BAB 43

1K 47 0
                                    

[ Psstt..nanti akan ada part Zayn and the gang menyanyi lagu tu🥴]





TENGKU Raysha Radia menangis teresak-esak. Wajahnya dibasahi air matanya. Suaranya juga semakin lama semakin hilang hanya kerana dia tidak berhenti dari terus menyebut nama daddy dan mummy nya bergilir ganti. Makanan yang diletakkan di sebelahnya, langsung tidak terusik. Malah, dia sanggup mengikat perutnya dari makan.

"Kau boleh diam tak budak? Telinga aku dah naik pekak dengar kau menangis macam orang gila. Asyik mummy, daddy", bebel Adina yang sedang duduk di kerusi sambil terus memandang Tengku Raysha Radia.

"Nak mummy daddy..",

"Eh, kau dengar sini eh. Mummy daddy kau tu dah tak sayangkan kau. Kalau diorang sayang kau sekalipun, diorang takkan biarkan kau duduk dekat sini dengan aku", ujar Adina.

"Raysha...nak mummy daddy..tak nak makcik..",

Makcik? Makcik budak ni panggil aku? Sesedap laicikang dia panggil aku makcik? Tua sangat ke aku ni hah budak?

"Bahasa kau bukan main eh budak. Aku ni tak tua macam bapak kau lagi tahu. Umur aku baru masuk 28 tahun ni", balas Adina tidak puas hati apabila di cop sebagai makcik.

Tengku Raysha Radia hanya diam sambil terus menangis. Dia takut. Takut jika makcik di hadapannya akan apa-apa kan dia nanti.

"Ey, kau boleh diam tak? Kau nak aku sumbat kapas dalam mulut kau ke hah?", Ugut Adina.

Makin teresak tangisan gadis kecil itu apabila diugut sebegitu rupa. Memang kejam betul makcik Adina ni.

"Ishh!!! Ha nah lah telefon aku. Tengok YouTube. Pastikan mulut kau tu diam!", Adina menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tengku Raysha dengan wajah terpaksa.

Demi nak selamatkan gegendang telinga punya pasal.

Tengku Raysha hanya menyambut huluran tersebut. Tangannya mula menekan-nekan skrin telefon bimbit tersebut sambil menyeka air matanya.

Inilah budak zaman sekarang. Telefon saja kerjanya. Asyik tengok animasi saja. Kot lah nak tengok Mr Beast.

Adina melangkah keluar dari bilik meninggalkan Tengku Raysha seorang diri. Lantaklah, asalkan budak tu diam dan tak memekak. Aku bukannya dera dia pun. Sengaja nak bagi aku ni nampak berdosa sangat.

"Malek",

"Iya..iya bos..",

"Macam mana The Rose's Mafia dan The RR Mafia dekat Malaysia? Dah mati ke belum bila anak diorang hilang?", Sinis Adina bertanya.

Malek terdiam. Dia sedang berfikir cara untuk menawan soalan itu.

Susah sebenarnya bila berpihak kepada musuk majikannya. Memang matilah aku kalau salah langkah.

"Er..mereka masih sibuk jejak lokasi kita. Tapi, tak jumpa-jumpa sebab semua sistem diorang saya dah suruh Amin godam", terang Malek.

Semua itu hanyalah dusta.

Padahal, dia sudah beritahu semua informasi terkini kepada pihak sana. Cumanya, dia belum tahu apakah tindakan selanjutnya yang akan keluarga itu lakukan.

"Hahaha..bagus. Biarkan bodoh menguasai diri diorang. Sudah sekian lama aku tunggu saat-saat ini. Akhirnya, budak kecil itu akan jadi milik aku..", riak Adina berkata. Senyuman jahat terukir jelas di bibirnya.

Memang sudah lama dia pendamkan impiannya. Dan harini, impiannya telah terkabul. Iaitu, memiliki anak lelaki pujaan nya.

"Lepas ni, aku akan rampas bapak dia pula..",

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now