungan intim setiap hari hm?Kenapa? Baru semalam kita buat hubungan tu.. lepas tu harini? Awak cakap yang awak tak bernafsu? Penipu."
Taufiq gelak sinis lalu menggeleng perlahan. "Selagi aku boleh ratah kau, aku akan ratah. Itu semua hanya untuk nafsu aku. Untuk kepuasan aku. Dan kau tak berhak nak acah-acah tahu semua benda tentang aku! Semak!"
Jerit Taufiq lalu melangkah menjauhi isterinya.
"Taufiq..."
Taufiq memejam mata kejap lalu mengeluh kasar. Dia berpaling kearah isterinya lalu menjungkit kening. Fara mengemam bibir sambil bermain jemarinya sendiri.
"Saya.. saya ada sesuatu nak beritahu awak.."
"What? Cakap cepat sikit. Nanti daddy aku mengamuk pulak kalau aku tak balik-balik lagi." Ujar Taufiq mendatar.
YOU ARE READING
TAUFIQ : RISKY LOVE [C]
Romance❤️🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tinggi. Fikirnya hanya kebetulan namun ia nya adalah takdir. Berlakunya satu kejadian sehingga dia terp...