Prologue

2.5K 31 0
                                    

Kelopak matanya dibuka perlahan. Menyesuaikan cahaya yang dirasakan. Tambah pula dengan kepalanya yang berdenyut hebat. Terasa seperti dicucuk-cucuk. Dia gagahkan juga kerana tidak selesa dengan keadaan sekarang. Rasa pelik sangat.

Perkara pertama yang dia nampak sekarang adalah bilik yang dipenuhi dengan decoration lukisan-lukisan floral. Dinding berwarna nude earth tone. Almari yang dipenuhi dengan buku-buku falsafah dan kelebaran bilik ini yang luas cukup membuktikan yang dia bukan berada di tempat yang dia tahu.

Permukaan lembut yang dirasakan buatkan dia sedar yang dia sedang berbaring di atas sebuah katil.

Dia menggerakkan tangannya sedikit sebelum sedar tangan dan kakinya terikat erat di setiap penjuru katil. Debaran di dada makin berombak. Panic.

Kenapa aku dekat sini? Apa jadi dengan aku?

Sikit pun dia tak dapat imbas kembalii memori sebelum dia berada di tempat asing ni.

Hatinya meronta mahu pulang. Tetapi dia tak mampu melakukan apa-apa pun dengan keadaan dirinya sekarang. Dia melihat sekeliling, cuba mencari peluang untuk melepaskan diri.

Fokusnya beralih ke muka pintu. Bunyi tapak kaki seseorang yang mendekat lagi membuatkan dia tak keruan. Tombol kunci bergerak-gerak. Air liur diteguk kasar.

Siapa dia? Pembunuh? Perogol bersiri?

Dia berdoa dan berharap yang malam nii bukanlah malam terakhirnya.

Pintu dikuak perlahan. Satu figura wanita menyapa penglihatannya. Matanya terbeliak terkejut. Imbasan demi imbasan mula tertayang di dalam memorinya sekarang.

"Good morning dear~ How was last night? Sleeping on my comfy soft bed?" sapa si dia dengan suara lembut sassy yang selalu didengarnya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan berjumpa dengan wanita yang tersenyum kemenangan sekarang.

"Miss El?"

•••

Her SlaveWhere stories live. Discover now