FARA menarik lengan Taufiq untuk mengikutinya. Dikerling sekilas kearah Thaqeef yang masih bermain dengan kawan-kawan didalam tadika. Fara menghentikan langkah dihadapan pokok lalu melepaskan pegangan di lengan Taufiq.Dia berpeluk tubuh dihadapan bekas suaminya. Dicerlung tajam Taufiq yang sedang senyum kearahnya.
"Apa yang awak buat ni encik Taufiq? Awak sedar tak apa yang awak buat?!" Tanyanya dengan berbisik. Taknak orang lain terdengar pergaduhan mereka berdua.
Taufiq menjungkit kening. "What? Salah ke aku daftarkan anak aku sendiri?"
Fara mendengus lalu meraup kasar wajahnya. "Tak salah. Tapi awak tak berbincang dengan saya. Tup tup datang terus daftarkan Thaqeef kesini. Tanpa persetujuan saya!"
Taufiq menolak isian pipinya dengan lidah lalu mencekak pinggang dihadapan Fara. Boleh tahan degil si Fara ni.. tunggu kau lepas kahwin nanti..
"Kenapa pula? Ada aku masukkan anak kita dalam tempat terlarang ke? Tak kan? Aku masukkan dia di tempat pembelajaran. Perlu ke persetujuan dari kau? Aku nak anak aku bijak. Aku nak dia belajar awal supaya jadi orang berguna satu hari nanti. Aku taknak dia bodoh dan senang dipergunakan."
Ujar Taufiq selari merenung mata Fara. Baginya pemikiran Fara semakin matang. Mana taknya, dia berkahwin dengan Fara sewaktu Fara berumur 22 tahun.. mestilah wanita itu masih tidak matang dan senang diperbodohkan waktu itu.
Fara mengetap bibirnya. "Awak perli saya ke Taufiq?"
"Lah terasa? Baguslah. Kau memang bodoh sebab mudah dipergunakan oleh aku. Sebab tu kau cepat sangat jatuh dalam tangan aku."
Berkaca mata Fara mendengarkan itu. "Awak cakap memang mudah.. sebab awak lelaki.. saya ni perempuan.. ada harga diri.. ada maruah diri.. saya tak mampu lawan awak sebab awak ugut untuk rogol saya! Sebab tu saya jatuh dalam genggaman awak begitu sahaja! Sebab harga diri saya! Maruah saya sebagai perempuan! Maruah sangat berharga bagi perempuan!"
Tersentak Taufiq apabila Fara mula menjerkah. Dia terus menghampiri Fara lalu ditenung tajam wajah Fara. "Shh diam. nanti orang dengar."
"Why? Takut sangat ke orang tahu yang encik Taufiq Zuhair adalah seorang yang sanggup merogol saya hanya kerana nafsu? Takut maruah tercalar hm?"
Taufiq gelak sinis. Direnung sahaja wajah Fara yang amat rapat dengannya sekarang. "Bukan. Aku takut kau yang malu.. kau kena ingat Fara.. kau miskin. Aku kaya. Semestinya ramai yang pandang rendah pada kau nanti.. aku yakin mereka akan berfikir bahawa kau sanggup jual maruah pada aku demi duit. Dan ak--"
Pangggg!
Terkalih wajah Taufiq apabila Fara menamparnya. Dia menyentuh pipinya lalu berpaling semula kearah Fara. Taufiq menolak isian pipinya dengan lidah.
Pedih juga tamparan Fara tu.. dia ingin memarahi Fara namun terbantut perlakuannya apabila melihat Fara yang menitis air mata laju.
"Macam tu rupanya pemikiran orang kaya. Baru saya faham sekarang kenapa ibu kata ayah bencikan orang kaya. And now i knew the reason. Terima kasih tunjukkan belang awak pada saya. Saya haramkan awak berjumpa saya selepas ini."
Ujar Fara lalu ingin berlalu namun terhenti langkahnya apabila Taufiq memeluknya dari belakang. Berdebar jantung Fara ketika ini.
Sudah lama tidak bersentuh dengan Taufiq. Timbul rasa kekok dalam diri ini.. rasa berdebar pun ya.. semuanya ada.. dia.. rindukan sentuhan bekas suaminya.
Walaupun Taufiq melayannya kasar, namun sentuhan Taufiq kepadanya sangat menghangatkan dirinya.. tak dinafikan dia rindukan Taufiq.. tapi adakah Taufiq merinduinya juga?
YOU ARE READING
TAUFIQ : RISKY LOVE [C]
Romance❤️🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tinggi. Fikirnya hanya kebetulan namun ia nya adalah takdir. Berlakunya satu kejadian sehingga dia terp...