Law letukkan kepalanya atas meja. Tetiba kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut. Sesekali..Law pejam mata biar kesakitan nya mereda walaupun sekejap. Tapi tetap saja kepalanya terasa pening. Kayak mau pecah aja.
"Law..kau oke?." Tanya Luffy risau.
"Hah?." Law pekak ke..atau memang suara Luffy pelan sampai tidak terdengar oleh Law.
"Kau oke tak?." Tanya Luffy buat kali kedua. Kali ni..dia kuatkan sedikit suaranya.
"Hah?. Oh..oke oke." Balas Law. Tipulah kata dia oke. Padahal dia benar-benar sakit di kepala.
"Macam tak oke je kau ni." Kata Kid. Entah dari mana dia muncul.
Law bangun.
"A..a..aku..mau ke bilik sakit sekejap." Ujar Law.
"Oi Law. Tunggu!. Biar aku teman!." Kid segera mengejar Law yang sudah keluar dari kelas.
"Ck. Semak ah dia ni.." Luffy mendecak kesal. Geram bila Kid mendahuluinya dulu.
___________
"Kenapa ni?." Tanya Chopper. Salah satu pelajar yang ditugaskan untuk menjaga bilik sakit pelajar.
"Chopper..kepala dia ni..sakit." Beritahu Kid.
"Sakit?. Rehatlah dulu atas katil. Biar saya carikan ubat sakit kepala." Kata Chopper.
"Arigatou Chopper-kun!." Ucap Kid.
Setelah Law diberi makan ubat sakit kepala, Law terus tertidur di bilik sakit. Manakala Kid pula sudah kembali ke kelas. Kang tak pasal-pasal kena teranjang dengan Shanks-sensei sebab ponteng kelas dia.
Satu jam sudah berlalu. Law buka sedikit matanya.
"Sudah bangun?." Tetiba ada satu suara kedengaran.
"Kuriha-sensei.."
Law terus mengubah posisinya kepada duduk. Law lihat atas meja di sebelah katilnya. Ada sepinggan nasi berlauk atas meja tersebut.
"Itu dari Doflamingo-sensei..katanya.. kamu harus makan." Beritahu Kureha.
"Doflamingo..sensei?." Law hairan. Terus bulu romanya meremang. "Kenapa?."
"Entahlah. Dia baru je keluar. Terkejut juga sebab dia datang ke sini hantarkan makanan untuk kamu." Kata Kureha lagi.
Law ambil makanan di atas meja tersebut. Lama juga Law termenung melihat makanan tu.
"Roti?."
Turut ada roti. Law benar-benar tidak menyukai roti. Alasan?. Pasti ada sebabnya..cuma..Law tidak mau beritahu sebabnya.
"Kamu tidak suka roti?." Tanya Kureha bila dia lihat Law menjauhkan roti tu.
"Hah?. I..iye.." balas Law.
"Berikan pada saya. Biar saya makan. Tak elok bazirkan makanan pemberian orang." Kata Kureha.
"Hm." Law berikan roti tersebut pada Kureha.
Law makan makanan tersebut sehingga licin tanpa tersisa makanan pun.
"Terima kasih atas makanannya." Kata Law dengan cerianya.
YOU ARE READING
You Are Mine {Doflaw}
Storie d'amoreBook malay>< "Jangan bunuh sesiapa..tolong lah." -Law "Kamu hanya milikku sahaja..Law." -Doflamingo