Bab 3

2.3K 202 25
                                    

Selesai bersarapan, aku duduk di ruang tamu. Tengah menanti Ilham keluar dari bilik tidur dia. Ada benda penting yang aku nak bincang dengan dia.

Tak sempat panas punggung, dia dah muncul di depan mata sambil tersengih. Dia dah tukar pakaian. Tadi dia pakai baju Melayu dengan kain pelikat. Sekarang dia pakai T-shirt berwarna hijau muda dan seluar pendek paras lutut. Nampak macam apek jual sayur pun ada.

"Kenyang makan?"

Itu soalan pertama yang menjengah ke telinga sebaik saja dia duduk di depan aku.

Aku angguk terlebih dahulu sebelum bersuara. Itu pun hanya sepatah perkataan yang muncul keluar dari mulut.

"Busy?"

"Agak-agak jadi suami awak sepenuh masa, busy tak?" Ilham balas soalan aku dengan soalan juga lalu tersenyum polos.

"Saya nak bincang tentang masa depan perkahwinan kita." Malas nak melayan, aku cakap terus ayat yang ada dalam kepala.

"Masa depan perkahwinan kita?" Dia ulang balik ayat aku bersama intonasi suara yang lebih ceria. Tak serius macam aku.

Aku angguk, mengiakan.

"Masa depan perkahwinan kita, termasuk family planning?" Mimik muka dia berubah nakal.

Huhh?

Family planning?

Tak sempat nak betul-betul hadam, dia sumbat maklumat baru pula dalam lubang telinga aku. Maklumat yang makin merapu. Seolah-olah empunya suara tengah mabuk air ketum.

"Saya tak kisah soal anak. Semua tu bergantung pada rezeki Allah. Cuma saya akan sentiasa berdoa, kita akan dapat tiga orang anak lelaki." Dia angkat tiga jari sebelah kanan sebagai simbolik nombor tiga.

Pening lalat kepala aku. Dia punya impian memang boleh kalah angan-angan Mat Jenin.

"Termasuk saya akan jadi empat orang. Baru cukup untuk jaga awak di setiap arah mata angin. Utara, selatan, timur dan barat." Dia sebut sambil tangannya tunjuk ke setiap arah mata angin.

"Saya dan anak-anak kita akan jadi pengawal peribadi awak seumur hidup," olah dia lagi sebelum tersenyum lebar.

Allah...

Terasa aku pula yang Adrina sekarang. Padahal aku cuma kambing hitam mama untuk menyelamatkan nama baik keluarga dan jaga Ilham buat sementara waktu. Takut Ilham kena rampas dengan perempuan lain sebelum sempat Adrina pula ke Malaysia tahun depan.

"Awak..." Meleret panjang suara aku, tetapi intonasi masih dingin. Tak manja seperti suara Adrina.

"Ya, Imani sayang."

"Dah habis merepek? Boleh saya cakap sekarang?" Aku tayang muka tak berperasaan.

Dia angguk kepala dalam senyuman. Tak nampak terkesan langsung dengan sikap dingin aku.

"Saya akan jaga kebajikan dan keperluan awak selama kita kahwin. Kecuali benda yang melibatkan keperluan batin."

Sewaktu perkataan 'batin' meniti di bibir, terasa pipi aku berbahang panas. Tapi anak mata, menghala tepat pada muka Ilham. Sebagai tanda setiap ayat aku tadi, bukan mainan di mulut semata-mata.

"Batin termasuk sekali kasih sayang dan cinta awak, Imani?"

Seperti selalu, aku akan angguk. Ini pun lebih daripada cukup untuk menjawab soalan dia.

"Tapi... saya suka awak. Saya sayang awak. Dan mungkin juga..." Dia tenung ke dalam mata aku sebelum tambah ayat yang seterusnya.

"... saya dah jatuh cinta pada awak. Cinta pandang pertama."

Aku cinta pertama dia?

Habis Adrina tu siapa?

Secara automatiknya, terkoyak senyum sinis di bibir aku. Luahan Ilham walaupun dengar macam ikhlas, namun aku tak boleh terima langsung. Tak mungkin dalam sekelip mata, perasaan sayang dia boleh beralih arah begitu saja. Nampak sangat semuanya dusta.

Selama 26 tahun hidup, mana pernah ada orang yang betul-betul sayang aku seikhlas hati. Termasuk mama dan papa. Luahan sayang yang datang dari mulut mama, selalunya akan datang dengan permintaan sebagai balasan. Dan akhirnya, aku akan kecewa dan jadi mangsa kepentingan manusia.

"Awak sayang saya?" Senada aku menyoal sambil tunjuk muka sendiri.

"Saya sayang awak, Imani. Sangat sayang," jawab dia dalam satu nafas dan yakin.

Malangnya, aku tak tumpang rasa yakin sama. Malah, makin rasa prejudis dengan perasaan sayang seorang manusia.

"Apa yang awak nak sebagai balasan? Tubuh saya?"

Berubah air muka Ilham yang selalunya tenang dan manis dengan senyuman. Dia nampak tergamam dengan soalan tak bertapis aku.

"Bila awak dah dapat tubuh saya, ucapan sayang pun akan melayang. Betul tak?" Intonasi suara aku masih pada tahap biasa. Cuma renungan mata yang berubah pada mood garang dan boleh membunuh orang di hadapan.

"Sayang awak tak bernilai. Hanya ucapan untuk penuhi kemahuan dan nafsu laki awak semata-mata," gasak aku. Mimik muka tetap kering.

Tapi dalam hati, tersimpan perasaan kecewa yang menggunung dengan layanan orang sekeliling. Kerana aku anak angkat... anak yang berbintikan Abdullah... orang pandang hina dan layan aku seperti sampah.

"Wooo... Wooo... Who hurt you, girl?" Dia angkat kedua-dua belah tangan. Tanda mengalah sebelum sempat berperang mulut. 

p/s: Masih berminat nak baca cerita klise saya? 

Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham)Where stories live. Discover now