BAB 53

1K 40 4
                                    

FARID Al Haider melangkah masuk ke dalam wad VVIP itu dengan tenang. Tangan kanannya elok diseluk kan di dalam kocek seluarnya. Wajahnya yang sentiasa tenang dan dingin itu ditayang jelas.

Seraya menolak pintu wad itu, matanya dialihkan memandang pasangan suami isteri yang sedang menjamu selera dengan mesra.

"Kau nak makan ke tak? Kalau kau tak nak makan, aku terbalikkan katil kau. Biar tergolek atas lantai macam waktu kau accident haritu. Nak?!", Ugut Zayn. Jarinya elok memegang sudu yang berisi bubur ayam.

"Tadi kan kau baru saja suap aku nasi goreng. Ini kali kau nak suruh aku makan bubur ayam pula. Kembung perut aku nanti sayang oii!", Jawab Razzin.

Farid tersenyum nipis.

Sedar juga akhirnya kau, Razz. Setelah sebulan kau koma. Dapat juga aku tengok korang dua suami isteri seperti dahulu kala.

"Argh! Tak ada! Kau makan juga! Penat aku masak berpeluh-peluh dalam dapur tadi, kau tak nak makan. Lebih baik aku tak payah masak lepas ni. Membazir saja!",

"Yang kau pergi susahkan diri tu dah kenapa. Aku tak ada selera lah nak makan banyak-banyak macam ni", balas Razzin.

Laki bini sama saja. Masing-masing tak nak kalah. Memang patut pun diorang ni kena tangkap basah dengan pejabat agama.

Zayn menggulingkan bebola matanya ke atas sebelum matanya memandang ke arah Farid yang sedang berdiri tegak di muka pintu. Matanya hanya merenung antara dia dan Razzin dengan wajah yang kosong.

"Farid? Bila you sampai?", Tanya Zayn yang sama sekali tidak sedar dengan kehadiran lelaki berambut putih itu.

"Two minutes ago", jawab Farid ringkas dan mendatar. Kakinya melangkah menghampiri katil Razzin.

Zayn hanya terangguk-angguk faham sebelum dia menutup bekal makanan yang dibawanya dari rumah.

"Bagi I saja yang makan kalau Razz tak nak makan", kata Farid selamba. Matanya tertumpu pada bekal bubur ayam yang ada di tangan Zayn.

"Hah?",

"Eh! Tak payah tak payah! Bagi balik bekal tu. Biar aku yang makan sampai habis. Jangan sesekali nak bagi mamat ni makan kalau kau tak nak aku naik hantu!", Ujar Razzin. Kalut-kalut dia mengambil bubur ayam yang masih ads di tangan isterinya lalu dibuka dan dimakannya rakus.

Zayn memandang tajam ke arah suaminya yang seperti orang kelaparan. Makan pelan-pelan sikit tak boleh ke? Ini sampai merecik ke aku bagai. Memang lapar kaki gamaknya.

"Duduk lah you", pelawa Zayn.

Farid tidak membantah. Dia terus duduk di atas kerusi yang ada di sebelah katil Razzin.

Razzin hanya menjeling ke arah isterinya sambil mulutnya sibuk mengunyah isi ayam.

"Ada apa you datang sini? Kerja you dah siap ke?", Soal Zayn.

Jarang sekali dia mahu melihat lelaki itu muncul dalam waktu begini. Selalunya akan sibuk sahaja dua puluh empat jam.

"Kerja I memang takkan pernah siap. Tapi, I ada benda yang lagi penting untuk bagitahu korang dua", kata Farid mendatar.

"Kalau kau nak luahkan perasaan kau dekat bini aku, baik kau angkat kaki kau keluar dari sini sebelum kaki aku yang sampai dekat kepala kau", ujar Razzin.

Puk!

"Sakit lah mama", pahanya diusap perlahan apabila ditampar oleh tangan berbisa isterinya.

"Dia belum cakap apa lagi kan? Tak payah lah sampai nak halau dia", kata Zayn.

Farid hanya sabar melihat karenah suami isteri itu. Kalau beginilah gayanya, sampai esok pun tak habis.

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now