DANNY menolak isian pipinya dengan lidah. Apa yang dibicarakan oleh Dato Ghaffar semalam telah membuatnya berdebar.Dato Ghaffar ada mengatakan kemungkinan besar Taufiq yang akan memperolehi jawatan itu kerana Taufiq sudah mempunyai seorang anak.. jika Fara mengandung seorang lagi, Taufiq akan dapat pangkat ceo itu.
Dan ia membuatkan Danny amat risau sekarang ini. Dia meneguk air colanya. Tangan dikepal kuat. Sekarang dia berada di hotel bersama Sherry. Maklum lah. Ini sahaja cara terakhir dia.
Iaitu melakukan hubungan intim sebelum berkahwin agar Sherry mengandung dengan lebih cepat. Dia inginkan anak. Anak kembar bersama Sherry supaya dia boleh melawan Taufiq.
"Biy.. you kenapa ni? Masih berfikir pasal tu ke hm?" Tanya Sherry seraya memeluk leher Danny dari belakang. Dia baru sahaja selesai mandi selepas mereka melakukan hubungan haram itu.
Dan sekarang dia hanya memakai gown tidur yang seksi sahaja. Danny pula hanya memakai seluar pendek. Panas. Panas hatinya sekarang ini.
Danny meraup kasar wajahnya. "I kena buat sesuatu supaya Taufiq tak jadi kahwin dengan janda tu. I taknak Taufiq dapat segalanya.. i kena lawan juga. Dan pilihan terakhir adalah menghentikan perkahwinan Taufiq dengan bekas isterinya tu.."
Sherry gelak sinis. Dia melepaskan pelukan lalu berjalan menghampiri Danny. Dihenyak punggung diatas paha Danny sambil mengusap pipi lelaki itu.
"Aw biy.. kenapa tak beritahu je pada Fara tentang rancangan Taufiq tu? I yakin Fara takkan terima Taufiq lagi.. yelah.. i ada dengar yang atok cakap Taufiq bercerai dengan Fara waktu Fara mengandung.. i yakin Fara masih benci Taufiq right?"
Danny mendengus. Dia menolak perlahan badan Sherry lalu bangun dari duduknya. Sherry berdecit. Hampir terjatuh dia ditolak begitu.
"Kalau i boleh buat macam tu, dah lama dah i buat Sherry. Tapi sekarang i tak boleh.. rahsia i ada dalam genggaman Taufiq.. dia tahu tentang you.. pekerjaan you.. kalau atok tahu siapa you, i yakin atok akan halau i dari rumah tu. Dan i takkan dapat harta. Faham?"
Ujarnya seraya mencerlung Sherry. Terbeliak mata Sherry. Ohmy.. parah.. kalau Danny tak dapat harta, itu bermakna dia pun tak dapat cekau harta Danny nanti..
"Ok ok.. kalau macam tu you tak payah la beritahu atok.. kita rahsiakan hal ni okay?" Sherry bangun dari duduknya lalu memeluk Danny dari arah hadapan. Didongak kepalanya sambil senyum menggoda ke arah Danny.
Danny mengangguk. Tangan melilit pinggang Sherry. "Ok.. you jangan beritahu Fara tentang ni.. sebab Taufiq akan aim you dan i nanti.. jadi, you jangan berani bocorkan rahsia ni. Faham?"
Sherry mengangguk laju. "I faham biy.. nanti lah kita fikir pasal tu. Now..." Sherry menconteng dada bogel Danny dengan jemari nakalnya.
"Nak i tak? Makin banyak kita buat, makin cepat dapat anak. Nak?" Tanya Sherry menggoda. Danny senyum senget.
Sherry ni memang bernafsu. Kalah lelaki. Nafsu dia tu nafsu kuda.. gamaknya lepas kahwin nanti, Sherry minta 3 kali sehari kut.. takkan tak puas lagi yang tadi.. padahal dah 2 round dah..
"Jom." Ujar Danny lalu menarik pinggang Sherry ke katil. Dan terjadi lagilah hubungan haram mereka berdua malam itu di hotel 5 bintang yang bertapak di Ku-- eh. Tak boleh sebut. Nanti korang pergi pecah masuk pula.
*:・゚✧*:・゚✧
"TAUFIQ Zuhair bin Talha. Mari sini kejap." Taufiq memejam mata kejap. Fikirnya dia terlepas dari soalan bapanya jika dia pulang lewat ke rumah. Namun rancangannya tidak berjalan dengan lancar apabila lampu rumah mereka dibuka setelah Taufiq memasuki rumah.
YOU ARE READING
TAUFIQ : RISKY LOVE [C]
Romance❤️🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tinggi. Fikirnya hanya kebetulan namun ia nya adalah takdir. Berlakunya satu kejadian sehingga dia terp...