Dia Insan Yang Disakiti

12 2 0
                                    


***

Puan Elira dan sekeluarga pun telah tiba di wad laura. Laura masih lagi dalam lenanya selepas makan ubat yang nurse bagi padanya. Kesan sampingan ubat itu yang membuatkan laura sedang lena dalam tidurnya supaya ia boleh rehatkan badan dan minda. Jika laura tidak memakan ubat tu kemungkinan laura sekarang masih lagi berjaga. Puan Elira dan sekeluarga menghampiri ke katil laura itu puan elira memandang ke arah laura yang sedang sakit tangannya juga ada iv drip dan wajahnya agak sedikit pucat. 

Mereka melihat laura masihlagi dalam lenanya dan mereka tak nak ganggu laura tidur kerana kemungkinan laura dalam keadaan kepenatan apabila menjalani CT SCAN itu. Arrasya meletakkan bekal makanan yang dibawa dari rumah itu. Doktor Arshaq menghampiri kearah meja pesakit kemudian puan elira pula menghampiri ke arah doktor arshaq itu. Apabila selesai memberitahu tentang report CT SCAN itu doktor arshaq memberitahu yang laura sejak pagi tadi tidak banyak bercakap sangat dan badannya agak panas apabila nurse tadi check. Kemudian doktor arshaq pun berlalu pergi  dari bilik wad itu.

Laura sudah dengar segala perbualan mamanya dengan doktor itu. Dia tidak mampu membuka matanya dan dia hanya mampu mendengar sahaja berbualan sehingga perbualan itu habis.  Setelah melihat doktor arshaq sudah tiada di situ ia pun bukakkan mata nya yang terkatup dari tadi. Laura  pun bangun untuk tegakkan tubuh nya itu sejak dari petang tadi dia terbaring kerana tiada tenaga. Laura melihat di atas meja makan pesakit itu ada beberapa bekal makanan yang terletak elok di atas meja itu.

" mama... bekal tu sapa punya? kakak punya ke? " - Laura bertanya kepada puan elira yang berada di hadapannya 

" ye, awak punya lah sapa lagi, dah awak je yang duduk kat hospital ni ha. Nak makan ke? kalau nak mama sendukkan nasi untuk awak. " - Puan Elira sambil memandang kearah anaknya 

" erm... boleh lah jugak. Mama masak lauk apa je? " - Laura 

" mama masak sambal ikan bilis kentang, sambal terung, dengan telur dada je. " - Puan Elira

" ouh... kalau macam tu nak lah.. mama senduk nasi banyak sikit okay " - Laura

" okay " - Puan Elira sambil menyedok nasi dan lauk untuk anak nya yang sedang sakit

" lepas makan ni awak makan ubat faham. Kejap lagi nurse datang bawak ubat sekali dengan antibiotik. Besok cik belinay nak datang tengok awak. Katanya lama dah tak jumpa awak sejak kita semua pindah dekat bandar saujana putra tu. " - Puan Elira bercakap panjang lebar untuk anaknya walaupun hampir kehabisan air liurnya.Dia harap anaknya itu faham lah apa yang dikatakan nya tadi. Kerana ia malas hendak ulang balik percakapan nya itu

" ouh, haah kan maa kita pun sejak pindah situ pun takda jengguk dia dekat ampang sana. Dulu kemain lagi kakak jalan kaki je pergi rumah cik belinay dan cik akhdan. Boleh kata hampir setiap hari minggu cik akhdan datang jemput kakak. Entah apa kabar agaknya abang mukhlis dengan abang eijaz kan, rindu pulak kat diorang tu hmm... " - Laura dalam perasaan hampa apabila sudah lama tidak jengguk ke rumah cik belinay itu. Cik belinay dan Cik akhdan sepupu belah ayah mereka dan mukhlis, eijaz ialah anak kepada cik belinay dan juga cik akhdan

" dah...dah makan cepat sikit asyik bercakap aja awak ni makannya tidak " - Puan Elira kepalanya digeleng kerana sikap anaknya itu

" kejap lagi mama, ayah dengan adik-adik nak balik ni. Kakak jangan lupa makan ubat eh " - Puan Elira

" ye nanti kakak makan, okay " - Laura sudah faham dengan sikap maknya yang sering mengingatkannya untuk makan ubat kerana selama ni dia asyik lupa sahaja untuk makan ubat kerana dia sendiri pun tidak mengambil peduli tentang keadaan dirinya sendiri

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

He Is Hurt Person (OG)Where stories live. Discover now