BAB 58

1.1K 49 3
                                    

“YA Allah! Comelnya muka baby ni!”, suara Datin Afrina yang sedikit teruja itu memecah suasana yang hiruk pikuk itu. Ruang wad VVIP itu penuh dengan suara keluarga itu.

"Nampak macam muka abang lah", kata Tengku Adnan pula. Matanya tidak berkelip memandang keindahan Allah SWT yang cukup indah itu.

"Apa pula muka macam abang. Dia ikut muka sayalah. Saya ni tokma dia tahu", Datin Afrina turut membalas kata-kata suaminya.

"Eh! Saya ni atuk dia juga. Tengok hidung dia, mewarisi keturunan saya", balas Tengku Adnan tidak mahu kalah.

Eh, dia boleh main hidung pula der. Ini mahu ajak buka gelanggang WWE ni.

"Ma, pa. Sudah-sudahlah tu bergaduh. Rayyan dan Raysha tengah tidur tu", tegur Tengku Rayqal. Ini sudah masuk setengah jam orang tuanya membahas tentang anak nya.

"Papa kamu ni lah. Melebih-lebih pula. Sampai ke hidung dimainnya. Mentang-mentanglah hidung dia mancung macam gunung Everest, bangga bukan main", sindir Datin Afrina.

"Amboi awak ni kalau bercakap. Hidung gunung Everest ni lah yang buat anak awak ni hensem tahu.", Balas Tengku Adnan protes.

Tengku Rayqal tersenyum sumbing apabila dipuji sebegitu rupa dengan Tengku Adnan. Like father, like son.

"Sudahlah! Saya nak masuk bilik. Nak tidur! Saya nak merajuk dengan awak! Bye!", Kata Datin Afrina sambil berlalu keluar dari bilik anak dan menantunya.

"Eh, orang kalau merajuk, tak bagitahu tau. Ini pelik pula. Dia yang merajuk, dia yang bagitahu kita. Tengoklah mama kamu tu, Qal. Merajuk saja kerjanya", kata Tengku Adnan sambil menggelengkan kepalanya.

"Biasalah, pa. Orang perempuan kan..", balas Tengku Rayqal pula.

Lalu Tengku Adnan meminta diri untuk melangkah keluar dari bilik itu dan mengejar isterinya yang telah menutup pintu bilik dengan kuat tanda protes.

Tengku Rayqal hanya menggelengkan kepalanya perlahan dan tersenyum melihat itu. Hal orang tua, cara orang tua. Hal orang muda, cara orang muda. Memang berbeza betul.

Lalu dia menutup pintu bilik itu dan berlalu ke katil. Dia baring di atas katil dalam keadaan mengiring.

Tiga wajah kesayangannya dipandang bersilih ganti. Indah saja wajah-wajah itu dibuai mimpi. Lalu dia tersenyum sendiri.

Wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak itu juga dipandang terus. Tangannya naik mengusap lembut pipi Eyrah.

Kemudian, dialih pula tangannya naik menyentuh pipi putih anak lelakinya yang turut dibuai mimpi. Wajah itu sama persis dengan ibunya. Kulit putih, bulu matanya lentik, mulutnya merah. Cuma hidungnya sahaja yang sama persis dengan Tengku Rayqal. Mancung.

Lalu, tangannya menyentuh pipi Tengku Raysha yang sedang tidur nyenyak disebelah adiknya pula.

Ketiga-tiga itu adalah nyawanya. Ketiga-tiga itu juga adalah jantungnya. Dia bersyukur dikurniakan anak-anak dan isteri yang baik di dalam hidupnya.

Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa, dia tidak akan pernah sia-siakan peluang untuk bahagiakan keluarganya hingga nafas terakhirnya.










SUASANA dalam rumah agam itu penuh dengan suara-suara manusia yang masih teruja dengan kehadiran permata kecil itu. Riuh-rendah rumah Tengku Adnan dan Datin Afrina. Kawan-kawan anak dan menantunya turut bertandang ke rumah agam mereka.

"Kenapa muka dia macam kau, Eyrah?", Soal Diana sambil terus melihat wajah bayi lelaki itu bersilih ganti dengan wajah Eyrah.

"Kau kalau nak tanya soalan tu, biar ada akal sikit. Dah Eyrah yang lahirkan dia, memang lah ikut muka dia. Kalau dia ikut muka kau, risau jugalah aku", kata Aleeya.

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now